bella termenung di atas pondok rumahnya. Hidupnya kini berubah. Selepas dihalau oleh tuan jung, dia dan mama jung kini tinggal di sebuah rumah kecil tetapi cukup untuk mereka.
mama jung dan bella mengusahakan sebuah ladang anggur. Dan bella pula menghantar sarapan pagi dimana itulah sumber kewangan mereka.
roti bakar dan jem anggur.
" bella? " mama jung duduk disebelahnya.
" bella termenungkan apa tu? dari tadi lagi mama tengok. " bella menggelengkan kepalanya.
" walaupun bella turut apa yang papa nak dulu, bella tak sangka dia penipu ma. " padi hari majlis perkahwinannya, asap itu adalah gas tidur. Itu rancangan tuan jung. Dia sudah dapat apa yang dia mahu.
changmin? kini didalam penjara oleh kerana kerja haram. Ya dia dan bella tidak berkahwin. Dan itulah yang paling bella sesali.
kerana tidak mengejar haechan pada waktu itu.
" dahlah bella. Doakan papa kamu tu dapat hidayah. Nasiblah mama mintak cerai. " bella tergelak.
" iyalah mama. Oh ya, mama cakap ada orang besar nak datang? "
" entah. Pembantu dia cakap dia nak cancel harini tapi jumpa lusa ni. Tak apalah, lagipun mama nak ke bandar, cari barang. Bella nak ikut? " bella mengangguk laju.
" kejap bella tukar baju. " bella berlari masuk kedalam rumah.
×××
" mama nak cari apa ma? "
" mama ingat nak cari biji benih buah lemon. Lepastu, buah bluberi. Sebab ladang kita banyak lagi ruang. Bolehlah tambah pendapatan. " bella mengangguk setuju.
" ma, bella nak nak cari tepung kat sana kejap tau? " bella berjalan pergi kearah bahagian tepung dan pastri.
" lima beg? ke sekotak? " dia menggosok dagunya.
" te–pung gan–dom? " bella memandang kearah seseorang yang duduk bersila dengan beg galas dibelakangnya..
" ahjussi? " bella datang dan duduk bertinggung disebelah lelaki tua itu." a–appa? " itu appa lee.
" appa buat apa kat sini? " appa lee memandang bella. Tangan gadis itu yang memegang bahunya ditepis.
" ish! Kamu siapa? suka suka hati pegang orang! " bella tersenyum manis.
" appa tak ingat bella? " appa lee menggelengkan kepalanya.
" ah mesti sebab dah lama kita tak jumpa kan? " appa lee mengesot menjauhi bella.
" appa, janganlah takut. Ni bella lah, budak rambut kerinting yang selalu datang rumah appa, enam tahun lepas. Yang selalu kutip buah dengan appa dulu. Appa tak ingat? " appa lee mengecilkan matanya.
" bella? oh! bella bella! " appa lee menepuk tangan suka.
" appa, bila appa balik sini? " appa lee tidak menghiraukan bella.
" appa, haechan mana? " appa lee terus memandang gadis itu.
" kamu kenal haechan? macam mana kamu boleh kenal anak appa? kenal omma tak? tapi omma dah tak ada. Omma dah tinggal appa hurm. " bella terkedu.
" omma dah tak ada? " appa lee mengangguk laju.
" lepas seminggu dia kena bedah, dia tidur dekat pondok dengan appa. Dengan haechan, tapi dia tidur paling lama. " bella mengelap airmatanya.
" eh eh kenapa bella menangis? appa jalmothaesseo, appa jalmothaesseo. Mianhae bella, mianhae. " appa lee menggosok kedua dua belah tangannya
" aniya aniya appa. Bella cuma terkejut. Appa datang sini sorang? kenapa tak ajak haechan? " appa lee mencemik.
" appa lari. anak appa sibuk dekat syarikat dia. Dia selalu tinggal appa dekat rumah. "
" syarikat? " appa lee mengangguk.
" bella hantar appa balik ya? nanti dia risaukan appa macam mana? " appa lee menggelengkan kepalanya laju.
" taknak taknak taknak! appa nak duduk sini. Dia tak sayang appa, dia tinggal appa. Semalam dia janji nak duduk dengan appa, tapi dia tipu. Dia tinggal appa. " bella tersenyum dan memegang bahu appa lee.
" appa, nanti kalau dia menangis macam mana? appa nak dia menangis ke? " appa lee terus mengangguk dan memukul dahinya berkali kali.
" tak boleh tak boleh. Nanti kalau haechan menangis, dia sakit. Tak boleh tak boleh. "
" sakit? " appa lee memandang bella.
" bella tak tahu? haechan, kalau dia menangis dia mesti pegang sini kuat - kuat. " appa lee mencengkam bahagian jantungnya.
" haechan sakit? " bella mula risau. Sudahlah dia dah lama tidak berjumpa lelaki itu.
" tak. Haechan sakit bila dia menangis. Sebab ada satu hari, dia pengsan dekat jalan masa hujan. Masa tu dia pergi ambik keputusan perperiksaan dia. " bella tergamam. Ianya hari dimana haechan dihalau olehnya.
" bella nak jumpa haechan boleh? " appa lee tersenyum dan mengangguk laju.
" tapi, appa ikut bella balik dulu ya? baju appa dah kotor ni. "
" appa main salji dekat taman tadi. Dalam petak - petak. " bella menepuk dahinya. Main salji dalam kotak pasir?
×××
" appa hilang? eh korang jaga rumah ke tidak hah?! " para bodyguard itu cuma menunduk tatkala ditengking haechan.
" maafkan kami tuan, kami cuma ke tandas sekejap lepastu kami datang dia dah tak– "
" pergi tandas pun kena berteman! seorang membuang seorang tolong basuh, macamtu? " haechan mengurut pelipisnya.
" ingat aku balik boleh rehat, korang buat hal pulak! " dia menepuk meja kuat.
" kami dah hantar yang lain suruh cari dia tapi, belum jumpa. " haechan mencapai kunci keretanya.
" a to the p to the p to the a! hello? appa in dah hose! " appa lee berlari masuk.
" appa! appa pergi mana? haechan risau appa tahu tak? " haechan memeluk kuat appa lee.
" alah. appa keluar jalan. kamu tu! semalam janji nak duduk dengan appa tapi kamu hilang pagi tadi. Appa hilang jugaklah. " dia menarik narik telinga haechan.
" oh ya! appa bawak kawan baru. Haechan nak jumpa tak? " haechan tersenyum dan tergelak .
" eleh sembang. Mana kawan appa? nak jugak tengok. " dia hanya tersenyum melihat appa lee berjalan keluar dan mengheret seseorang.
" ni kawan appa! nama dia loceng! " dan pada saat mata mereka bertemu, senyuman dibibir haechan mula hilang.
orang yang dia benci, kini sudah berada dihadapan matanya.
" ini anak appa, haechan. bella cakap dia kenal haechan tau? "
" bawak dia keluar. " haechan terus berjalan pergi.
" bella! bella jangan tinggal appa! " appa lee diheret masuk kedalam biliknya oleh pembantu rumah.
" saya boleh keluar sendiri. " bella berlari keluar dengan mata yang berair. Ini mungkin balasan untuk dirinya.
TBC
eceyyy! dah jumpa tapi salah seorang hati keras. Siapa?
YOU ARE READING
[✓] [ E ] CINTA LUAR BIASA ; lee haechan
Teen Fiction; kisah cinta yang luar biasa diantara seorang gadis kaya dan seorang lelaki biasa. ❝ you're my extraordinary love , bella jung. ❞ - lee haechan. start; fourth of march , 2020 . end; twenty three of may , 2020 . ©️ yukheiamorist original idea. @nct...