5

1.1K 202 27
                                    

5| EDITED

          "DAH dah la tu, Nisa'. Lelaki tu dah balik agaknya. Dah sejam setengah kita tunggu. Mana dia? Tak nampak pun kelibatnya?" tegur Ainur di terminal, tempat menunggu waris sebelah pagar sekolah.

"Tak boleh... Tak boleh, Ainur. Aku tak boleh biarkan je mamat tu calarkan maruah aku sesuka hati! Dia fikir dia siapa? Dia ingat aku takut sangat ke dengan dia?" Nisa' tetap berkeras mengikut kata hati.

"Ha, malam ni bukan ada pasar malam? Kau tak kena tolong ummi kau ke?" Ainur mencari helah untuk mengumpan Nisa' agar mengikut kehendaknya agar pulang ke rumah.

Kalau Ainur nak pulang dulu, bimbangkan Nisa' pula. Takut jadi macam semalam. Nisa' diganggu oleh lelaki samseng itu.

Nisa' diam. Berfikir sejenak sambil memeluk tubuh berjalan ke hulu-hilir.

Nak tunggu ke, tidak? Semalam, waktu macam ni la dia balik dari perpustakaan. Mestilah waktu ni pun Kicap tu baru nak balik. Takkanlah lelaki macam Cap tu nak balik awal? Kalau dah tiada di sekolah pun, mesti pergi melepak saja kerja. Lainlah kalau Haqim.

Kalau dia tak dapatkan buku tu, nanti segala rahsianya bakal dicanangkan kepada Haqim. Orang macam Cap tu memang tak akan kenal erti penyesalan! Lepas tu, ada hati nak pula mahu ajar dirinya erti sesal. Heh! Kau ingat, kau siapa?

Tapi, hari ni tak apa. Kau selamat. Nisa' lepaskan lelaki itu hari ni. Tapi, hari lain- Jangan harap! Nisa' harap sangat lelaki itu tak buka lagi aibnya pada sesiapa. Butir harapan itu cuba dia penuhi dalam dada.

"Okeylah, jom!" ajak Nisa' tanpa banyak bicara. Lalu, beg sekolah terus digalas dan mengambil beberapa buah buku untuk dipegang dan dibawa pulang.

Ainur turut melakukan perkara yang sama.

"Aik! Betul tak nak tunggu buah hati dah?" sengaja Ainur mengusik sambil bersama berjalan beriringan melangkah keluar dari kawasan sekolah.

"Kau cakap elok-elok sikit, ya Ainur! Kang aku sumbat cili padi baru kau tahu! Habis tu, kalau aku tunggu, asyik dengar kau membebel, tetap tak jumpa juga jantan tu!" luahnya kesal. Kesal dengan penungguan yang sia-sia.

"Hehehe... Baguslah kau dengar cakap aku," Ainur tersengih.








"PEREMPUAN kerek ni dah melampau! Gambar aku macam ni pun dia boleh curi daripada aku? Haish! Macam manalah aku boleh tak perasan? Entah-entah, dia ada menyelinap masuk kelas aku waktu kita orang pergi bilik khas ke, manalah nak tahu kan..." berbagai tanggapan negatif menempel di fikiran Haqim sambil menatap polaroid gambar yang diberi Acap.

"Takpun, lelaki tu yang saja ambil dari mana entah, then dia cakap perempuan tu yang bagi. Ergh! Serabut!"

Tapi, Haqim nampak hot siut dalam polaroid tu. Pandai perempuan tu pilih. Haih, jangan sampai tahap sasaeng sudahlah.

"Ke, perempuan ni tak cukup lagi dimalukan oleh aku hari tu? Memang teruk gila aku kata pada dia! Takkan dia tak terkesan lagi?"

"Tapi, budak lelaki tadi seakan membantu. Kalau tidak, macam mana dia boleh dapatkan polaroid ni daripada perempuan tu, sedangkan aku? Aku rasalah kan, dia orang ni mesti ada kelahi pasal apa-apa ni? Kalau bukan sebab tu, memang sengaja kepalan penumbuk nyaris-nyaris mahu dilayangkan?"

"Kalau aku ajar lebih sikit perempuan tu dengan bantuan lelaki tadi, pasti membantu. Yalah, sudah terang lagi bersuluh mamat tu confirm ada simpan dendam punya pada Nisa' poyo tu. So, dalam dia ajar Nisa' tu untuk aku, pada masa yang sama, dia boleh balas dendam bagi pihak dia juga!"

Dalam sibuk memikirkan perihal itu, ada satu panggilan memanggil Haqim dalam telefon. Telefon yang sedang dicas, dicabut daripada pengecas lalu suis ditutup.

BUKAN AKU YANG KAU CINTA [ BAYKC ]Where stories live. Discover now