4 : Gᴇᴛᴛɪɴɢ Wᴏʀsᴇ

464 33 1
                                    

..

..

All the Characters in here belong to J.K Rowling. Nz hanya meminjam wataknya kerana otak pelangi Nz yang mahu terus berkarya.
..

..
___________________________________________
Before:

"Mana Harry?"

"Apa kau mahukan Malfoy?!"

"Dia akan baik sahaja, mungkin akan sedar dalam 1 jam lagi. Bantuan akan datang. Sekarang di mana Potter?!"
.
"Harry!"
                               
"Aku tak tahu tujuan kau bantu kami Malfoy, tapi aku mohon. Selamatkan Harry"
.
"Dan selepas ini kau akan kembali memusuhi aku bukan? Am I right Malfoy?"

"Kau percaya bahawa Dumbledore adalah penipu? Dia mempergunakan kau? Kau percaya itu Potter?"
.
______________________________________

....

☽︎━━━━━━━༺𝑪𝒓𝒖𝒆𝒍 𝑱𝒖𝒔𝒕𝒊𝒄𝒆━━━━━━━☾︎

....


August 1992.
No 4, Privet Drive, Little Whinging

Tubuh rapuh itu mengelamun di mejanya, bersama album merah di hadapannya pemberian Hagrid saat mereka tamat tahun pertama. Dia terus melihat ke arah luar tingkap, mengamati gelapnya malam. Menenangkan, itu yang terlintas di kepalanya. Tenang dan damai, bagaikan semua kehidupan seakan diam dan tidak bergeming, mungkin turut mengamati keindahan dirinya.

Dia menunduk membuka halaman pertama, gambar ibu dan ayahnya tersenyum lebar sambil mengendong tubuhnya yang masih bayi saat itu kelihatan sangat bahagia, dia tersenyum tipis. Jemarinya perlahan mengusap gambar bergerak itu. Dia merindukan mereka. Sangat. Halaman seterusnya di selak, itu gambar dia, Ron dan Hermione yang tertawa bersama. Apa khabar mereka? Kenapa tiada surat yang di terimanya dari mereka? Apa mereka di luar adalah orang asing? Entahlah.

Bunyi Hedwig di sampingnya bergerak gelisah di tatap sayu. "Sorry Hedwig... Aku tak boleh lepaskan kau sekarang. Bertenanglah atau uncle Vernon-"

"Harry!!!"

"-memarahiku" dia menghela nafasnya berat. Menutup album merah itu dan menuju ke pintu biliknya.

Saat tiba di bahagian dapur, aunt Petunia sedang menghiasi kek di sana. Wanita itu hanya meliriknya sekilas.

"Ada di sana, cepat sebelum dia semakin marah" ujar aunt Petunia perlahan dan kembali menghiasi keknya. Harry mengangguk perlahan dan menuju ke arah sudut ruangan, di mana dia boleh lihat uncle Vernon sedang merapikan tali leher kupu-kupu di leher Dudley. Sebentar, apa memang dia ada leher? Entahlah. Mungkin ada tersembunyi di sebalik gumpalan lemak itu. Harry tersenyum tipis.

"Boleh kau buatkan burung kau itu senyap?" Ujarnya.

"Dia hanya kebosanan uncle Vernon. Mungkin kalau uncle benarkan saya untuk lepaskan dia untuk satu jam sahaja akan memadai"

𝑪𝒓𝒖𝒆𝒍 𝑱𝒖𝒔𝒕𝒊𝒄𝒆 [LATE UPDATE]Where stories live. Discover now