1 : Pʀᴏᴍɪsᴇ

830 57 13
                                    

..

..

All the Characters in here belong to J.K Rowling. Nz hanya meminjam wataknya kerana otak pelangi Nz yang mahu terus berkarya.
..

..

Setting year : 1991. 1st Year.
..

Slytherin Dorm.

Masih ada 1 jam sebelum waktu sarapan. Draco sudah terbangun dan rapi sejak 30 minit yang lepas. Hanya bersandar di atas sofa di dalam biliknya yang dikongsi dengan Blaise. Dan rakan sebiliknya masih lagi berada di dalam bilik air. Bukan itu yang menjadi point utamanya. Fikirannya masih melayang teringat akan pertemuannya dengan Harry Potter sebelum masuk ke dalam dewan besar.

"Apa yang kau fikirkan Drake?" Soal Blaise yang entah bila sudah rapi di hadapannya.

"Apa aku terlalu kasar semalam Blaise? Merlin... Aku dah buatkan dia membenciku" Draco mengusap wajahnya.

"Hei Drake... Terkadang aku terfikir kau masih 11 tahun seperti ku atau 17?"

Draco menatap ke arah Blaise dengan tatapan tajamnya. Benar, mereka pure blood akan bertindak lebih matang dan juga dingin kerana didikan keluarga mereka. Lebih-lebih lagi mereka yang berada di Slytherin terdiri dari keluarga bangsawan.

"Asal kau tahu, berpura tidak matang dan bodoh itu cukup menyiksaku. Kenapa father menyuruhku berkelakuan sangat tidak Malfoy?"

"Itulah dirimu Drake. Tidak matang dan bodoh. Memang kelakuanmu sangat tidak Malfoy" Blaise terkekeh perlahan, mengabaikan tatapan maut dari Draco dan mula menyediakan jadualnya untuk ke kelas.

"Kuharap kita boleh berteman Harry Potter. Dan ku harap kau tidak salah memilih temanmu di sini"

"Bersama siapa aku berteman bukanlah perkara yang harus kau risaukan Malfoy."

Draco memejamkan matanya. Ahh itu menyakitkan jauh ke dalam lubuk hati seorang Draco Malfoy.

"Kau tahu, aku masih kesal kerana ucapannya semalam" tangannya sudah dikepal di sisinya.

"Permusuhan dimulakan?" Soal Blaise dengan seringai.

"Itu tradisi. Dan tradisi harus dilaksanakan Zabini"

..

..

..

..

..

..

..

Derap kaki tidak beraturan kedengaran di koridor Hogwarts. Entah berapa banyak hantu yang mereka langgar, dan berapa banyak lukisan yang terkejut dengan kelajuan pantas dua anak lelaki itu. Itu tidak penting.

𝑪𝒓𝒖𝒆𝒍 𝑱𝒖𝒔𝒕𝒊𝒄𝒆 [LATE UPDATE]Where stories live. Discover now