BAB || 04

952 68 18
                                    

-•-•-•-

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-•-•-•-

Nafas panjang dihela. Ryan masih buntu memikirkan bagaimana hendak memberikan alasan untuk Encik Rashdan.

Bagaimana kalau perempuan yang dia pilih itu tak kena dengan pilihannya?

Bagaimana pula kalau perempuan itu...kejam seperti wanita tak guna tu?

"Ah, serabutlah!"

Ryan sengaja mengusutkan rambutnya. Wajahnya masam mencuka.

"Eh kau kenapa ni, Di?" tegur Danial sebaik saja melihat air muka Ryan yang keruh itu.

Ryan menggeleng. Fikirannya serabut.

"Cerita lah, Di. Aku pulak yang pening tengok kau." Danial tergelak kecil.

Jus oren yang berada di hadapannya itu diminum sekejap untuk membasahkan tekak. Ryan mengeluh lagi.

"Aku tak nak kahwin lah, Dani."

Terhambur terus ketawa lelaki itu mendengar jawapan daripada mulut Ryan. Patutlah gelisah semacam je. Pasal kahwin rupanya.

"Kenapa? Kahwin je lah."

"Kau tahu kan...aku tak nak hidup aku derita macam papa aku disebabkan perempuan murahan tu! Aku benci perempuan." Ryan cuba mengawal nada suaranya.

"Habis, Natasha tu? Bukan perempuan? Kau selamba je dengan dia." Danial mencebik memandang Ryan.

"Dia tu....sama je macam perempuan murahan tu. Aku nak buat dia derita macam mana papa aku derita."

Kening Danial bertaut.

"Apa kaitannya dia dengan papa kau sampaikan nak buat dia macam tu sekali?"

Ryan menghela nafas berat. Mahu saja dicepuk kawannya itu. Lembab sungguh!

"Perempuan macam dia tu sama je! Aku saja nak bagi pengajaran kat dia!" penumbuk digenggam kuat.

"Dah kalau macam tu, kahwin je lah dengan dia." jawapan selamba daripada Danial membuatkan Ryan ingin menelan lelaki itu hidup-hidup.

"Eh memang tak lah aku nak kahwin dengan dia! Dasar murahan! Boleh pergi mati lah dengan jantan-jantan miang tu!"

Ryan cukup anti dengan perempuan sebegitu. Namun kerana kesilapan ibu bapanya waktu dahulu, perempuan yang tak bersalah pun terkena tempias. Habis semua dilabel sama.

Danial menggeleng perlahan. Tidak tahu bagaimana lagi untuk memujuk kawannya yang seorang ini.

"Di, benda dah lepas biarkan ianya lepas. Buat apa nak ingatkan balik perkara tu?"

"Memang papa kau suruh kau kahwin dengan pilihan dia ke?" soal Danial lagi.

Ryan mengangguk tanda mengiyakan soalan Danial tadi. Tiba-tiba, Ryan menggeleng pula.

"Eh tak! Dia kata dia tak cari kalau aku dah ada calon." kata Ryan. Benda ini lah yang menyerabutkan diri dan fikirannya sekarang ini.

"Apa kata kalau aku carikan kau calon?" cadang Danial.

Ryan memandang sekilas wajah kawannya itu. Apa benar Danial mahu menolongnya?

"Kat mana?"

Danial ketawa sambil menepuk-nepuk bahu Ryan. Jejaka itu hairan melihat tingkah Danial.

"Kelab tu bersepah. Kau pilih je mana yang kau nak." Danial mengukirkan senyuman lebar.

"Kalau macam tu, kau je lah yang kutip mereka! Sakit hati betul cakap dengan kau ni!" rahang Ryan bergerak-gerak.

Ryan menumbuk perlahan lengan kawannya itu sebelum bangkit dan terus keluar dari restoran itu.

Danial ketawa lagi. Benarlah Ryan amat anti dengan insan bernama perempuan. Cuma dia sendiri bingung, mengapa Ryan melayan Natasha dengan baik? Hanya kerana untuk balas dendam?

Danial mencebik. Natasha itu pun bebal. Mati-mati ditipu Ryan. Dalam banyak-banyak lelaki, Ryan juga yang dia mahu.

++
tbc

hai! chapter kali ni macam short sangat kan? hehehe tu lah. idea Sya sampai situ je untuk chapter kali ni :) maafkan Sya kalau ianya membosankan :"((

terima kasih mana yang sudi membaca dari awal hingga habis! Sya hargai sangat ❤

[OG] Seindah Takdir CintaWhere stories live. Discover now