13

716 153 7
                                    

13| EDITED

"KAU biar betul ni Acap? Sepatutnya kau seronok tahu?" Tali leher yang terjerut kemas di leher Haqim longgarkan. Panas pula hari itu tambah-tambah lagi mendengar idea mengejut Acap yang sama sekali tak sehaluan dengannya.

"Kalau aku seronok tak adalah saja-saja aku suruh kau hentikan rancangan mengarut kau tu." Pada mulanya Acap pun gembira bukan main bila challenge Haqim tu heboh dikuatkuasa, tapi bila terkenang kembali kata-kata Nisa' kelmarin, dia sendiri tak rela maruah sendiri tergadai nanti.

"Hei, kau ingat kau siapa nak halang aku, hah?" marah Haqim. Berang apabila dirinya senang-senang diarah oleh budak mentah seperti Acap. Dia fikir, dia hebat sangatlah sampai ketua pengawas kena tunduk akur dengan arahan dia?

"Aku tak kira! Kau kena hentikan challenge mengarut tu walau apa cara sekalipun!"

Nah! Acap tetap dengan arahannya. Keras.

"Sorry, aku lebih memilih untuk ikut kata hati aku. Semua orang nak tahu weh. Kau jangan potong stim, Acap." Haqim menyandarkan lengan kanan pada bingkai tingkap kelas. Pandangan dibawa ke luar. Malas mahu bertentang mata dengan Acap. Biar lelaki itu tahu, Haqim tak akan ikut permintaan dia.

Bam!

Genggaman tangan kanan Acap menghentak meja kayu buruk.

"Lantak la hati kau kata apa jantan! Yang aku tahu aku tak nak kau teruskan benda mengarut ni! Takkan tu pun susah kau nak faham?"

"Duduk saja kelas depan, nak ikut arahan pun susah. Pengawas apanya! Benda senang pun haram susah nak ikut!" Sempat lagi Acap mengutuk Haqim. Bukan berbisik pada dirinya, tapi memang sengaja mahu Haqim dengar!

"Kau jaga mulut kau tu sikit. Aku dah banyak tolong kau! Tolong sedar sikit kau tu siapa!" Haqim juga tak mahu kalah. Dicurah lagi api amarah Acap dengan cecair hangat larva.

"Kau dah lupa ke? Kalau bukan aku yang curi diari dia, kau takkan tahu pasal apa yang dia tulis bukan-bukan pasal kau selama ni!" Dalam sesi ini, jauh sekali istilah ikhlas terhadap pertolongan masing-masing. Sebab, masing-masing tolong aniaya orang sebenarnya!

Acap mara tiga tapak mendekati Haqim. Mata dijegil selari dengan mata Haqim. Pandangan itu didekatkan sehingga berbaki jarak dua inci sahaja!

"Walau apa pun yang jadi, tolong hentikan challenge tu. Kalau kau nak kita setel cara baik, dengar cakap aku! Kalau tak, nahas kau nanti! Baik aku ada batas. Jangan sesekali cabar aku, Pengawas!" Tiada lagi jerkahan, hanya pesanan berbaur sinis daripada Acap.

Saat suasana tegang itu, tanpa mereka sedar perbalahan mereka itu turut didengari oleh seseorang. Dan, waktu itu juga 'dia' memunculkan dirinya.

Tap! Tap! Tap!

Si 'dia' bertepuk perlahan kedua-dua tangannya sambil melangkah masuk ke dalam kelas terbiar itu.

Maka, secara automatiknya pandangan dua pemuda itu menoleh mencari pemilik tepukan itu.

Shasha?

"Ma― Macam mana you boleh datang sini?" soal Haqim tetiba. Refleks.

"I jalanlah. Kenapa? Ada yang tak kena?" Sarkastik.

Renungan tajam Acap beri kepada Haqim. Apa semua ni? Tekaknya dibersihkan.

"Er... Haqim, aku rasa ini bukan waktu yang sesuai kut untuk kita berbincang," utus Acap sambil mengibas-ngibas bahu dan tali leher Haqim lalu berkira mahu beredar.

'Hish! Macam mana Shasha boleh tahu kita orang di sini? Perempuan ni memang kepoh!' Hati Acap membebel.

"Stop!" halang Shasha di muka pintu.

BUKAN AKU YANG KAU CINTA [ BAYKC ]Where stories live. Discover now