36

823 113 128
                                    

36 | EDITED

PPISTOL? Peluh lebat mengalir. Kalau tadi peluh sebab penat bertarung dengan Haqim, sekarang peluh sebab rasa takut yang mengalir.

Nak kata pistol mainan? Heh! Menyimpanglah kau. Sebab deria bau Acap disedut dengan bau seakan asap sebalik pistol yang dihala ke arahnya.

Pergerakan Acap terasa seperti dikunci walaupun hakikatnya tubuhnya masih bebas belum diikat apa-apa. Masih keras berdiri dari tadi.

"Ayah..." Dari belakang Acap dengar Haqim yang jatuh tadi di belakangnya menyebut perlahan perkataan itu.

Sungguh. Lelaki yang sedang mengacukan pistol ke arah Acap ini ialah ayah Haqim.

Lantas, Acap masih ingat waktu dia datang rumah Haqim sebelum ni. Masa ayah Haqim, orang pertama yang sahut kehadiran Acap depan rumah pagi tu.

Cuma, yang menjadi soalannya sekarang ni, siapa ayah Haqim? Ayah dia kerja apa? Polis? Kastam?

Kalau tak, macam mana senjata api ni semudah ABC ditujukan ke arah Acap? Atau, aktiviti rempit Acap dah kantoi dan dia orang jejak Acap sampai ke sini. Dan, Acap pulak pergi cari pasal dengan Haqim tanpa selidik dulu tentang bapak Haqim sebenarnya seorang polis?

'Ergh! Apa aku nak buat ni? Nak pergi belai-belai Haqim macam seekor kucing pulak?' Acap gelisah.

"Aku tanya kau, kau buat apa dekat rumah aku malam-malam ni?" Gaya ayah Haqim menyoal Acap sekarang ni, seolah-olah Acap berdepan dengan seorang mafia. Yang buatkan Acap jadi gusar sekarang ni, kepalanya ditunjal pulak dengan muncung pistol tu.

Aih... Takut sehh. Buatnya, kalau ayah Haqim tertekan das penembak tu? Mati dia! Mati!

Sumpah, degupan jantung Acap memang kuat gila berdetak. Ibarat memberi kiraan beberapa saat lagi Acap akan melangkah masuk ke alam lain.

Peluh di dahi dengan badan ni, jangan dikatalah! Berderu-deru membasahi tuan badan!

"Awak! Awak jangan apa-apakan budak tu, awak. Anak orang tu!" Halwa telinga Acap disapa pula dengan rayuan seorang wanita. Siapa?

Kepala mahu menoleh. Tapi, jegilan tajam dari mata ayah Haqim ni menjadikan Acap menggeletar habis!

"Kau diam! Kau tak nampak ke apa budak tak guna ni dah buat dekat anak kita? Hah! Kau buat apa dekat dalam? Haqim kena belasah dekat depan rumah pun kau tak perasan? Hah!" Acap nampak, telunjuk kiri ayah Haqim dituju ke arah belakang Acap. Mak Haqim mungkin?

Mama Haqim yang bersarung baju kelawar itu segera menghampiri anak terunanya yang tunggal itu. Lalu dipimpin anaknya itu untuk bangun berdiri.

"Uhuk! Uhuk!" Acap dengar Haqim batuk. Aduyai. Kuat jugak tu Acap bagi. Mampuslah dia malam ni.

Itulah kau, Acap. Degil sangat. Kenapa aku ikut sangat bisikan durjana ni? Sampai, aku dah terperangkap dalam satu perangkap hebat! Aku tak tahu pulak yang Haqim ni dah sedia jerat untuk aku.

Ya Allah, aku kesal. Kalaulah aku ikut rancangan awal aku nak kenakan Haqim ni esok hari. Tapi, dengan apa yang sudah terjadi ni, seperti memberitahu aku bahawa semuanya sudah terlambat. Mungkin aku perlu bersedia untuk melafazkan dua kalimah syahadah depan rumah Haqim? Atau, lebih tepat lagi tempat aku menemui ajal aku.

Acap kian pasrah.

Kedua-dua tangan Acap pula sudah diangkat gaya seperti penyangak sudah kantoi dengan pihak polis.

"Aku tanya kau. Kau buat apa dekat rumah aku! Siapa suruh kau belasah anak aku? Kau siapa?" Jerkah ayah Haqim menjadikan bahu Acap terhinjut mendengar suara garau itu.

BUKAN AKU YANG KAU CINTA [ BAYKC ]Where stories live. Discover now