Bella berjalan-jalan di sekitar mall sambil ditemani oleh bodyguard milik Tengku Daniel Marco,Xavier kerana Puan Sri Kirana tidak dapat menemaninya hari ini. Bella tidak kisah pun sebenarnya,namun Tengku Daniel yang terlalu overprotective untuk membenarkannya keluar secara berseorangan. Masih dia ingat perangai kebudak-budakkan bakal suaminya itu.
.......................................................................
Flashback
"No baby! I said no! You tak boleh keluar sendiri. It is dangerous out there. Kalau you nak keluar juga baby,Xavier akan ikut you. No compromise baby"
"Tapi awak,saya keluar pergi mall je. Siapa yang nak bunuh or culik say.."
"Ya, I tau. Tak ada sesiapa nak culik you. Nak dukung? Nak pikul? You tu berat. Tapi masalahnya, I risau kalau you kena samun ke, kena ragut ke?" Bella rasa nak hempuk kepala lelaki berusia depan mata dia ni !
"Ish! Macam bercakap dengan orang gilalah bila bercakap dengan awak ni"
"Tak apa. Sekarang memang ada trend cari gali suami yang spesiesnya lembu gila macam I"
........................................................................
"Datin,lebarnya senyuman. Ingat dekat Datuk lah tu" Makin bertambah senyuman di wajah mulus Bella.
"Ishh mana ada. Memandai je awak ni" Bella yang malu terus masuk ke dalam Yves Saint Laurent store. Dia ingin mencari beg yang harganya tidak mahal. Semua store yang dia pergi,semuanya mahal sehingga berpuluh ribu harganya. Bella membelek setiap satu beg dan apa yang pasti benda pertama yang dia cari adalah tag harga beg tangan tersebut.
"Datin,dah banyak kedai kita pergi. Kenapa Datin tak beli-beli lagi beg yang Datin nak?" Xavier berasa hairan kerana bakal isteri majikannya itu asyik membelek-belek beg tangan berjenama tetapi tidak membelinya.
"Mahal sangatlah Xavier. Dahlah saya guna duit bos awak. Nanti apa pula dia cakap" Xavier ketawa kecil melihat Bella.
"Sebab itu,Datuk bagi credit card dia supaya Datin guna. Percayalah Datin,Datuk tak akan kisah pun mahal macam mana sekali barang yang Datin beli. Lagipun, apa fungsi bakal suami kalau bukan untuk disusahkan?" Bella masih lagi teragak-agak dengan jawapan Xavier.
"Ok macam ni. Kalau Datin masih teragak-agak lagi,kita pergi makan dulu. Lagipun saya dah lapar ikut Datin berjam-jam dari tadi" Xavier tersengih dihadapan Bella.
"Saya pun lapar. Jom makan"
......................................................................
Bella yang sedang menikmati makanan tersedak apabila Tengku Daniel duduk di sebelahnya,manakala Xavier hanya beriak biasa.
"Baby is it true that Xavier cakap you tak beli handbag dekat sini sebab mahal?" Tanpa salam Bella terus diterjah dengan soalan Tengku Daniel.
"Handbag dekat sini mahal sangat. Lagipun itu kan duit awak,bukan duit saya" Bella menjawab perlahan.
Tengku Daniel yang mendengar menarik nafas panjang. Gadis dihadapannya ini tersangatlah baik. Kalau perempuan lain,memang sanggup bermati-matian nak dapatkan kad kredit miliknya.
"Xavier,lepas habis makan you balik bawa kereta sekali. Datin balik dengan I" Xavier mengangguk kepalanya dan terus bangun sebaik sahaja makanannya habis.
YOU ARE READING
YOU ARE MINE (#1): WANTED BY THE DEVIL
Romance"Lepaskan saya Tengku"- Bella Safiya "For how many times that I have to remind you that you are mine baby. I've told you before that you can't escape me baby. Don't do anything stupid baby or I will make you regret your own decision. You don't want...