15

791 147 18
                                    

15| EDITED

PAP! Pintu tandas ditutup perlahan. Genggaman palsu tadi dilepas.

Kedutan yang terhasil pada kain T digosok agar kadar kedutnya berkurang.

Pantas, tangan menyeluk kocek kanan.

Tanpa berlengah, nama Haqim segera didail.

Sementara menunggu panggilan itu sampai kepada si penerima, peristiwa tadi berputar di layar minda.

"Weh mana kawan pengawas kau tu Acap?" soal Paan yang sedia lama menunggu kehadiran Haqim setelah mereka putuskan untuk berlumba tadi.

"Takkan la balik rumah sebab tahu memang kalah?" Sengaja Jack menyoal begitu. Mengejek pun ada dengarnya.

"Kau nak tunggu dia lagi ke?" Lagi sekali Paan bertanya kepada Acap yang hanya termenung menunggu Haqim. Jam ditilik. Nak kata dah lama mereka menunggu, tak adalah lama mana. Sekejap pun tidak. Takkan la kena buat pencarian terhadap Haqim yang hilang tak muncul-muncul ni? Ingat main sorok-sorok ke? Aduh...

"Kau guna jalan mana tadi?" Acap tuju buat Paan. Sedangkan soalan Paan tadi belum dijawab.

"Aku guna jalan belakang kedai."

"Kau?" Kini, Jack pula.

"Aku guna lorong rumah tok ketua."

"Eh? Dia tak perasan ke kau bawa moto laju-laju depan rumah dia?" Hairan Paan.

"Ngehngeh... Strategi mahu ada la! Baru profesional!" Angkuh sekali jawaban Jack.

"Mesti tok ketua tak ada di rumah la tu," tebak Acap.

"Ya ya la kau! Dia ada saja tadi mengopi sambil bersurat khabar dekat anjung rumah. Haih, depan rumah dia saja la aku ikut undang-undang jalan raya."

"Puih! Profesional la sangat!" Paan menjeling.

"Pelik!" Hairan sungguh Acap kali ni. Jack dan Paan tidak datang bersama Haqim. Mindanya ligat mencari jalan lain yang mungkin diguna Haqim tadi.

"Tak apalah. Kau orang baliklah dulu," utus Acap.

"Lah... Tak ada ganjaran ke?" Hampa suara Jack.

"Banyak buruk muka kau! Siapa nak bagi kau duit? Kita race for fun je kan?" Paan menyindir.

"Banyak hensem kut... Ayat mahu cantik sikit boleh?" Jack juga memerli.

Perbalahan kecil itu terdengar bagai tiupan angin di koklea Acap. Rasanya dia sudah tahu jalan mana yang diguna Haqim. Enjin motosikalnya terus dihidupkan. Lantas meninggalkan Jack dan Paan yang masih bergurau senda antara mereka.

Alangkah terkejutnya Acap apabila motosikalnya menukar haluan jalan memasuki lorong kecil itu.

Tidak jauh beberapa meter darinya, pandangannya menangkap satu insiden kemalangan. Satu motosikal separuh dibaham longkang tanpa tahu ke mana penunggangnya dan satu lagi motosikal sedang melelong ditunggang semakin hilang dari pandangan Acap.

BUKAN AKU YANG KAU CINTA [ BAYKC ]Where stories live. Discover now