IAH:22

7K 368 9
                                    


"Perhatian kepada semua pelajar! Sila berkumpul di dataran sekarang juga!"lantang sekali suara abang fesi membuat pengumuman. Tak pecah ke anak tekak dia? Dahlah tak pakai mikrofon.

"Kita baru sampai dah suruh berkumpul kat dataran. Apa ni?"rungut Kaira.

"Siapa lambat akan di denda!"kata abang fesi itu lagi.

Kalut semua pelajar meletakkan beg masing-masing sebelum berkumpul di dataran.

"Assalamualaikum!"seorang lelaki yang nampak sedikit berusia memberikan salam dengan nada yang tegas sekali. Gaya macam askar.

"Walaikumusalam!"jawab semua pelajar.

"Aku komander sepanjang kem ni berlangsung. Biar aku perkenalkan diri aku dulu. Nama diberi oleh jiran nenek tiri aku Muhammad Syazrullan Arman bin Yaacob dan dipersetujui oleh ayah aku saja sebab mak aku tak setuju tapi terpaksalah letak juga nama tu. Isteri mana boleh lawan cakap suami. Panggil aku sir Syaz.Umur aku biarlah rahsia. Bini seorang lagi setakat nilah. Tapi lepas ni tak tahu. Aku ayah kepada empat orang anak. Tiga laki-laki dan seorang perempuan."

Meletus ketawa para pelajar. Apa ke lawak sangat cara dia perkenalkan diri ni.

"Siapa suruh kau ketawa!"

Krik Krik Krik

Senyap sunyi keadaan apabila dijerkah olehnya. Seram pulak.

"Sepanjang korang disini aku yang bertanggungjawab sepenuhnya keatas semua pelajar. Apa-apa kes wajib report dekat aku dulu dan disini semua dilayan sama rata. Tak kiralah kau anak Dato,Tan sri,Raja mana pun,kau akan dilayan sama saja. Aku tahu korang semua ni anak orang berpengaruh jadi sila jaga nama baik keluarga masing-masing."

Sir Syaz mengambil nafas seketika sebelum menyambung.

"Sebelum terlupa aku perkenalkan abang dan akak fesi. Yang muka ala-ala Cina tu nama dia Danial. Yang muka macam Pakistan ni nama dia Ikmal. Hujung yang muka melayu asli tu Amir dan last sekali yang kecik molek tu Farah. Aku bagi amaran awal-awal jangan nak jadi ulat bulu sangat, lagi-lagi yang perempuan."

Hazel memandang muka abang dan akak fesi yang berdiri di hadapan. Not bad.

Matanya bertembung dengan salah seorang abang fesi. Kalau tak silap nama dia Ikmal.

Ikmal mengenyitkan mata kepada Hazel. Hazel menoleh ke kiri dan kanan.

Dia kenyit mata dekat aku ke?

"Kau nampak lumpur tu?!"jerit Sir Syaz.

"Nampak!"jawab semua pelajar.

"Aku nak kau semua merangkak dalam lumpur tu sekarang!"

Para pelajar mula berbisik-bisik.

"Gila ke nak suruh kita merangkak dalam lumpur tu." kata Bella. Memang tak rela lah dia kalau merangkak dalam lumpur yang kotor tu.

Yang lain hanya mengiyakan.

"Aku kira sampai tiga! Kalau tak ada yang  bergerak lagi aku tolak sorang-sorang!"kali suara Sir Syaz lebih keras.

Semua pelajar akur.

Para pelajar sudah mula merangkak di dalam lumpur itu dengan muka pasrah dan jijik. Hanya segelintir saja yang masih berdiri tegak.

"Ni kenapa tak masuk?!"

Hazel mengurut jantungnya akibat terkejut. Apa masalah dia ni. Tak reti cakap perlahan sikit ke?

"Lumpur ni busuklah so memang taklah kitaorang nak masuk."jawab Iris dengan berani.

"Haah. Entah-entah ni lumpur tempat babi berkubang."sokong Kaira.

"Jadi kau tak nak masuk?"tanya Sir Syaz tenang.

Hazel,Kaira,Maira,Iris dan Bella menggeleng kepala sambil memeluk tubuh.

"Danial ,Ikmal,Amir dukung diaorang lepastu campak dalam lumpur tu."

Membulat mata mereka berlima apabila mendengar arahan yang diberikan oleh Sir Syaz kepada Danial,Ikmal dan Amir.

"Okay! Kitaorang masuk!"kata Maira. Tak sanggup dia kena campak dalam lumpur tu. Baik dia masuk sendiri.

Hazel,Kaira, Maira,Iris dan Bella masuk ke dalam lumpur itu perlahan-lahan.

"Jangan berhenti merangkak selagi aku tak suruh berhenti. Faham!"

"Faham!"

***

"Sakitnya bahu aku." Hazel mengurut bahunya yang terasa lenguh.

Mana tak lenguh kalau kena merangkak dalam lumpur selama 3 jam? Rasa nak tercabut bahu dengan lutut.

"Kem ni gilalah. Baru hari pertama dah kena macam ni."kata Kaira perlahan. Nak bersuara pun rasa tak larat.

"Sir Syaz tu ingat kita ni askar ke?" Iris merebahkan tubuhnya di dalam khemah.

"Semua ni salah Luqman!"kata Maira.

"Salah Luqman? Kenapa salah dia pulak?"tanya Bella. Apa yang Luqman dah buat?

"Diakan setiausaha pengawas jadi dialah yang pilih lokasi kem ni."jawab Maira. Bantal busuknya dipukul-pukul. Mungkin dia bayangkan bantal itu adalah Luqman.

Yang lain hanya mengangguk faham.

"Perhatian kepada semua pelajar! Sila berkumpul di dataran sekarang juga!"

Keluhan daripada semua pelajar dilepaskan. Tak sempat berehat lagi dah kena berkumpul balik. Yang duk mandi pun ada lagi.

"Aku bagi masa 5 saat! 1,2,3...."

Kalut habis semua pelajar menuju ke dataran. Daripada yang berjalan longlai terus pecut.


Thank you for support!
😋
Jangan lupa vote dan komen!

IAN ADAM HAYDEN [•C•]Onde as histórias ganham vida. Descobre agora