CHAPTER 35

85.1K 2.1K 66
                                    

Bella masuk ke dalam rumah agam milik Tan Sri Evan Marco. Dia akan tinggal di rumah tersebut sehingga Tengku Daniel boleh keluar daripada wad. Masih banyak yang perlu dipantau oleh doktor. Suaminya juga masih lagi lemah dan masih tidak mampu untuk bangun.

"Bella,daddy letak Mikayla dalam bilik dulu eh?" Tan Sri Evan Marco bertanya sambil mencium lembut pipi cucu perempuannya itu.

"Ok daddy"

Bella terus duduk di atas sofa kerana tidak tahan berdiri lama. Dia rasa sangat ngilu. Kali pertama melahirkan anak merupakan pengalaman yang tidak akan dia lupakan. Namun, hatinya masih tertanya-tanya bila Tengku Daniel sedar daripada koma.

"Bella sekejap lagi mummy siapkan air mandian Bella. Sekarang ni,mummy hantar kamu sampai bilik tau" Puan Sri Kirana membantu Bella untuk bangun. Mujur sahaja rumah mentuanya ini mempunyai lif. Jika tidak,bagaimana dia mahu menaiki tangga. Menurut mummynya,memang wanita dalam pantang tidak digalakkan menggunakan tangga. Katanya boleh terkena bentan.

Bella masuk ke dalam bilik dan melihat Tan Sri Evan Marco yang sedang galak berbicara dengan anaknya. Daddynya itu kelihatan sangat-sangat gembira.

"Abang,sudahlah tu. I faham you gembira sangat. Tapi, kesianlah dekat Bella. Bagi Bella dengan baby rehat dulu eh?" Puan Sri Kirana memujuk lembut suaminya itu.

"Ok" Tan Sri Evan Marco mengucup lama  pipi gebu cucunya itu. Geram sangat! Tembam!

"Sorry daddy" Bella rasa serba-salah apabila melihat Tan Sri Evan Marco yang agak keberatan untuk meninggalkan cucunya.

"It's okay Bella. Lagipun,sekejap lagi daddy nak pergi tengok jumpa doktor untuk bincang pasal Daniel"

Mata Bella terus bersinar-sinar apabila nama Tengku Daniel disebut.

"Nanti daddy update dekat Bella tau pasal Daniel."

"Boleh"

..................................................................................

2 bulan kemudian......

"Perlahan-lahan Daniel. Tak kemana pun isteri kamu tu" Tengku Daniel hanya tersengih apabila dimarahi oleh daddynya. Menggunakan crutches untuk berjalan memang agak sukar. Namun,demi anak dan isterinya dia sanggup berjalan menggunakan peralatan tersebut. Sudah 2 bulan tidak bersua muka dengan isterinya secara berdepan sangat-sangat menyeksakan.

Selama dia di hospital dan Bella berpantang di rumah,Bella dan dia hanya berkomunikasi menggunakan video call ataupun Face Time. 

"Abang!"

Bella terus berlari memeluk suaminya. Bolehlah dia menjaga suaminya selepas ini. Lagipun,tempoh berpantangnya juga sudah habis. Walaupun berpantang merupakan satu penyeksaan ,namun dia bersyukur kerana banyak tips yang dipelajari daripada mummynya. 

"I miss you baby" Tengku Daniel memeluk erat tubuh isterinya menggunakan sebelah tangan. Walaupun dia menggunakan crutch,tetapi tidak menghalang dia untuk memeluk isterinya.

"Mikayla,look!Daddy dah balik" Puan Sri Kirana mendukung Mikayla mendekatkan wajah Mikayla ke arah Tengku Daniel.

"I miss you princess" Tengku Daniel mengucup lembut pipi montel anaknya itu. Mana tidaknya,sewaktu dia lahir beratnya sudah mencecah 3.5 Kg. 

"Dia copy and paste muka abang" Bella berkata sambil melingkarkan tangannya di pinggang suaminya.

"Well,my genes are stronger than you think baby" Sempat lagi Tengku Daniel menggatal dengan isterinya.

"Jangan nak gatal-gatal sangat dengan Bella tu Daniel. Dia tu baru habis pantang" Puan Sri Kirana memberi nasihat sinis kepada anak lelakinya itu.

"I can't do anything mummy. I'm still weak"

..............................................................................

"Abang! Janganlah tengok!" Bella mengalihkan badannya daripada pandangan miang suaminya itu. 

"I bukannya nak tengok you sayang, I nak tengok Mikayla menyusu." Tengku Daniel sengaja memberi alasan.

"Macamlah baby tak tau. Mata abang tu miang semacam!" Bella mencebik.

"Buat apa I nak tengok benda yang I dah biasa tengok baby?" Soalan Tengku Daniel membuatkan muka Bella terus menjadi merah padam.

"Abang!" Bella melemparkan bantal ke arah suaminya.

Dia malu apabila Tengku Daniel daripada tadi tidak berhenti merenung ke arah buah dadanya tatkala dia sedang meyusukan Mikayla. 

"What baby? Salah ke I nak tengok apa yang dah jadi milik I. Lagipun I suka tengok our princess yang gelojoh minum susu. Sama macam daddy dia. Gelojoh." Tengku Daniel mengenyitkan matanya dan terus merehatkan tubuhnya.

"Abang jangan nak macam-macam tau" Bella memberi amaran kepada suaminya.

"Don't worry baby. Before kita nak ada second baby, I rasa kita tunggu like 2 or 3 years macam tu. I nak tunggu anak kita besar sikit. Are you okay with that baby?" 

"Baby baru nak bincang benda yang sama dengan abang. Baby pun fikir macam tu. Baby cuma takut abang tak setuju dengan cadangan baby."

"Kenapa pula I tak setuju. Lagipun, itu semua untuk kebaikan baby dengan Mikayla. Apa salahnya. Lagipun, I'm kind of trauma hearing you screaming when you pushed our baby to come out"  Masih terngiang-ngiang di telinga Tengku Daniel  mendengar jeritan kesakitan isterinya saat melahirkan anak mereka.

"Thank you abang. I love you"

"I love you too baby"

.........................................................................

"Uncle thank you sebabkan uruskan that bitch masa Daniel koma" Tengku Daniel memeluk tubuh tua tersebut.

"No problem my son." Tengku Alez menepuk lembut bahu Tengku Daniel.

"Macam mana Zahira and Alex?" Tengku Daniel bertanya dengan penuh santun. Risau jika hati Tengku Alex tersinggung. Mana tidaknya, rumah tangga Tengku Alex sedang retak menanti belah.

"Macam yang you tengok. Zahira had been through a lot because of my son. She's really suffering. Uncle pun sama. Pentingkan harta,darjat. Uncle malu dapat menantu kerja cleaner. Rasa hina dapat menantu macam tu. Turns out, my own son did a very very terrible thing towards my daughter in-law. You knew about it don't you?" Air mata Tengku Alez mengalir mengenangkan penderitaan menantunya.

"Yes uncle. I knew about it. Five of us really thought that Zahira was guilty. Tapi nampaknya kami silap. Not only Alex,tapi my friends and I pun bersalah dengan Zahira."

"Tapi apa yang I tahu, Alex cintakan Zahira sejak zaman university lagi. Dia memang tak nak mengaku. Katanya, Zahira tak layak untuk dia sebab Zahira anak yatim piatu. Orang miskin. Masa dekat university, kami memang mentah. Apa yang haram jadi halal. Bila I kahwin, I baru tahu betapa berharganya maruah seorang wanita" Tengku Daniel sangat-sangat kesal.

"I should tell you about this earlier uncle. I'm sorry" Tengku Daniel mengenggam tangan Tengku Alez.

"It's okay. You fokus pada kesihatan,your wife and Mikayla. Pasal Zahira dengan Alex biar Uncle fikirkan."

"May Allah Bless you Daniel"





YOU ARE MINE (#1): WANTED BY THE DEVILWhere stories live. Discover now