BAB || 08

868 45 6
                                    

-•-•-•-

Ops! Esta imagem não segue as nossas directrizes de conteúdo. Para continuares a publicar, por favor, remova-a ou carrega uma imagem diferente.

-•-•-•-


Puan Zahra membawa secawan teh untuk satu-satunya anak teruna yang dia miliki, Zahirul Hafiy yang kelihatan sedang termenung jauh.

"Hafiy...termenung apa? Leka sangat sampai ibu ada kat sebelah pun tak sedar." usik Puan Zahra.

Cawan itu diletakkan di sisi Hafiy. Jejaka itu hanya tersengih kecil apabila disapa ibunya. Cawan itu kemudiannya dicapai lalu teh panas itu dihirup sedikit.

Puan Zahra mula mengambil tempat di sebelah Hafiy. Wajah anaknya itu ditenung dari pandangan sisi. Dirinya bersyukur kerana dikurniakan seorang anak lelaki yang elok paras rupa dan baik budi pekerti.

"Fikir apa ni?"

Hafiy menggeleng perlahan. Tangan Puan Zahra dicapai lalu dielus lembut kulit wanita itu.

"Tadi, ibu pergi kedai Pak Lan tu. Terjumpa pula anak Mak Cik Sarah. Siapa nama dia ya? Haa, Syahira." Puan Zahra mula membuka cerita tentang apa yang berlaku pada pagi tadi.

Hafiy hanya menjadi pendengar setia.

"Cantik budaknya. Sopan je. Ibu dengar, ramai budak lelaki seusia kamu kat kampung ni melamar dia, tapi semua ditolak. Hafiy tak nak masuk line ke?" sengaja Puan Zahra mengusik anak bujangnya yang seorang itu.

Hafiy tergelak kecil saat ibunya berkata begitu. Kepalanya dia geleng perlahan. Syahira, gadis paling cantik dan agak terkenal di kampung itu. Sopan, lemah lembut, baik hati membuatkan ramai yang tertarik akan gadis itu.

Namun, tidak bagi Hafiy. Datanglah sejuta perempuan cantik sekalipun, dia tetap mahukan yang satu itu. Hatinya masih sama, hanya untuk si dia.

"Kenapa? Hafiy tak suka ya?" Puan Zahra menyoal lembut. Sekali-sekala bahu anaknya itu dia usap.

"Bukan tak suka, ibu. Tapi, Syahira tak sama macam Puteri." Hafiy mengeluh perlahan.

Bila memikirkan tentang gadis itu, dirinya tertanya-tanya. Di manakah gadis itu sekarang? Apa khabar agaknya?

"Hafiy tak boleh lupakan Puteri lagi?" soal Puan Zahra lagi. Hafiy membalasnya dengan anggukan.

"Even dah 2 tahun, ibu. Entahlah, hati ni tak mahu orang lain agaknya."

Puan Zahra hanya mengukirkan senyuman.  Anaknya itu seorang yang setia. Dia sebagai ibu, tahu sangat bahawa Hafiy memang cintakan anak kepada jirannya dahulu.

Personaliti gadis itu yang jenis selamba tapi kadangkala pemalu, ramah, mungkin membuatkan Hafiy mula selesa dengan gadis itu.

Setiap kali gadis itu berkunjung ke rumahnya untuk minum Milo, Hafiy yang sedih boleh jadi gembira. Nampak sangat dia memang sukakan gadis itu. Lihat saja cara anak bujangnya memandang gadis itu, sudah tentu dirinya dapat meneka rasa yang disimpan oleh anaknya.

"Tak apa lah. Ibu faham. Hmm, Hafiy ada dengar khabar berita dari Puteri ke?" terbit juga rasa rindu buat gadis itu. Puan Zahra sudah menganggap Puteri adalah anaknya juga.

"Tak ada, ibu. Sampai sekarang masih tak ada dengar pasal dia." nada suara Hafiy kedengaran sedikit sedih.

Puan Zahra menarik lembut tubuh Hafiy ke dalam pelukan hangatnya. Rambut hitam lebat milik Hafiy dibelai dengan penuh rasa sayang.

"Hafiy rindu Puteri, ya?"

Tekaan ibunya betul. Itulah apa yang Hafiy rasakan saat ini. Setiap hari, setiap masa yang berlalu dia sentiasa berdoa agar Allah lindungi gadis kesayangannya.

Rindu itu sebenarnya sakit. Tapi yang sakit inilah Hafiy mampu tanggung dengan jangka masa yang lama.

"Kalau rindu, jangan pernah berhenti doa. Semoga Allah sampaikan rindu tu pada dia di sana." sedikit nasihat dan kata-kata semangat Puan Zahra berikan pada Hafiy.

Hafiy tidak mengangguk, tidak juga menggeleng. Dia hanya diam sambil dipeluk oleh ibunya.

Sejujurnya, hidup dia terasa sunyi semenjak cinta hati hilang tanpa dapat dia jejaki.

-•-•-•-

Tok! Tok!

Zahirah yang baru saja ingin terlelap terus terbangun semula saat telinganya menangkap bunyi pintu biliknya diketuk dari luar.

Dia segera mencapai tuala yang disangkut pada penyangkut baju lalu membaluti kepalanya. Pintu dibuka dan Ryan sudah berdiri tegak di hadapannya sambil memegang sebuah beg kertas yang sederhana besar.

Beg kertas itu kemudiannya dihulurkan kepada Zahirah. Mata gadis itu membulat. Apakah yang Ryan berikan padanya?

"Tak payah nak buat terkejut. Ni pakaian baru kau. Berapa banyak habis duit aku beli baju kau ni? Dah lah mahal." Ryan merungut bagaikan langau sebelum beredar dari situ.

Jeling-jeling, korek biji mata tu nanti! Ingat mata dia tu lawa sangat lah nak jeling orang? Dalam hatinya, sempat lagi dia mengutuk Ryan yang sudah turun ke bawah.

Pintu biliknya ditutup semula. Beg kertas itu dibawa ke katil.

"Aku tak minta pun beli yang mahal. Yang dia gatal pergi beli tu kenapa? Benda boleh cari kat pasar malam je." Zahirah mengomel perlahan sambil tangannya mengeluarkan baju dan seluar baru yang Ryan belikan untuknya.

Pandai juga lelaki itu pilih baju. Nasib saiznya muat pada badan. Kalau tidak, pakai je lah baju ni hari-hari. Tapi...ada lagi yang tak ada. Aih!

"Eh, ada shawl."

Zahirah mengeluarkan tiga helai shawl yang berada di bawah lipatan pakaian baru itu. Ada warna mint, soft pink dan hitam. Nasib juga dia tak beli warna yang striking. Kalau tak? Si pemakai ni pun boleh sakit mata.

"Woi! Keluar lah! Masak cepat, aku nak makan! Kau ingat kau tu puteri raja ke nak bersantai dalam bilik je sepanjang hari?!"

Kedengaran suara lelaki itu sudah memekik memanggilnya dari bawah. Ish, tak guna betul! Mulut dia memang tak ada insurans ke apa?

Dengan pantasnya Zahirah mencapai shawl berwarna hitam lalu dililitkan pada kepalanya. Baju dan seluar baru tu dia hendak basuh terlebih dahulu sebelum pakai. Barulah selesa!

"Woi, keluarlah!"

Eeee memang tak guna betul! Dia memang tak pandai nak bersabar ke apa? Dengan penuh rasa geram, Zahirah terus keluar dari bilik itu dengan segera.

Bimbang yang dibawah itu memekak lagi.

+ + +
tbc

Assalamualaikum ❤ yehuu rasa rindu nak update. maklumlah dah lama tak update sebab busy buat itu ini. kali ni nak balas dendam! yehh!

thanks for those yang sudi baca. Sya rasa macam tak berapa best lah. tapi, Sya enjoy taip chapter ni. lagi-lagi yang part Hafiy tu. automatik ingat si pemilik nama tu ❤ hek. happy reading uolls!

See you in next chapter!





[OG] Seindah Takdir CintaOnde as histórias ganham vida. Descobre agora