⊰⊶ 19 ⊷⊱

495 55 12
                                    

"Saya tengok awak dengan dia bahagia sangat.Cemburu pulak saya dengan kebahagian awak. Awak bahagia kan?bahagia sampai keguguran?!Macam nie ke awak punya bahagia? Contoh la kalau dia yang jadi penyebab kematian awak nanti means awak sangatlah bahagia?!macam tu? That i'm right Song Ji Hyo?!" Marah suga .

Sedari tadi dia hanya menyandarkan tubuhnya pada dinding dan pandangan dilepaskan keluar tingkap melihat tingkah laku pesakit lain diluar hospital itu. Jihyo hanya diam membatu dengan kepala ditundukkan.mungkin tidak berani melihat suga yang marah betul dengannya.

"Sekarang keguguran nanti apa lagi yang dia akan buat dekat awak? Awak sendiri nampak yang haritu dia hanya tengok saya tolong dukung awak.Sikitpon tidak hulurkan bantuan. Itu ke yang awak katakan suami awak? Saya pon dah tak tahu la yang dia tu layak ke tak untuk jadi suami awak. Dia hanya layak jadi setan awak tahu tak!"

"Dia still kawan awak........" lontar jihyo perlahan.

"Kawan?kawan buang kawan?kalau dah macam tu peragai dia saya tak anggap la yang dia kawan saya. Baik saya kawan dengan hantu yang wujud dekat dunia nie daripada berkawan dengan dia.."

"Hahahahahah" jihyo tertawa sedikit dengan mulut tertutup mendengar ayat terakhir suga.

"Kenapa awak ketawa?saya tengah marah nie.Tak takut ke?" Hairan suga.

" berkawan dengan hantu..tch..hujan turun pon awak lari cari tempat berlindung inikan pulak berkawan dengan hantu. Jangan -jangan lari laju jer."

" Song JiHyo!saya bagi perumpamaan. Awak faham tak P.E.R.U.M.P.A.M.A.A.N!" Ujar suga sambil kedua-dua tangannya bergerak-gerak separas dengan dadanya ketika perkataan perumpaan ditekannya.kakinya turut berjalan kearah sisi jihyo yang sedang duduk diatas katil hospital.

" Yela Encik Suga.."

"Ish nie satu lagi..takpayah berencik-encik la dengan saya. Sekarang hanya panggil saya suga saja.Suga bukan sugar gula tu pulak.."

Suga mengambil kerusi dan duduk. Kedua-dua tapak tangannya diletakkan pada dagu.mata hanya memandang seraut wajah jihyo yang pucat. Tetapi masih kelihatan cantik.Mungkin itulah yang orang panggil natural beuty.

Jihyo yang perasan akan pandangan suga kepadanya merasa tidak selesa. Dia tak tahu mahu memandang kemana.sekejap memandang kehadapan sekejap kebawah.

"Awak bahagia..." ujar Suga perlahan seperti bercakap dengan orang yang tersayang.Tapi memang Jihyo orang yang dia sayang pun.

"Saya bahagia..." ujar jihyo. Jari jemarinya dimainkan.

"Jangan tegakkan benang yang basah jihyo."

"Betul.. saya keguguran pon atas salah sata sendiri. Saya terjatuh.."

"Okay tapi kenapa jungkook tak tolong awak?kenapa dia tengok saja?awak banyak hilang darah tau. Dan harinie pon dah masuk hari ketiga awak ada dekat hospital dan tiga hari nie jugak la bayang jungkook saya tak nampak."

"Dengan semua benda yang dia dah buat dekat awak,awak masih nak mempertahankan dia?"

Jihyo yang mendengar segala apa yang diperkatakan oleh Suga terdiam. Air mata mahu gugur dibiarkan saja seperti mengiyakan kata-kata Suga.

"Lepaskan jihyo..lepaskan.." ujar suga berdiri memeluk bahu jihyo.

Ji Hyo langsung memeluk Suga dengan muka disembamkan di dada Suga.Suga mengisap-usap rambut lurua Jihyo.

"Awak jangan risau,saya ada.Saya cakap saya akan tolong awak makaudnya memang saya akan tolong awak. Saya akan tolong awak lari dari Jungkook walaupon saya terpksa gadaikan nyawa saya demi awak. Saya sanggup."

Jihyo mengangkat wajahnya melihat suga. Anak matnya dan anak mata suga bertembung.

"Jangan.."

"Takpa..saya sanggup demi orang yang saya sayang.." pipi jihyo diusapnya .

*****************

"Arhhhhhhhhhhhhhhhh"

Cermin dihadapannya ditumbuk berkali-kali tanpa menghiraukan darah yang mengalir pada bahagian penumbuknya..

"Kau bodoh ...jungkook..kau bodoh..."

"Sisebabkan kau satu-satunya zuriat kau dah hilang"

"Tapi nie kan apa yang kau nak? Kau nak tengok hidup dia hancur macam mana dia hancurkan hati abang kau. Sebab dia jugak kau kehilangan seorang abang.." kedengar suara hati jahatnya..

"Tapi aku sayang diaa.."

" Tak kau tak sayang dia...kau kesian je dekat dia.."

"Aku cinta dia..ya aku cintakan dia.."

"Kau tak cintakan dia..kau kesian dekat dia. Kau yang nakkan semua nie. Kau nak hancurkan hidup dia. Kau nak musnahkan seorang perempuan yang bernama Song jihyo.

"Arhhhhhhhhhhhhh..." jerit jungkook. Rambutnya ditarik-tarik seperti orang gila.

Dia masih teringat macam mana risaunya Suga merempuh masuk kerumahnya dan terus mengendong Song Jihyo untuk dihantarkan kehospital dan Suga sempat melihat dirinya yang berada tidak jauh dari situ. Pandangan mata Suga yang risaukan jihyo telah mencemaskan dirinya. Apa yang mencemaskan pon dia tidak tahu. Yang dia tahu ,pandangan mata suga kepada nya seperti membawa maksud sesuatu.

"Mulai sekarang aku akan jaga dia."

Mungkin sebab itulah membuatkan dirinya risau..

"Kenapa aku perlu risau..hahahhahaha" ujar jungkook seperti orang gila kerana sekejap menanggis ,sekejap marah dan ketawa.

Pisau pemotong buah yang menjadi penemannya sedari tadi dia ambil.tubuh badannya perlahan-lahan jatuh kelantai dan lutut angkatnya.

"Betul kan..kenapa aku perlu risau..kalau aku tak dapat kau ....dia pon takkan dapat kau....." pahanya ditores dengan pisau . Ibaratkan seperti melukis diatas kertas.

"Kalau dia jadi penghalang aku untuk hancurkan kau.........aku akan musnahkan dia sekali.......Sapa sahaja yang halang aku .......aku akan bunuh..........kau ingat tu JiHyo"

"Dan untuk Suga........" satu lagi torehan panjang dibuat sebelum dia memberhentikan pisaunya.

"Welcome to my world..."

[✓] 𝙅𝙀𝙊𝙉 𝘿𝙀𝙑𝙄𝙇Where stories live. Discover now