BAB || 10

1.4K 50 30
                                    

-•-•-•-

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-•-•-•-

Zahirah bangun awal pada pagi itu. Memandangkan dia 'uzur', jadi dia tak perlu bangun seawal pukul 5 pagi untuk bersiap sedia mengerjakan solat sunat dan solat subuh.

Sekarang baru pukul 7 pagi. Rasa sejuk mula mencengkam kulit walaupun pendingin hawa tidak dibuka.

Selepas dia siap mandi dan bertudung, Zahirah segera turun ke bawah untuk menyiapkan sarapan pagi. Rasanya... semalam lepas saja Ryan 'berangin', lelaki itu keluar sekejap.

Mungkin membeli stok makanan?

Betul tekaannya, ada sesuatu yang terletak di dalam plastik berada di atas meja makan. Zahirah pantas mencapai plastik tersebut.

"Roti? Dengan kaya?" bahunya diangkat. Dia mengeluarkan roti dan kaya dari plastik itu lalu membawanya ke dapur.

Kemudian, matanya tertumpu ke arah sebuah pembakar roti yang terletak bersebelahan dengan rak pinggan.

Jadi lah... makan roti bakar sebagai breakfast. Janji perut berisi kan?

"Baik aku buat cepat. Nanti mamat tu bangun, tak pasal-pasal kena marah." mulutnya mengomel perlahan sebelum mula membakar roti itu.

-•-•-•-

Puan Zahra menghidangkan juadah nasi lemak di atas meja makannya untuk sarapan pada pagi itu. Aromanya sungguh menyelerakan.

Disertakan pula dengan sambal sotong dan sambal udang. Disebabkan Hafiy tidak makan ikan bilis, jadi dia tidak masak sambal ikan bilis. Udang dan sotong juga sedap dimakan bersama nasi lemak.

Bunyi desiran air kedengaran dari arah tandas. Mungkin Hariz yang berada di dalam itu. Biasanya, waktu-waktu begini Hariz sudah celik matanya.

"Wah, sedapnya bau!" tegur Hafiy yang baru tiba di dapur.

Puan Zahra tersenyum melihat anak bujangnya yang sudah segak berada di meja makan. Rambut yang masih basah, disisir dengan rapi membuatkan wajah Hafiy nampak tampan sekali.

"Aii.. belum sempat ibu panggil, dah tercongok kat sini?" soal wanita itu dengan membawa sebuah teko yang berisi kopi panas.

Hafiy tertawa kecil. "Alaa, ibu tak payah susah-susah nak panggil. Nanti Hafiy datang juga."

Kedengaran pintu bilik air dibuka. Terpacul tubuh Hariz yang hanya bertuala di hadapan pintu.

"Haa.. cepat Hariz. Kita makan sama-sama. Abang kamu dah lapar ni." ibunya memanggil.

Hariz hanya mengangguk lalu berjalan ke arah biliknya untuk memakai baju. Tinggal Hafiy dan Puan Zahra saja di dapur itu.

"Ibu... ibu ingat tak? Dulu, Puteri suka kan sarapan kat rumah kita." Hafiy bersuara.

Tangannya menyenduk sambal sotong yang terhidang di depannya.

"Ingat. Mana boleh ibu lupa." Puan Zahra tersengih meningat kembali memori ketika gadis itu masih berjiran dengan mereka.

"Dia suka nasi lemak ibu tahu? Siap bawa bekal lagi masa nak balik." tambah Puan Zahra lagi.

Hafiy mengangguk dengan apa yang dikatakan oleh ibunya. Memang gadis itu selamba minta bekal nasi lemak dari ibunya untuk dibawa balik ke rumah.

Kalau ibu tak bagi, nanti dia merajuk. Ibunya langsung tak berasa jengkel dengan perangai gadis itu, malah dia lebih suka. Katanya, Puteri nampak comel bila merajuk.

"Ya Allah... Rindunya dengan anak ibu tu. Mesti cantik dia sekarang."

Dalam hati, Hafiy mengiyakan saja kata-kata Puan Zahra. Kalau dulu dah cantik, sekarang mungkin lagi cantik.

'Apa lah khabar Puteri di sana? Abang Hafiy harap, Puteri sihat-sihat je.' hatinya berbisik perlahan sambil membayangkan wajah si pencuri hati di minda.

-•-•-•-

Zahirah segera menuangkan segelas air teh ke cawan saat bayangan Ryan datang mendekatinya di meja makan.

Gadis itu tak berani mahu menatap sepasang mata tajam bak helang itu. Pandangannya bagaikan boleh menusuk ke dalam jantung.

Lelaki itu mengenakan kemeja berwarna hitam dan dipadankan seluar slack hitam serta kaca matanya yang juga berwarna hitam.

Tch, bosan betul life dia. Hitam dan suram je.

Aip... sempat lagi mengutuk si harimau ni. Mahu dibahamnya aku nanti.

"En-Encik... jemput makan. Saya buat roti bakar je." pelawa Zahirah yang berdiri sedikit jauh dari Ryan.

Lelaki itu hanya memandang. Sedikitpun tidak teringin untuk menjamah roti bakar yang Zahirah buat itu.

"Encik tak nak makan ke?"

Sepasang mata bulat milik Zahirah terkebil-kebil memandang Ryan yang masih berdiri tegak di tepi bucu meja makan.

"Kau ingat, dengan sarapan macam ni aku nak makan? Heh, kalau macam ni baik kau seorang je yang makan." ujarnya dengan nada yang cukup dingin dan membuatkan hati Zahirah bagaikan digigit-gigit.

"Tapi encik... saya dah buat."

Zahirah menundukkan pandangannya ke lantai tatkala anak mata Ryan bertembung dengan anak mata hazel Zahirah.

Gerun nak menatap lelaki itu.

"Bila aku cakap, aku tak nak makan... aku tak nak lah! Jangan paksa aku!"

Terhinjut bahu Zahirah saat Ryan mengherdiknya secara tiba-tiba. Sungguh dia tak sangka dirinya akan dilayan sebegitu.

Tanpa memandang wajah Zahirah yang sudah ingin menangis, Ryan menapak keluar dari rumah banglonya.

Jantung Zahirah berdegup laju selepas ditengking oleh lelaki itu. Tak pernah lagi seumur hidupnya ada lelaki yang meninggikan suara kepadanya.

Air mata yang sudah mengalir dikesat kasar dengan menggunakan belakang telapak tangannya.

"Orang dah buat pun tak reti nak cakap terima kasih. Menyakitkan hati betul."

Roti bakar itu langsung tak jadi hendak dijamahnya. Dia mencapai tudung saji agar makanan itu tidak terdedah. Kemudian, dia masuk ke dalam biliknya.

+ + +
tbc

Assalamualaikum semua pembaca STC ❤
Maaf ya, hari ini baru ada kesempatan nak update. Beberapa hari tak on, busy sikit.

Harapnya readers Sya tak lari sebab ambil masa yang lama untuk update. Maaf :(

By the way, happy reading 💜



You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 26, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[OG] Seindah Takdir CintaWhere stories live. Discover now