IAH:8

8.2K 447 4
                                    


Hazel daripada tadi tak habis-habis selfie.Biasalah instafamous nak upload gambar kenalah cantik-cantik.

"Adam!" Laung Hazel kuat.

Adam memandang Hazel kosong. Apa masalah minah ni.Malulah orang tengok.

"Adam! Sinilah!"laung Hazel lagi.

Adam pasrah.Adam mendekati Hazel.

"Kau nak apa?"tanya Adam garang.

"Huish.Jangan garang-garang dong.Aku nak mintak tolong ambilkan gambar aku je."

Hazel menghulurkan iPhone miliknya. Dengan malas Adam menyambut.

"Boleh tapi ada satu syarat."

"Syarat? Apa dia?" ambik gambar pun ada syarat? Apa dia ingat aku nak interview jadi model?

"Labuhkan tudung kau. Labuhkan lengan kau jugak.Aku tak nak kau heret aku sekali buat dosa."kata Adam selambar.

Hazel membuat muka.

"Yelah pak ustaz."perli Hazel.

Hazel mengikut apa yang Adam suruh.

"And jangan nak pose lebih-lebih."

Hazel buat tak tahu.

Dah berpuluh gambar Adam ambik tapi Hazel masih tak nak berhenti.

Bermacam gaya Hazel pose.

"Memandangkan kau dah ambik gambar aku.Aku bagi kau upah."

Berkerut dahi Adam.

"Upah? Upah apa?"tanya Adam.

"Upah bergambar dengan instafamous macam aku."jawab Hazel teruja.

"Ceh aku pun instafamous lah."

"Bang! Sini jap."Hazel memanggil seorang lelaki.

"Tolong ambik gambar kitaorang."Hazel menghulurkan iPhone nya.

"Okay."jawab lelaki itu.

Hazel berdiri ditepi Adam. Bermacam gaya Hazel buat. Adam pula hanya kaku. Senyum pun tidak.

"Adam senyumlah sikit."paksa Hazel.Kenapa susah sangat nak senyum? Kena bayar ke?

Adam pasrah.Akhirnya dia senyum paksa. Kira oklah tu.

"Thank you."ucap Hazel pada lelaki itu.

"Most welcome.Btw semoga berkekalan."ucap lelaki itu pula sebelum beredar.

"Berkekalan? Berkekalan apa?"Hazel blur. Mengarut apa abang ni?

"Dia ingat kita couple lah tu."terang Adam.Lembab.

"Ouh."

Couple? Aku dengan Adam? Tak mungkin berlaku. Tapi mungkin juga akan berlaku? Eh?

Adam menanggalkan kasutnya lalu dipegang.

"Eh kau nak pergi mana? Tunggulah aku."

Hazel turut melakukan benda yang sama.

"Kau kenapa ikut aku?"tanya Adam.

"Aku boring lah sorang-sorang. Daddy aku sibuk dengan bini dia."Hazel berjalan disisi Adam.

Setelah lama mereka menyepi. Adam membuka mulut.

"Boleh aku tanya satu soalan?" Adam memandang Hazel.

"Apa dia? Tanyalah." Hazel turut memandang muka Adam yang serius.

"Kenapa aku rasa hubungan kau dengan mummy kau tak okay?" tanya Adam berhati-hati. Benda ni sensitif sikit.

Hazel terdiam.Air mukanya juga berubah.Macam-macam bermain difikirannya.

"Sorry-sorry aku tahu aku tak patut tanya macam tu."Adam menggaru-garu kepalanya. Takut dia melihat muka Hazel yang tiba-tiba mendung. Kang menangis jap lagi apa dia nak jawab dengan uncle dan aunty.

"Takpe."kata Hazel pendek. Mata memandang pantai yang tiada penghujungnya. Angin pantai yang kuat dinikmati. Tenang.

Setelah keadaan kembali menyepi. Adam bersuara kembali.

"kau tunggu sini jap.Jangan pergi mana-mana.Jaga kasut aku sekali"

Terpinga-pinga Hazel dibuatnya. Hazel hanya ikut arahan Adam.

Beberapa minit kemudian Adam datang dengan membawa 2 aiskrim berperisa coklat.

"Nah.Sebagai tanda maaf aku."

Hazel menyambut dengan senyuman.Memang favourite dia aiskrim coklat.

"Macam mana kau tahu aku suka aiskrim coklat?"

"Aku ternampak kau lepak dengan kawan-kawan kau sambil makan aiskrim coklat so aku teka jelah." terang Adam.

"Ouh."

Mereka sambung berjalan.

"Auch!"tiba-tiba Hazel mengaduh kesakitan.

Hampir saja dia mahu jatuh tapi sempat disambut Adam.

"Kau kenapa ni?"tanya Adam cemas.

"Sakit kaki."Hazel memegang kakinya.

Adam mendudukan Hazel diatas pasir.

Kaki Hazel dibelek berhati-hati.

"Aku rasa kau kena kaca ni."ramal Adam apabila melihat kaki Hazel yang berdarah.

"Habis tu macam mana? Sakit sangat ni."hampir menangis Hazel apabila menahan kesakitan.

"Kau boleh jalan tak ni? Jauh jugak ni nak jalan ke mansion aku."tanya Adam.

Hazel menggeleng kepala sebagai jawapan.Bukan nak mengada tapi itulah kenyataan.

Adam mencampak aiskrim nya ke pasir begitu juga aiskrim Hazel.

"Hei." aku tak habis makan lagi.

Adam terus mencempung tubuh Hazel.

Terjerit kecil Hazel dibuatnya.

"Diamlah."

Orang yang memandang mereka pelik tidak diendahkan.






Thank you for support.
😋

IAN ADAM HAYDEN [•C•]Where stories live. Discover now