8

203 14 2
                                    

Rizwan masuk kedalam makmal dimana Profesor Wyan sedang duduk di kerusinya sambil meneliti beberapa kajian.

"Prof panggil saya ke?" Tanya Rizwan.

Profesor Wyan teroana. Dia mengangkat sebelah keningnya lalu memandang pelik ke arah Rizwan.

"Siapa pula yang panggil kau datang sini? Aku cuma suruh kau jaga budak perempuan tu jangan sampai dia mati!" Tengking Profesor Wyan.

"Tapi tadi ada..." oleh kerana sedar dia sudah ditipu,riak wajah Rizwan terus sahaja berubah geram. Dia berlari keluar dari makmal Profesor Wyan dengan penuh geram.

"Tak guna punya budak! Berani kau tipu aku!" Sambil mencapai senapang yang ada di belakangnya dia segera menuju ke penjara.

Sebaik sahaja dia tiba di penjara dimana menjadi tempat dia mengurung Alicia,gadis itu sudah melarikan diri. Rizwan mengetap gigi menahan geram.

"Cepat!! Cari diorang sampai jumpa! Dan aku nak korang bunuh budak lelaki tu dan bawa mayat dia dan kakak dia ke sini!" Arah Rizwan kepada konco konconya.

Dengan pantas,ramai pegawai tentera mula bergegas mencari disetiap penjuru jawasan. Baik tempat yang kecil mahupun besar mereka masih terus mencari.

Bunyi siren kecemasan membuatkan Alicia dan Ali saling berpandangan. Tahulah mereka kini mereka dalam bahaya. Ali memandang Alicia. Sudah jelas kelihatan ketakutan pada wajahnya.

"Jangan risau,kita berdua akan keluar dari sini." Pujuk Alicia sambil memegang erat tangan Ali.

"Cuma..boleh tunjukkan tempat kau berjaya masuk ke sini? Itu mungkin boleh jadi tempat kita larikan diri." Cadang Alicia. Ali pantas mengangguk lalu mereka berlari menuju ke pintu belakang makmal.

Namun mereia sudah terlambat kerana pintu itu sudah dihalang oleh beberapa orang pegawai dengan senapang yang dituju ke arah Ali dan Alicia.

"Tak ada cara lain,kita kena lawan." Putus Alicia.

"Lawan? Tapi Ali.."

"Kita sudah dilatih untuk benda ni semua. Aku percayakan kau." Kata Alicia. Ali hanya mengangguk. Mereka kini berada dalam posisi bersedia.

Alicia menyepak senapang yang berada ditangan pegawai itu satu persatu. Saat senapang itu sudah berada dekat dikaki Ali,terus sahaja dia mencapainya.

Bang!!

Bunyi beberapa das tembakan dilepaskan oleh Ali. Setiap pegawai yang menghalang mereka kini sudah tidak lagi bernyawa. Alicia turut mengambil satu senapang dan diletakkan dibelakangnya. Mereka berlari keluar dari banggunan.

Alangkah terkejutnya mereka ketika mereka tiba diluar,lebih ramai tentera yang sedang menanti mereka. Rizwan juga sudah tersenyum sinis kepada mereka berdua.

"Korang ingat,korang boleh larikan diri dari makmal ni hidup hidup. Aku akan pastikan salah sorang dari korang mati." Ujar Rizwan.

"Jom lari!" Arah Alicia sambil tangannya erat memegang tangan Ali. Dia perlu membawa Ali ke tempat yang lebih selamat daripada makmal dan bandar ini. Mereka berlari sambil mengelak tembakan yang dilepaskan ke arah mereka.

Buk!

Kaki Ali tersepak batu lalu terjatuh. Diikuti oleh Alicia juga. Mereka tiada pilihan lain selain dari melawan semula. Senapang ditangan sudah bersedia untuk menembak.

Bang! Bang! Bang!

Bang!

Bang! Bang! Bang! Bang!

Bang! Bang!

Bang! Bang!

Peluru pada senapang Ali kehabisan. Namun masih ramai tentara yang perlu dilawan. Tangannya ditarik oleh Alicia lalu mereka berlari menuju ke hujung makmal.

Didapati mereka berada dijalan mati. Mereka berada betul betul di tebing yang menjadi pemisah laut dan bandar Cybersonic. Mereka menoleh kebelakang. Terlihat Rizwan sudah sedia dengan senapangnya mahu menembak Ali.

Bang!

Alicia yang sepertinya dapat membaca peluru itu menuju ke arah Ali,terus sahaja dia memeluk Ali. Akhirnya dia yang terkena tembakan itu. Ali terpana. Lutut mereka jatuh menyembah tanah.

Ali membalas pelukan Alicia dalam keadaan terkejut. Tangannya basah kerana darah Alicia.

"Alicia! Bertahan! Tolong jagan mati!! Tolong jagan tinggalkan Ali!!" Rayu Ali.

Alicia mengukir senyuman nipis. Dia memegang kedua pipi Ali.

"Terima kasih Ali. Terima kasih kerana jadi kembar aku. Aku gembira sangat." Kata Alicia.

Ali hilang kata kata. Dia memandang ke arah Rizwan yang juga mahu bersedia untuk menembaknya. Timbul satu idea gila dalam fikirannya.

"Kalau korang tak dapat Alicia..." katanya sambil berdiri. Tubuh Alicia yang lemah itu didukungnya.

"Korang juga tak akan dapat Ali." Katanya sebelum berlari terjun dari tebing itu.

Rizwan yang terkejut terus sahaja melepaskan tembakan. Namun tembakan itu tidak mengenai Ali. Tubuhnya sudah terlebih jatuh oleh kerana tekanan graviti bersama Alicia yang masih lagi erat dipeluknya.

2 IN 1Where stories live. Discover now