Bella menyedut caffe latte miliknya dan memandang seorang ahjussi dihadapannya itu.
" papa janji apa dengan ahjussi? Saya ni muda lagi tahu tak? Ahjussi dengan saya ibarat atuk dengan cucu. " changmin tergelak.
" kamu ni sama macam bapak kamu. Tapi kamu lain. Bukan mata duitan macam dia– "
" haah papa memang mata duitan. Ahjussi, ahjussi mesti sama tua dengan papa kan? Jadi ahjussi kena faham, saya suka orang muda. Level pakcik - pakcik kaya bukan taste saya. Tambah - tambah lagi saya dah ada boyfriend. Hensem lagi dari– "
" bella, kalau kamu kahwin dengan saya, bukan setakat rumah. Syarikat saya pun kamu dapat. Saham syarikat pun kamu boleh ambil. Mudah. Jadi isteri saya, kamu dapat apa kamu nak. Boleh? " kening bella terjungkit lalu dia menongkat dagunya memandang ahjussi itu.
" duit? Kereta? Rumah? Saham syarikat? Bangunan? Baju, holiday tempat jauh mahal - mahal pun boleh ke ahjussi? " changmin turut menongkat dagunya dan memberikan senyuman yang menggoda.
" ya sayang. Apa yang kamu nak semua saya boleh bagi– " bella menepuk meja lalu mencapai gelas airnya dan menjirus wajah ahjussi itu.
" kau ingat aku ni mata duitan ke! Ish! Papa ni berkawan dengan orang pelik - pelik la! Haechan lebih hensem dari ahjussi! Dasar gatal! Tua! Tak hensem! " bella terus berjalan keluar dari kafe itu. Changmin memukul meja itu dan berasa malu. Ramai orang memerhatikan dirinya sekarang.
×××
" arraseo~ nanti haechan cakap dengan appa tau? "
“ aaaaa nak ikut jugak. Echannn, nak ikut jugak pergi kutip buah esok. Nak ikotttttt!! ”
" jung bella, janganlah degil awak. Aku bukan apa, takut ada pacat. Nanti bella yang nangis. "
“ aaaaaa lee echannnn– ”
" ya sayang? "
“ tengok! Suka buat orang malu malam - malam macamni! Tak baik tau tak? ”
" ahaha. Arraseong~ esok haechan ambik bella tau? Naeee jaljayo my cinta luar biasa. " haechan tersenyum dan mengucup skrin telefonnya. Jung bella buat hatinya tidak keruan.
drrt drrt
Haechan mencapai telefonnya dan membuka mesej dari satu nombor yang tidak dikenali.
+8209364897
Ni papa bella. Aku nak jumpa
kamu sekarang. Keluar dan
tunggu aku depan kedai buruk tu.
Ada benda penting aku nak
bincang dengan kau." papa bella? " haechan mengenggam telefonnya lalu berdiri. Dia menukar baju tidur kepada hoodie kelabu dan seluar setans.
" haechan, nak kemana tu? Dah lewat ni. " appa lee menegur. Haechan tersenyum dan mengucup tangan appa lee.
" haechan nak keluar jap. Ada kerja sikit. Appa pergilah tidur dulu. Jangan risau, haechan okay. " haechan terus berlari keluar dari rumah. Appa lee termenung. Hatinya tidak enak saat haechan berkata begitu.
×××
Haechan menguap saat menunggu tuan jung. Lalu ada sebuah kereta hitam yang besar berhenti disisi jalan.
" eo? " dia terus berjalan kearah kereta itu." masuk. " haechan terus ditolak masuk oleh pemandu itu. Dia menunduk sedikit kepada tuan jung. Bapa mertua, kena hormat.
" kau tahu kenapa aku nak jumpa kau? " haechan menggeleng dan tersenyum nipis.
" tak tahu tuan. "
" bella taknak kahwin dengan jaemin, aku dah turutkan. Kau tak pandai nak berterima kasih ke– "
" terima kasih tuan. Saya hargai sangat tuan faham tentang hubungan saya dengan bella. Saya memang ikhlas sangat sayangkan bella– "
" aku nak kau tinggalkan bella. " haechan terus memandang tuan jung.
" kau kena faham, kau dengan bella tak setaraf. Dibandingkan dengan rumah kayu kau dan rumah agam aku, mana lagi besar? " haechan mengepal tangannya." saya tahu saya tak setaraf dengan bella. Tapi saya berusaha keras untuk bantu ibubapa saya. Saya nak mereka hidup senang. Saya tahu saya bukan pilihan tuan tapi bella dan saya– "
" kau sedar diri kau, budak miskin. Aku nak yang terbaik untuk bella. Kaya, berduit. Bella akan bahagia– "
" bella pernah cakap kekayaan bukan segalanya, tuan– "
" aku akan jodohkan bella dengan kawan aku. Dan dia akan dapat segalanya termasuk harta dan kekayaan yang aku inginkan– "
" tapi dia takkan peroleh kebahagiaan daripada perkahwinan paksaan tuan. Saya minta sangat tuan jangan paksa dia– "
" antara aku dengan kau, siapa ahli keluarga dia. Siapa dia akan pilih nanti– "
" tuan. Sebab tuan bapa dia. Yang jaga dia dari kecil. Tapi tak bermaksud tuan berhak nak memaksa dia buat benda yang dia tak suka– "
" aku minta satu. Jauhkan diri kau dari bella. Kau nak apa pun kau cakap, aku boleh beri. Aku akan tetapkan perkahwinan bella hujung tahun ni. Dalam beberapa bulan lagi. Aku harap kau fauamlah. Nah ambik ni . Aku ikhlas. " satu beg hitam diserahkan kepada haechan. Setelah membuka beg itu haechan terus menolak beg itu sehingga jatuh.
" saya tak perlukan simpati tuan. Saya cuma nak tuang restui saya dan bella. Dan saya takkan pernah mengalah sehingga tuan restui kami. Saya tak perlukan duit ni. " tuan jung berdecit.
" saya minta maaf kalau saya terkasar bahasa dengan tuan. Tapi apa pun yang tuan buat, saya tetap takkan mengalah melainkan bella sendiri yang buat keputusan tu.Terima kasih atas hinaan tuan. Tuan bagi saya semangat untuk kerja keras, bukan mengalah. Saya minta diri dulu, tuan. " dia menunduk hormat dan keluar dari kereta hitam itu.
" tch. Selamat duit aku. Si miskin ni memang tak tahu erti kalah. Kau tengoklah, aku akan buat lebih teruk daripada ni. "
TBC
Bertaubatlah tuan jung, anda sudah tua. Bukan lagi muda.
YOU ARE READING
[✓] [ E ] CINTA LUAR BIASA ; lee haechan
Teen Fiction; kisah cinta yang luar biasa diantara seorang gadis kaya dan seorang lelaki biasa. ❝ you're my extraordinary love , bella jung. ❞ - lee haechan. start; fourth of march , 2020 . end; twenty three of may , 2020 . ©️ yukheiamorist original idea. @nct...