3

148 11 0
                                    

Senja menjelma lagi. Ali masih setia menanti kepulangan Alicia sambil bermain main dengan tuala kecil kegemarannya. Ali berjalan menuju ke sofa lalu berbaring diatasnya. Matanya mula mengelamun sambil memandang ke arah syiling. Lama kelamaan matanya semakin memberat lalu dia mula hilang ke dunia mimpi.

"Ali! Aku dah balik. Aku ada belikan..." suara Alicia kedengaran di rungan tamu itu menandakan bahawa dia sudah pulang. Suasana sunyi sepi membuatkan Alicia risau. Dia takut terkadi sesuatu kepada adik kembarnya itu.

Dia terus berlari bagi mencari keberadaan Ali. Lariannya terhenti ketika melihat susuk Ali yang sedang lena tidur di sofa panjang ruangan itu. Alicia menghela nafas lega.

Dia meletakkan kuih yang dibelinya tadi diatas meja lalu berjalan menghampiri Ali. Dia duduk disamping Ali yang masih lena. Wajah Ali yang putih bersih tanpa sebarang itu ditenung lama. Memang dia akui Ali memang seorang lelaki yang kacak.

Tangan kiri Ali dipegangnya lalu dibeleknya. Jari telunjuk pada tangan itu dilihatnya lama. Satu senggat pada jari itu hilang. Ali dilihatnya lama. Senyuman terukir dibibirnya. Teringat zaman kecil bagaimana satu senggat pada jari telunjuknya itu juga boleh hilang.

"Kalau dulu,memang aku marah kau sebab kerana kau,aku kena sekali." Pipi Ali diusapnya lembut.

"Tapi lepas pak cik Zain pergi,aku mula sedar sesuatu..."

Alicia menghela nafasnya lama.

"Kalau aku terus benci kau,siapa lagi yang kau ada untuk jadi tempat bergantung?"

"Dan..tanpa kau yang teman aku setiap hari dirumah peninggalan pak cik ni,aku yakin aku akan sunyi."

"Jadi aku nekad untuk lindungi kau baik baik. Aku akan cuba pastikan yang kau tak akan dibawa oleh pihak kerajaan. Seperti janji aku pada pak cik."

Matanya berkaca kaca sewaktu meluahkan rasa hatinya pada Ali yang sedang lena itu.

"Alicia.."

Suara panggilan itu membuatkan Alicia pantas menyeka air matanya. Dia memandang Ali yang sedang merenungnya dengan wajah polos.

"Aku dah balik. Jom kita makan,kau mesti lapar,kan?" Duga Alicia lalu dia menarik tangan Ali agar lelaki itu mengikutinya ke dapur.

"Kenapa Icha nangis?"

Alicia hanya mengukir senyuman. Alicia tahu setiap kali Ali mengunakan panggilan itu kepadanya,bermakna penyakit Ali sudah datang.

"Tak ada apa apalah. Aku cuma..letih je. Kerja dekat pejabat tu banyak sangat." Jawab Alicia cuba menyembunyikan hakikat sebenarn pada Ali.

"Atau..sebab Ali?"

Alicia berjalan menghampiri Ali yang masih berdiri ditempatnya berada.

"Kenapa kau kata macam tu?"

Ali menudukkan pandangannya merenung lantai.

"Dulu Icha selalu marah Ali. Tapi lepas pak cik tak ada,Icha terus baik dengan Ali. Ali takut nanti bila Icha dah tak suka dengan Ali semula...Icha akan hantar Ali dekat cyrosleep tu."

Alicia hanya tersenyum nipis lalu dia memegang erat tangan kembarnya itu.

"Dah la. Jangan fikir bukan bukan. Ali fikir macam macam ni sebab lapar kan. Icha dah belikan kuih untuk Ali."

Penyudahnya Alicia juga terpaksa membahasakan dirinya 'Icha' bagi memujuk atau menenangkan Ali. Ali pantas mengangguk dan mengekori langkah Alicia ke dapur.

2 IN 1Donde viven las historias. Descúbrelo ahora