IAH:14

7.5K 445 10
                                    

Pagi-pagi lagi mereka semua sudah bersiap. Hari ini mereka semua merancang untuk keluar shopping. Apa gunanya holidays kalau tak shopping?

Mereka semua menaiki kereta keluarga masing-masing kecuali Adam yang menaiki kereta Ferrari F8 Tributo berwarna merah miliknya seorang diri. Katanya lama tak start.

Berapa banyak kereta mamat ni ada?

Sampai saja di dentinasi yang dituju, Hazel terus turun daripada kereta.

Matanya terus melilau untuk melihat keadaan sekeliling.

"Apa ni daddy? Tempat apa ni?" Kedai-kedai yang berderet di tepi jalan itu diperhati.

"Kata nak shopping. Tempat shopping lah ni."

"Tempat shopping apanya macam ni? Dahlah panas." Hazel mengibas-gibas muka yang panas akibat bahang matahari.

"Kalau nak shopping dekat mall jauh sikit. Kita shopping jelah dekat sini." Puan Iman cuba memujuk anaknya itu.

Hazel menarik muka.

"Hazel nilah tempat aunty selalu shopping kalau datang sini. Tempat ni memanglah panas sikit tapi barang kat sini cantik-cantik tau."beritahu Puan Sri Nairis.

"Jomlah kita pergi."ajak Tan Sri Alex.

"Tak apalah Hazel nak rehat dekat pondok tu sekejap. Panas." beritahu Hazel.

Dia tak ada rasa langsung nak shopping dekat sini. Low class!

"Haish dari tadi lagi memuncung je aku tengok kau ni."tegur Adam.

"Kat sini panaslah. Aku tak tahan panas. Tengoklah muka aku ni. Merah menyala." Hazel memegang mukanya yang merah. Muka Adam pun boleh tahan merahnya.

"Jom. Ikut aku."

"Nak pergi mana?"tanya Hazel.

"Shopping."

"Tak nak!"bentak Hazel. Kalau shopping kat sini dia memang tak nak.

"Jomlah. Barang kat sini cantik-cantik tau."pujuk Adam.

Hazel tiada pilihan lain. Dia mengikut juga langkah Adam.

"Kedai apa ni?"tanya Hazel apabila mereka memasuki sebuah kedai.

"Kedai cenderahati."jawab Adam.

Hazel membelek-belek cincin berwarna silver yang bertulis' i love you'. Cantik juga.

"Kau suka ke?"tanya Adam. Dia juga turut membelek-belek cincin itu.

"Not bad."

Hazel menyarungkan cincin itu pada jarinya. Muat.

"Ambiklah. Aku belanja."kata Adam.

"Wah manyak cantik! Sesuai dengan u punya jari."puji perempuan berbangsa Cina itu dengan pelatnya.

"Lagi cantik kalau u dua orang pakai cincin ni. Baru nampak sweet ma."

Hazel memandang Adam. Jelas senyuman sinis dibibirnya.

Hazel mengambil satu lagi cincin sepertinya lalu disarungkan ke jari Adam. Sesuai!

"Eh apa ni?" Adam membelek cincin itu.

"Kau belilah juga baru nampak sweet." Hazel mengenyitkan matanya nakal. Sempat Hazel mengeluarkan iPhone nya untuk mengambil gambar tangan mereka berdua.

Hazel terpandang cekak rambut telinga arnab dan kucing. Comel!

Hazel terus mengambil yang telinga arnab punya satu lalu disarungkan ke atas kepalanya yang berlapik tudung.

"Comel tak?"tanya Hazel pada Adam.

Adam hanya mengangguk.

"Tapi lagi comel kalau kau pakai yang kucing punya ni."

Hazel memakai Adam cekak rambut telinga kucing itu.

"Aum so cute. Duduk diam aku nak snap gambar jap."

Adam yang menurut. Dia redha.

"Aunty tolong ambikkan gambar kitaorang."pinta Hazel kepada tua punya kedai tadi.

"Boleh ma. Sini."

Bermacam gaya Hazel buat. Adam seperti biasalah. Muka dingin je memanjang tapi still nampak cute!

Setelah siap membuat pembayaran, mereka keluar daripada kedai itu.

Macam-macam Hazel beli. Kepada kawan-kawannya juga dia beli.

"Kita nak pergi mana pulak?"tanya  Hazel teruja.

"Seronok nampak." Adam memandang wajah Hazel yang tampak gembira.

"Actually... shopping kat sini not bad."kata Hazel sambil matanya tak lekang memandang cincin di jari. Walaupun murah tapi cantik.

"Tahu pun. Apa kata kita pergi makan aiskrim."cadang Adam.

"Aiskrim apa ada kat sini? Baskin-Robbins?"tanya Hazel. Kalau kat sini ada Baskin-Robbins memang hebatlah.

Adam ketawa perlahan mendengar soalan Hazel. Baskin-Robbins? Dekat sini? Kelakarlah minah ni.

"Kau ingat ni shopping mall ke?"

"Habis tu? Aiskrim apa?"

"Jom ikut aku."

Hazel memerhati saja pak cik penjual aiskrim dengan motor itu yang sibuk dengan pelanggannya. Siap ada payung lagi motor dia. Nama aiskrim tu aiskrim baba.

Aiskrim Baba? Tak pernah dengar pun. Aiskrim Magnum aku tahulah.(kalau siapa yang tak kenal aiskrim baba boleh google.)

"Adam...bersih ke ni? Macam tak bersih je?"tanya Hazel perlahan. Dia sedikit memilih kalau bab makan ni.

"Bersihlah."jawab Adam.

Bila tiba giliran kami, pak cik itu bertanya."wah lama tak jumpa Adam.Datang- datang bawak buah hati. Mahu apa?"

Buah hati? Oh mungkin sebab kitaorang memakai cekak rambut seperti sweet couple. Sebab tu kot pakcik ni ingat aku ni makwe Adam.

"Nak aiskrim dua. Besar punya."jawab Adam. Senyuman diberikan kepada pak cik itu.

Mereka berdua mengambil tempat duduk berdekatan dengan parking kereta.

"Adam kau selalu ke datang sini?"tanya Hazel. Sengaja mahu berbual-bual.

"Kalau aku balik sini aku datanglah sini."jawab Adam sambil mata memandang orang yang lalu lalang.

"Ouh. Patutlah pak cik tadi kenal kau."

Keadaan menjadi sunyi seketika.

"Kenapa pandang aku macam tu?"tanya Adam apabila merasa yang Hazel sedang merenungnya.

"Kau nampak cutelah dengan cekak rambut tu. Dahlah makan aiskrim comot."

Hazel mengelap aiskrim di atas bibir Adam dengan tisu.

Bila mata biru Adam dan mata Hazel milik Hazel bertembung, mereka terdiam.

Rasa kekok.

"Kat sini rupanya korang berdua ye."tegur puan Sri Nairis.

"Wah dah macam pasangan kekasih. Comel telinga kucing kamu Adam."tegur Tan Sri Alex. Mengigau apa anak dia pakai benda macam tu.

Mereka berdua hanya terdiam.

"Korang ada apa-apa ke ni?"tanya Dato Amrul curiga.

"Eh daddy dah siap shopping? Jomlah balik. Penatlah." cepat-cepat Hazel menukar topik. Malas mahu melayan pertanyaan yang mengarut itu semua. Mengarut ke? Ke kau suka?


Thank you for support!
😋

Jangan lupa vote dan komen!

IAN ADAM HAYDEN [•C•]Where stories live. Discover now