16 (sorry)

1K 86 6
                                    

Sowon memimpin Wonwoo masuk ke dalam rumah mereka. Wajah Minhyun biasa biasa sahaja.

Sowon : ingat tak?
Wonwoo : aku ingat semuanya.

Sowon mengangguk faham.

Wonwoo : Aku, nak mandi. Kau masaklah.
Sowon : Okay!

Yeoja ini menggaru lehernya. Rasa seperti bertemu Wonwoo yang baru.

Wonwoo : yah
Sowon : nae?
Wonwoo : kau bodoh.

Selepas mengucapkan kalimat itu, Wonwoo naik ke tingkas atas meninggalkan Sowon yang blur. Namun, di cap bodoh pun dia senyum. Dia suka Wonwoo yang begini daripada yang ayu gitu.

Dah beberapa jam berlalu. Sowon yang dari tadi tunggu si Wonwoo turun di meja makan untuk makan bersama namun namja itu tak kunjung menampakkan batang hidungnya.

Sowon : Takkan lah mandi sampai berjam jam? Makanan pun dah sejuk ni.

Krekk.. dia bangun dari kerusi dan segera keluar dari dapur. Satu persatu anak tangga dipijaknya, berhasrat untuk melihat apa yang suaminya buat lama lama.

Buka sahaja pintu, tidur rupanya.

"Brukk"

Sowon : kamchagia!

Sowon tiba tiba terlanggar meja membuatkan satu fail terjatuh ke lantai.
Tapi Wonwoo tidur dengan sangat nyenyak hinggakan tak terganggu. Apa namja ini tak cukup tidur di sana?

Yeoja ini menarik selimut untuk Wonwoo hingga ke paras bahu namja itu. Sesuatu ganjil menangkap anak matanya.

Tangan namja itu. Ada beberapa bekas luka seperti goresan dan calar yang nampak macam dah beberapa hari. Sowon dengan hati hati menarik baju lengan panjang yang dikenakan Wonwoo. Lebih banyak luka itu di bahagian pergelangan Wonwoo.

Sowon meneguk air liurnya lalu meletakkan tangan namja itu perlahan lahan dengan baik. Dadanya naik dan turun dengan laju, susah nak bayang dan pikir apa namja ini buat sebenarnya? Luka ini bagai torehan tapi ini bukan macam dari pisau. Malah, di bahu Wonwoo juga nampak seperti lebam dan calar.

Terus jari jemari Sowon tangkas membuka selimut yang menutupi tubuh Wonwoo. Kenapa dia tak perasan sewaktu di hospital tadi? Apa ni baru berlaku sewaktu dia masak tadi?

Sowon menyelak baju Wonwoo dari bawah. Belakang namja itu tiada bekas apa apa. Kenapa hanya sebelah tangan sahaja? kenapa sebelah bahu sahaja? Dia tak berasa kasihan kerana dia tahu Wonwoo bukan mudah sakit kalau luka begini. Cuma, dia curiga dan apa punca luka ni?

Matanya melirik jam digital di atas meja 5:43 p.m.
Dikiranya dah dua jam Wonwoo tidur. Nak kejutkan atau tidak? Namja ini tadi kata nak makan masakannya. Dia kurungkan niatnya untuk kejut namja itu. Dari malam semalam lagi dia belum makan, lebih baik dia makan terlebih dahulu. Wonwoo juga pasti suruh dia makan dulu.

Sowon keluar, pintu bilik ditutup rapat.

Wonwoo membuka matanya laju. Ya, dia dah bangun sebelum Sowon masuk ke dalam bilik itu lagi. Tangan kanannya ditenung.

Satu smirk muncul dibibirnya bila melihat luka itu.

8 malam

Sowon : Awak baru bangun ke?
Wonwoo : eum. Mwohae?
Sowon : Tengok tv, awak nak makan ke? Saya panaskan lauk
Wonwoo : Hm. Buatlah.

Sowon terus bangun dan berjalan ke dapur. Wonwoo menyusulnya dengan perlahan. Entah Sowon rasa meremang semacam malam ini. Mungkin dah lama dia tak tinggal dengan namja? Dia ketepikan perasaan anehnya itu.
Namja ini menarik kerusi dan duduk melihat Sowon buat kerja sambil meneguk segelas air kosong.

Killer Psycho [✔]Where stories live. Discover now