Pʀᴏʟᴏɢᴜᴇ

1.4K 76 8
                                    

..

..
Guyss... trying something new. Not kpop but wizarding world. Nz cabar dirinNz and Put the blame on me. Hahahahahaha Nz dah jadi potterhead lagi!! So. This Couple yang jadi favourite Nz. Hope you guys don't mind it and enjoy (◠‿◕)

All the Characters in here belong to J.K Rowling. Nz hanya meminjam wataknya kerana otak pelangi Nz yang mahu terus berkarya.
..

..

No 4, Privet Drive, Little Whinging.

6 pagi dan langit di luar masih lagi gelap. Si kecil Harry masih lagi berkeliaran di dapur. Tidak. Dia bukannya mencuri makanan melainkan membuat sarapan untuk keluarga Ibu saudaranya. Dan dua mulut lelaki gemuk di dalam rumah itu. Dan lihatlah dirinya. Kecil dan tidak setanding langsung dengan anak yang seumuran dengannya.

Lagi dia menghela nafasnya berat dan menghidang makanan di atas meja itu bersamaan dengan tibanya aunt Petunia. Dengan bajunya yang kebesaran, cermin mata bulat yang bertengger pada wajahnya. Dia tersenyum tipis ke arah ibu saudaranya.

"Morning... Aunt Petunia" ujarnya perlahan dan hanya di balas dengan anggukan singkat dari wanita itu.

Dia hanya diam dan melihat ke arah wanita itu, menahan bunyi aneh yang keluar dari perutnya. Petunia mendesah perlahan dan mengambil piring kecil, mengasingkan sedikit makanan ke dalam piring itu dan di beri kepada Harry.

"Jangan... Pernah memberitahu perkara ini kepada Dudley dan uncle Vernon kamu. Ingat?" Ujarnya perlahan dan dibalas dengan anggukan dari wajah polos itu.

"Terima kasih aunt Petunia" balas Harry dan di balas dengan anggukan singkat dari wanita itu.

"Kembali ke dalam ruangan mu" Harry mengangguk dan sudah mencapai tombol pintu. "Harry" panggilnya perlahan.

"Yes aunt Petunia?"

"Happy birthday"

Harry mengangguk dengan senyuman lima jarinya dan berlalu pergi setelah melihat ibu saudaranya itu sudah membelakangkan dirinya. Itu sudah lebih dari cukup dan dia bersyukur. Setidaknya masih ada yang memberi ucapan selamat hari lahir kepadanya.

Pintu ruangan bawah tangga itu di tutup dan di kunci oleh aunt Petunia. Dia sudah faham mengenai itu. Asal dia masih mempunyai makanan dan minuman. Itu sudah sempurna untuknya.

"Mom... Dad... Happy birthday to me. Terima kasih lahirkan Harry walau kita tidak pernah bertemu setelah 11 tahun Harry bernafas dalam dunia ini"

..

..

..

..

..

Diagon Alley...

Mata emerald itu melihat ke sekelilingnya dengan pandangan yang teruja. Jujur apa dia boleh di sahkan gila sekarang?? Dunia sihir itu wujud demi tuhan! Dan dirinya adalah salah satu dari kelompok mereka.

'The boy who alived' gelaran mereka beri kepadanya. Apa maksudnya? Dia sendiri tidak tahu. Kerana sekarang yang dia ketahui dirinya seperti sosok selebriti di dunianya. Mereka semua mengenal diri kecilnya ini. Apa ini masih mimpi? Andai benar jangan bangunkan dirinya. Biar dia terus lena dalam mimpi indah ini.

𝑪𝒓𝒖𝒆𝒍 𝑱𝒖𝒔𝒕𝒊𝒄𝒆 [LATE UPDATE]Where stories live. Discover now