15

839 55 0
                                    

Tiba-tiba, tombol pintu bilik itu berkecai seperti ditembak dari luar. Seseorang yang memakai topi masuk ke dalam bilik itu.

"Try to kill her if you can!" kata orang itu sinis dengan nada yang tinggi.

"Kau siapa hah?" tanya Alisa.

Apabila orang itu membuka topi di kepalanya, semua yang berada di dalam bilik itu terkejut.

"Lyna?" tanya Alisa terkejut.

"Yes, it's me girl." Lyna mengarahkan pistolnya pada Alisa.

"Huh! Aku plan nak bunuh kau dah lama dah. Tapi, aku rasa baik aku bunuh yang lain dulu. Senang sikit HAHAHAHAHHAHA," kata Alisa dengan lagak psiko.

Lyna yang tidak dapat menahan sabar melepaskan beberapa das tembakan ke atas siling. Alisa memandang lama siling yang sudah hancur itu. Sekarang, dia sedar bahawa gadis itu bukan lawannya.

Hakim pula tercengang, tidak percaya dia gadis yang agak menakutkan di hadapannya ini adalah tunangnya sendiri.

"You know what? You're weak. Harap je anak ketua gangster, tapi tak pandai nak handle semua benda. Buat kerja pun tak clean. Aku rasa, pistol tu pun sebenarnya kau tak reti guna," kritik Lyna sengaja.

"Kurang ajar!" amuk Alisa.

Baru sahaja Alisa hendak melepaskan tembakan pada gadis itu, Lyna terlebih dahulu menembak bahu Alisa.
Dia terus rebah ke lantai dan pengsan.

Lyna merampas pistol dari genggaman Alisa dan memanggil anggota polis yang baru sahaja tiba untuk mengurus Alisa dan konconya yang lain.

BRUTAL : i call her "love" √ Where stories live. Discover now