CHAPTER 10

80.5K 2.1K 11
                                    

Bella bekerja seperti biasa cuma yang membezakan daripada keadaan selalu ialah setiap pagi Tengku Daniel yang akan menghantar dirinya dan mengambilnya pulang. Lelaki tersebut terlalu mengambil berat sehingga menyebabkan Bella berasa sangat rimas. Dia rimas dengan Tengku Daniel yang penuh dengan itu dan ini. Itu tak boleh buat,ini tidak boleh buat. Malahan setiap 3 jam dia perlu menghubungi Tengku Daniel. 

Jam di dinding menunjukkan pukul 12.00 tengah hari. Waktu lunch. Bella seperti biasa akan keluar daripada butik dan makan di kedai nasi kandar berdekatan. Namun kali ini dia pergi ke cybercafe untuk melihat jika dia ada sebarang permohonan untuk masuk ke Institut Pengajian Tinggi. Sepanjang dia bekerja,setiap kali menerima gaji dia akan membuat sedikit simpanan supaya dia dapat menampung yuran pengajiannya. 

.......................................................................

Setelah 40 minit,Bella mengeluh hampa apabila semua universiti yang dia ingini mempunyai yuran yang mahal.Bukannya dia tidak mahu meminta tolong daripada Puan Sri Kirana, tetapi baginya dia sudah banyak menyusahkan wanita itu. Dia sudah terlepas kemasukan kerana dia dipaksa berkahwin pada umur 18 tahun. Kini,dia sudah berumur 23 tahun. 6 tahun dia hidup dalam penderitaan. Terperangkap dalam penderitaan. Dia diceraikan tanpa belas kasihan. Sang suami hanya mahukan harta. Mujur sahaja pada malam tersebut datang insan yang mulia membantunya.

"Are you upset Bella? About the college fees?"

Terkejut Bella mendengar suara Tengku Daniel  di telinganya. Dapat dia rasakan hembusan hangat nafas Tengku Daniel di telinganya. 

"Tengku! Terkejut saya" Air liur terasa perit untuk ditelan.

'Ish mamat ni! Bila masa dia ada dekat sini ni?' Hati Bella merungut.

'Ish mamat ni! Bila masa dia ada dekat sini ni?' Hati Bella merungut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"I can help you with that". Mendengar saja butir bicara Tengku Daniel,Bella terus memandang muka Tengku Daniel.

"With one condition. I don't do free deal"

Bella teragak-agak untuk menerima. Dia tidak sanggup menjual dirinya kepada lelaki yang dia tidak kenali. Tetapi, tawaran sambung belajar tersebut, tidak mampu untuk dia tolak.

"Apa syarat Tengku?"

"Once you graduate, I want you to marry me"

...............................................................................

Entah apa yang difikirkan Bella,dia bersetuju dengan apa yang ditawarkan oleh Tengku Daniel. Perkara ini turut diketahui oleh kedua ibu bapa Tengku Daniel. Mereka menentang habis-habisan.

"Bella dah fikir habis-habisan ke sayang? Walaupun Daniel anak aunty tapi Bella tak kenal dia macam mana. He can turn your world upside down sayang. Aunty takut kalau anak aunty out of control. You need to know that he is possessive. Once he set his eyes on you Bella, he will not let you go no matter what happen"

Bella terkedu mendengar apa yang dikatakan oleh Puan Sri Kirana.

"Kalau Bella nak sambung belajar, tak apa, Aunty boleh sponsor. Bella tolak ya permintaan mengarut anak Aunty tu" Bella terkebil-kebil memandang wanita berusia tersebut.

'Lain macam. Selalunya anak nak kahwin, excited, ini tidak. Maknanya, memang teruk betullah Si Daniel ni' getus hati Bella.

"Baik Aunty. Bella ikut cakap Aunty"

......................................................................................

Beberapa minggu kemudian...

Hari ini, merupakan hari pertama dia mendaftar ke kolej swasta selepas beberapa minggu berbincang bersama Puan Sri Kirana dan hari terakhir dia akan melihat Tengku Daniel. Bagi mengelakkan Tengku Daniel bertambah gila, Puan Sri Kirana dan suaminya membuat satu perjanjian dengan Tengku Daniel. Tengku Daniel perlu menguruskan syarikatnya di Dubai dan tidak akan sesekali menghubungi Bella sepanjang tempoh pengajiannya. Apa yang Tengku Daniel tidak tahu, mereka merancang untuk mengahwinkan Bella dengan jejaka lain, yang lebih baik dan layak.

Kini,Bella dan kedua ibu bapa Tengku Daniel sedang menanti Tengku Daniel daripada pejabatnya untuk mengambil dokumen penting. Jet peribadi milik Tengku Daniel sudah siap sedia untuk berlepas ke Dubai. Entah kenapa jiwa Bella diruntun rasa sedih apabila mendengar Tengku Daniel akan pergi jauh. Tidak lama kemudian Bella dapat melihat kereta Maserati milik Tengku Daniel berhenti tidak jauh daripada tempatnya berdiri. Lelaki tersebut lengkap dengan suit dan beg bimbit di tangannya.

Puan Sri Kirana dan suaminya terlebih dahulu memeluk tubuh anak mereka. Walaupun mereka tidak sanggup tetapi mereka perlu menghantar anak mereka jauh daripada Bella. Bella yang melihat turut merasa sedih. Bella berjalan ke arah Tengku Daniel dan memandangnya dengan hati yang sayu. Bella melihat Tengku Daniel menitiskan air mata di hadapannya buat pertama kali.

 Bella melihat Tengku Daniel menitiskan air mata di hadapannya buat pertama kali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"I will miss you baby. Its hurt a lot to say goodbye. How I wish I can bring you with me but I can't. Goodluck with your studies. Study well. Until we meet again baby" kata Tengku Daniel sambil mengusap lembut wajah Bella.

Dengan itu,Tengku Daniel terus berjalan ke tangga jet peribadinya tanpa berpaling ke belakang. Dia tidak mahu berasa sakit. Meninggalkan Bella adalah keputusan paling sukar yang pernah dibuat seumur hidup. Meskipun baru mengenali Bella tidak sampai 2 bulan tetapi Tengku Daniel sudah benar-benar sudah jatuh cinta dengannya. Dia berharap Bella akan baik-baik sahaja tanpa ketiadaanya.

 Dia berharap Bella akan baik-baik sahaja tanpa ketiadaanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
YOU ARE MINE (#1): WANTED BY THE DEVILWhere stories live. Discover now