CHAPTER 4

85.8K 2.6K 27
                                    

Bella duduk termenung di dalam bilik tidurnya. Dia masih lagi memikirkan peristiwa 3 hari yang lalu. Tengku Daniel Marco. Satu nama yang cukup membuatkannya pening kepala. Baginya lelaki itu cukup menakutkan. Pandangan Bella beralih apabila mendengar pintu biliknya dibuka.

"Bella dah bangun sayang? Are you okay?" Bella melemparkan senyuman manis kepada Puan Sri Kirana.

"Bella okay hari ni aunty. Alhamdulillah. Aunty sihat?"

"Aunty sihat alhamdulillah. Ni aunty nak beritahu yang petang nanti aunty dengan uncle kena fly pergi Itali. Aunty nak bawa Bella sekali tapi Uncle tak bagi. Risau sangat dia dengan kamu. Dia suruh kamu berehat. Kamu jangan risau,nanti anak aunty akan datang jenguk kamu" 

"Aunty keluar dulu,aunty kena packing"

Mendengar kata-kata Puan Sri Kirana menyebabkan Bella ketakutan. Bagaimana dia mahu tinggal dengan seorang lelaki yang menyentuh dan mengganggu dirinya sesuka hati. 

.......................................................................

"Tolong ganti daddy pergi majlis Pak Long  minggu depan "

"I'm not going daddy. You know me. I hate that kind of etiquette"

"Pergilah sayang, tolong daddy. Mummy nak minta tolong twins you tau kan both of them busy memanjang."

Tengku Daniel meletakkan sudu dan garfunya. Satu idea berna menerjah ke benak pemikirannya. 

"Alright. I will go with one condition. I want Bella as my date and I will choose a ball gown for her not mummy"

Pernyataan Tengku Daniel membuatkan Tan Sri Tengku Evan Marco memandang Puan Sri Kirana memandang sesama sendiri. 

"Kami setuju"

Tidak sampai 5 saat mereka membalas. Tengku Daniel tersenyum sinis. Dia sudah mula membayangkan bagaimana wajah cemas Bella saat berhadapan dengannya.

...................................................................

Sebelum bertolak,Puan Sri Kirana sempat berjumpa Bella. 

"Aunty nak minta tolong boleh tak Bella?"

"Tolong apa aunty?"

"Aunty nak Bella jadi date Daniel minggu depan. Pak long Daniel ada buat launch party untuk hotel baru dia. Puas aunty dengan uncle pujuk Daniel tapi dia tak nak pergi unless Bella jadi date dia. Pasal baju Bella jangan risau,Daniel akan sediakan. Tolong aunty Bella?"

Bella tidak mahu menolak. Melihat mata Paun Sri Kirana yang penuh dengan harapan membuatkan Bella sukar menolak. Lagipun banyak jasa mereka terhadap dirinya. 

"Ok aunty"

"Lega aunty dengar sayang. So,aunty pergi dulu. Jaga diri. Kalau Daniel buat benda bukan-bukan call aunty immediately ok?"

Bella mengangguk perlahan dan menyalami tangan wanita tersebut. Apa yang lebih menakutkan baginya apabila Tengku Daniel sendiri yang akan memilih bajunya. 'Ya Allah janganlah seksi sangat bajunya'. Bella menutup matanya seketika dan berehat.

YOU ARE MINE (#1): WANTED BY THE DEVILWhere stories live. Discover now