CHAPTER 29

91.1K 2.2K 140
                                    

"Everybody is looking at you abang." Terus berubah muka Tengku Daniel. Senyuman manisnya terus hilang. Muka beku kembali menyinari wajah Tengku Daniel.

Bella dan Tengku Daniel berjalan beriringan di atas karpet merah yang terbentang. Sesekali mata Bella pedih akibat flash daripada kamera yang sangat banyak. Lagipun, keadaaannya banyak berubah. Makin bertambah berat dan gemuk.

Melangkah sahaja masuk ke dalam hotel tersebut, semua yang ada terpegun melihat betapa berseri-serinya isteri Tengku Daniel. 

"Senyum baby. Semua terpegun tengok isteri I yang cantik sangat like a bidadari"

Bella melebarkan senyuman dan memandang kamera. Banyak mata yang fokus terhadap perutnya yang agak besar.

Bella dapat melihat wartawan yang meluru ke arah mereka tetapi ditahan oleh bodyguard Tengku Daniel. Bella mendengar pelbagai soalan lucu yang dilemparkan oleh wartawan kepadanya. Bella menjawab soalan-soalan tersebut di dalam hati.

......................................................................

Bella meringis kesakitan apabila melangkah untuk ke tandas. Kakinya membengkak. Dahlah suaminya sedang memberi ucapan di atas pentas. Bella masuk ke dalam tandas dan Xavier setia menanti di pintu luar.

Bella masuk dan melihat seorang wanita yang berpakaian sangat seksi sedang bersolek sakan. Make up yang sangat tebal membuatkan Bella ingin ketawa melihanya.

"So, you lah wife Tengku Daniel yang orang hebohkan sangat tu? You tak adalah cantik mana pun. Macam manalah Si Daniel boleh terpikat dengan you? Dengan badan dah macam tong dram dah I tengok. Sepatutnya dia kahwin dengan perempuan seksi and vogue macam I." Sinis sahaja perempuan tersebut menyindir Bella.

"I nak buat macam mana. Dia yang terpikat dengan I. Simpanlah angan-angan you nak bersuamikan Tengku Daniel." Bella membalas pedas.

"I tahulah taste Tengku Daniel. Sikit hari lagi,dapatlah I 'rasa' Tengku Daniel." Bella ketawa mendengar angan-angan wanita itu.

"Kesiannya you. I dah lama 'rasa' Tengku Daniel. Almost everyday I 'rasa'. I've already touched every part of his body. Infact, I tengah mengandung pewaris utama Tengku Daniel. So,tak perlulah you simpan angan-angan bodoh you tu." 

Bella terus menapak keluar daripada tandas. Hilang terus mood baiknya. Dia rasa hendak menangis pun ada,tetapi ditahan kerana memikirkan  maruah suaminya.

Bella duduk di meja dan mengambil makanan yang sudah tersedia. Tidak dia hiraukan kawan-kawan Tengku Daniel yang duduk satu meja dengannya dan memandang ke arahnya. Disebabkan hal tadi, Bella tidak berhenti makan.

Selepas 20 minit, makanan yang memang sudah tersedia di atas meja mula berkurangan. Tengku Daniel pula sudah habis berucap dan bertemu dengan beberapa tetamu penting majlis tersebut.

Raut wajah Bella berubah apabila makanan yang ada tidak mencukupi. Tengku Jericho yang melihat terus memanggil waiter yang bertugas.

"Refill balik makanan for Datin Bella. She's hungry" Waiter tersebut hanya mengangguk apabila mendengar arahan daripada Tengku Jericho.

"Thank you!" Terus berubah mood Bella. 

Kawan-kawan Tengku Daniel yang lain tersenyum melihat Bella yang seperti budak-budak itu.

"Nak lagi tak? I isikan" Tengku Jericho mencedokkan makanan masuk ke dalam pinggan Bella.

"Baby! I daripada tadi perhatikan you. Dah berapa banyak you makan ni? Nanti sakit perut macam mana?" Angin tak ada,ribut tak ada tiba-tiba sahaja Tengku Daniel menegur Bella.

"Kau pun satu Jericho. Kau daripada tadi aku tengok tak habis-habis cedok makanan masuk dalam pinggan my wife" Terkebil-kebil mata Tengku Jericho apabila ditegur oleh Tengku Daniel.

"Wife you laparlah Daniel. Takkan nak biarkan?" Kini,Tengku Adam pula sibuk menyebelahi Bella.

"Daripada abang,tak habis-habis borak. Baik baby duduk dengan kawan abang. Best. Dapat makan"

Bella bernada sinis. Tengku Daniel menghela nafas panjang. Pasti isterinya merajuk lagi. 

"Baby,you marah I ke?" Nada Tengku Daniel terus bertukar lembut.

"Tak"

Sepatah sahaja Bella menjawab. Tidak semena-mena air mata Bella mengalir membuatkan Tengku Daniel panik. Kawan-kawannya yang lain ketawa melihat Tengku Daniel yang tidak tentu arah cuba memujuk Bella.

"Abang..." Bella terus memeluk suaminya dan menghamburkan air mata.

"Hey...baby...kenapa you menangis ni?" Tengku Daniel menyapu air mata Bella yang keluar,namun semakin banyak yang mengalir.

"Bro,better kau bawak naik bilik hotel. Aku dah tempah tadi" 

Tengku Daniel menerima cadangan Tengku Alex dan membawa memimpin Bella supaya bangun. Ditambah pula dengan kaki Bella yang membengkak.

...............................................................................

"Siapa buat you menangis ni baby? Cuba cakap dengan I? Kenapa you menangis?" Bella yang berada di atas pangkuan suaminya hanya menggeleng perlahan. Tiada perkataan yang keluar daripada mulutnya.

Tengku Daniel membuka tudung milik isterinya dan menolaknya lembut supaya berbaring di atas katil. Tengku Daniel turut membuka suit miliknya. Butang baju kemeja dibuka satu persatu. Tengku Daniel naik ke atas katil dan menindih tubuh Bella. 

Bibir mungil Bella terus diragut laju. Bella memukul lembut dada bidang suaminya. Esakkannya pula masih kedengaran.

"Kalau you tak berhenti menangis, I curi chocolate cake you" Tegas suara Tengku Daniel.

Bella segera menggelengkan kepalanya.

"Stop crying baby! It's hurt me a lot when you cry baby"

"Ttt...tadi saya pergi toilet. There's a woman in there. Dia kata perempuan macam dia taste abang. Seksi. Vogue. Tak macam baby. Dia kata baby gemuk macam tong dram. Baby minta maaf kalau sebab baby gemuk,baby dah malukan abang"

"Siapa yang berani cakap macam tu dekat you!" Naik satu oktaf suara Tengku Daniel

"You! Satu-satunya perempuan paling seksi I pernah jumpa. You! The only woman that can make me horny every time you touch my skin. You tak gemuk sayang. You're still delicious baby" 

"Betul?" Bella mengelap air matanya dan merenung mata suaminya dalam mencari jawapan.

"Betul. Kalau you tong dram, I lori simen. So, don't cry"






YOU ARE MINE (#1): WANTED BY THE DEVILWhere stories live. Discover now