"I bought that handbag just now. FOR HER. Give it back" Tengku Daniel merenung tajam wajah kakak tiri Bella. Dia kenal ibu tiri,kakak tiri dan bekas suami Bella.
"Kau ni siapa?" Fadli menunjuk berani.
Tengku Daniel menanggalkan kaca mata hitamnya.Bukan Fadli sahaja terpegun,Nadia dan Puan Rubiah turut terpana melihat wajah Tengku Daniel.
"Bakal suami Bella" Simple sahaja jawapan Tengku Daniel.
Semua beriak terkejut lagi-lagi Nadia. Dia sangat terkejut kerana Bella mendapat lelaki yang lebih baik daripadanya. Namun dia masih berkeras untuk tidak memulangkan beg tangan tersebut.
"Beg tu I beli guna duit I. I beli khas untuk dia.Better you pulangkan balik" suara keras Tengku Daniel menakutkan Nadia.
Nadia segera menghulurkan beg tersebut kepada Bella dan Tengku Daniel pantas merentap beg tersebut manakala Bella hanya menjadi pemerhati.
"Aku ni mak tiri dia! Kalau dia nak kahwin ,mesti beritahu aku dulu!" Puan Rubiah menempik ke arah Tengku Daniel.
"Watch your tone when you are talking to me! Have some respect!" Giliran Tengku Daniel pula menjerkah orang tua dihadapannya sehingga tersentak perempuan tua tersebut.
"Come on Bella"pinggang Bella dipaut oleh Tengku Daniel dan mereka berlalu pergi meninggalkan ketiga-tiga orang beriak tidak puas hati.
"Mak! Dia dapat kahwin dengan orang kaya mak!!"
Nadia menghentak-hentak kakinya kuat. Puan Rubiah hanya berdiam diri dan berlalu pergi. Di dalam benak fikirannya,puas memikirkan bagaimana gadis tersebut boleh mendapat lelaki berpangkat seperti itu.
................................................................................
"Sebelum ni Faiz,now her family. Arghh! Apa hal banyak sangat benda ni!" Tengku Daniel menghentak kuat stereng keretanya.
Makin dekat tarikh perkahwinannya,semakin banyak dugaan yang mendatang. Dulu Faiz,sekarang keluarga Bella yang gila harta. Nampaknya,dia perlu menyelesaikan masalah tersebut dengan segera. Tengku Daniel segera mengeluarkan telefonnya dan menghubungi Puan Sri Kirana.
"Mummy,I ada something nak bincang dengan you. I balik rumah dinner nanti"
Sejurus itu,Tengku Daniel terus memecut meninggalkan perkarangan lobi pejabatnya. Dia perlu berjumpa dengan 'seseorang' berkenaan family Bella dan juga Faiz. Semuanya perlu dihentikan sebelum hari akad nikahnya dan Bella. Kali ini,tiada sesiapa yang akan terlepas dan dapat merampas Bella daripadanya. Cukuplah penantiannya selama 5 tahun. Tengku Daniel yang diekori beberapa buah SUV berwarna hitam terus memecut menuju mansion mewah miliknya. Dia tidak mahu mengambil risiko jika berlaku sebarang kebocoran maklumat. Malah bilik meeting di dalam mansion tersebut turut tersembunyi dan hanya digunakan sekiranya dia perlu berbincang tentang masalah sulit syarikatnya.Tengku Daniel duduk menyilang kaki di kerusi kulit custom made yang ditempah khas daripada Italy.
Tidak lama kemudian,muncul seorang lelaki berpakaian serba hitam dan berjaket kulit. Orang yang diupah oleh Tengku Daniel untuk mencari sebarang maklumat sulit dan antara yang paling dipercayainya.
"What can I do for you Tengku Daniel?"
"Aku nak kau cari semua maklumat tentang family Bella and aku nak tau dekat mana Faiz sekarang.SEMUA MAKLUMAT. Do you get it?" Lantas lelaki berkaca mata hitam dihadapan Tengku Daniel mengangguk tanda faham.
"Name your price. Lagi cepat kau settle,lagi banyak aku bayar" Tengku Daniel terus bangun dan menyarung kot ditubuh sasanya diikuti beberapa orang bodyguardnya meninggalkan lelaki yang berpakaian serba hitam itu.
Lelaki yang dikenali sebagai Jes itu,memandang tandatangan pada cek kosong yang diletak di atas meja oleh Tengku Daniel dan tersenyum sinis. Dia suka bekerja dengan Tengku Daniel kerana bayarannya lumayan dan Tengku Daniel bukanlah seorang yang cerewet. Apa yang dia tahu,lelaki bergelar jutawan itu suka jika maklumat sampai dengan cepat. Sudah banyak kemusnahan yang dia lihat dan betapa berkuasanya lelaki tersebut. Jes masuk ke dalam Mustang miliknya dan memecut laju kereta mewah tersebut. Dia perlu memberi maklumat secepat mungkin kepada Tengku Daniel kerana dia tahu,pasti ganjaran lumayan menanti buatnya.
........................................................................................
Fadli dan Nadia duduk bersama di ruang tamu rumah mereka. Kedua-duanya duduk menghadap laptop mencari maklumat bakal suami Bella.
"Kau berdua ni dah kenapa duduk dengan laptop daripada tadi. Pening aku tengok" mulut lancang Puan Rubiah mula berbunyi.
"Apa maksud ni abang? Kau tahu kan aku tak pandai bahasa Inggeris macam kau. Apa dia tulis tu?" Nadia cuba membaca walaupun dia tidak memahami langsung setiap patah perkataan.
Fadli tercengang membaca profil Tengku Daniel. Lelaki berprofil tinggi. Ternyata Bella memang mendapat lelaki yang lebih hebat daripadanya.
"Tengku Daniel tu jutawan. Dia ahli perniagaan"
Kini giliran Nadia dan Puan Rubiah pula yang tercengang.Mereka tidak menyangka Bella mampu untuk memikat lelaki sehebat itu.
"Kau biar betul Li?" Puan Rubiah seakan tidak percaya.
"Betul mak. Ni ha gambar dia"
Fadli memusingkan laptop ke arah Puan Rubiah untuk menunjukkan gambar Tengku Daniel.
"Mak! Kayanya dia !!!" Nadia membentak kuat. Dia tidak percaya perempuan seperti Bella mendapat lelaki yang lebih kaya berbandingnya. Jika di kampung,Fadli merupakan seorang penternak yang berjaya,namun jika hendak dibandingkan dengan Tengku Daniel ,dia bukanlah saingannya.
'Tak boleh jadi ni! Aku kena buat sesuatu. Kalau orang kampung tau malu aku' hati Puan Rubiah membentak kuat. Dia perlu buat sesuatu agar Bella tidak berkahwin dengan jutawan muda tersebut.
YOU ARE READING
YOU ARE MINE (#1): WANTED BY THE DEVIL
Romance"Lepaskan saya Tengku"- Bella Safiya "For how many times that I have to remind you that you are mine baby. I've told you before that you can't escape me baby. Don't do anything stupid baby or I will make you regret your own decision. You don't want...