7

146 12 0
                                    

Jantungnya berdegup kencang bagai mahu tercabut. Tidak tahu apa yang perlu dia lakukan. Dia harap Alicia ada bersama ketika ini. Dia menutup mulutnya dengan kedua tangan agar bunyi nafasnya tidak didengari dari luar.

"Dia betul betul tak ada tuan."

"Mungkin dia dah keluar. Kita tunggu di kawasan sini saja sampai dia kembali."

Bunyi derapan tapak kaki yang semakin menjauh dan itu membuatkan Ali menghela nafas lega. Rasa bagai nak mati ketika itu.

"Aku kena keluar dari sini. Aku kena selamatkan Alicia." Nejad Ali laku dia keluar dari tempat persembunyiannya dan mengambil beg galasnya lalu dimasukkan beberapa barang keperluan.

Dia melihat ke luar melalui tingkap. Terlalu ramai polis serta askar kerajaan yang bersenjata sedang menunggu di kawasan perumahannya.

"Macam mana aku nak keluar dari sini?" Fikir Ali.

Matanya tertoleh ke arah segulung tali yang agak besar. Dia mendapat satu idea.

Mungkin aku ni cacat,tapi aku tak bodoh! Gumam Ali sendiri lalu dia mengambil segulung tali itu dan mula turun dengan perlahan melalui tingkap dengannya.

Dia berlari menghampiri salah seorang tentera yang sedang menjaga pintu belakang. Terus sahaja dia memukul kepala tentera itu dengan seketul batu yang agak besar sehingga tentera itu pengsan.

Dia menyembunyikan tentera itu di dalam tong sampah besar dan memakai baju tentera itu. Kini dia menyamar sebagai tentera yang mencari anak tambahan itu.

Terima kasih pak cik,pak cik ajar saya untuk menyamar dengan baik. Ali tersenyum sendiri.

Dia berjalan tenang menuju ke arah sebuah track besar. Dia memandang ke arah tanda nama lelaki itu. Victor! Mungkin itu adalah namanya.

"Victor,jom kita balik ke makmal. Aku ada tertinggal dokumen dekat sana tentang anak tambahan tu." Katanya.

"Oh,baiklah. Aku minta izin general sekejap."

"Er..tak perlu! Aku dah cakap tadi dan general benarkan."

Maka,mereka pun menaiki track yang berhampiran dan bergerak menuju ke makmal.

Setelah tiba di makmal,track itu berhenti di sebuah tempat rahsia. Ali terus sahaja bertindak dengan menjerut leher Victor sehingga lelaki itu mati. Identiti card Victor diambil lalu dia melangkah masuk ke dalam kawasan yang menjadi tempat yang paling dia benci sejak kecil itu.

"Arghh!!" Alicia mengerang kesakitan tubuh badannya dipenuhi luka dan banyak juga darah yang telah hilang.

Lelaki berbadan sasa itu masih terus memukul gadis yang sudah dilihatnya tidak bermaya itu.

"Hey! Kau ni tak sudah sudah lagi ke seksa dia?" Tegur seorang lelaki yang sudah berdiri betul betul dihadapan pagar besi itu. Alicia tidak dapat melihat wajah lelaki itu dengan jelas kerana ditutupi dengan topi.

"Aku tak akan rasa puas selagi dia tak bagi tahu kita dimana dia sembunyikan anak tambahan tu." Jawabnya.

"Kau pergilah. Profesor panggil kau untuk dapatkan maklumat lanjut. Perembuan ni biar aku selesaikan." Katanya.

Lelaki berbadan sasa itu akur lalu mereka mula menukar posisi. Alicia meneguk liurnya. Kali apa pula penyeksaan yang dia bakal terima.

"Icha jangan takut tau. Icha akan keluar dari sini." Suara lelaki itu membuatkan Alicia terpana. Dia kenal singguh pada suara lelaki itu.

"Ali? Itu kau ke?" Tanya Alicia.

"Ya. Ini Ali. Diorang semua dah ceroboh rumah kita. Ali tak tahu nak lari mana. Ali takut sangat tapi Ali akan rasa selamat kalau ada dengan Icha." Katanya sambil dia berusaha mwmbuka ikatan pada tangan Alicia.

Alicia tersenyum nipis. Itulah Ali yang dia kenal selama 12 tahun. Setelah Alicia berjaya melepaskan diri,mereka keluar dari kawasan penjara itu.

2 IN 1Where stories live. Discover now