12

20.2K 330 57
                                    

maaf atas kesilapan nama semalam, sebab tertaip cerita lain tertaip cerita ni dah confuse , maaf ye 🥺. Author malu la sekarang 😭🙈 thanks siapa yang tegur salah tu

"selamat pagi Tuan Puan" kata Kaira semasa Hanis dan Zaff masuk dapur. Makanan tersedia diatas meja. "awak masak? sedapnya" kata Hanis menarik Zaff duduk di kerusi disebelahnya. "ye Puan" jawab Kaira mesra. "eh duduklah makan sekali" kata Hanis pada Kaira.

"tak apa Puan" kata Kaira. Hanis bangun dan tarik Kaira duduk dikerusi "dah makan2 kita sama-sama makan baru sedap" kata Hanis lalu duduk. Hanis ciduk lauk letak pinggan "awak nak banyak ke sikit sayang ?" soal Hanis pada Zaff. "sikit je sebab tak lapar sangat" kata Zaff.

Hanis mengambil pinggan kosong lagi "Kaira, awak nak banyak ke sikit ?" soal Hanis. "tak apa Puan saya ciduk sendiri" kata Kaira. "janganlah macamtu saya nak tuangkan ni" kata Hanis. "Sikit je Puan" kata Kaira. "awak kena makan dengan cukup, saya bagi lebih sikit okay supaya awak bertenaga" kata Hanis.

"terima kasih Puan" kata Kaira. "sama-sama" balas Hanis menyuap makanan kedalam mulutnya. "sedapnya Kairaa, pandai awak masak" kata Hanis memuji masakan Kaira. "Terima kasih Puan" kata Kaira lalu matanya melihat Zaff disebelah Hanis yang hanya merenung pinggan.

"lepas makan jumpa saya kejap kat ruang tamu, ada sesuatu yang saya nak tanya" kata Zaff lalu membawa pinggan ke sinki untuk basuh. "baik Tuan" kata Kaira.

Zaff Naydem

"awak asal mana ?" soal Zaff. "saya asal sini Tuan" kata Kaira. "siapa family awak ? saya yakin saya pernah nampak awak sebelum ni" kata Zaff. "saya berasal dari keluarga Paul tapi disebabkan ayah saya kahwin baru lepas ibu saya meninggal saya disisihkan dan saya dihalau dari rumah sebab tu saya ada kat sini Tuan" kata Kaira memandang mata hijau gelap Zaff.

"okay, kalau ada apa2 awak boleh minta tolong Aniq, Rizky dengan Lian. Diorang tu pembantu saya. Faham ?" soal Zaff. "baik Tuan" kata Kaira.

Yuhanis Rose

Hanis memandu sendiri ke rumah ibu mertuanya. "mama" panggil Hanis apabila sampai dirumah agam itu. "ye sayang" kata Puan Sri Ziela. "ni Hanis bawakan cheese cake untuk mama, mama suka kan" kata Hanis. "terima kasih sayang" kata Puan Sri Ziela. "eh Hanis, hari ni tak class tuisyen ke ?" soal Zara Nafela dari dapur. "takde kak, ni ada masa tu yang buat cake tu" kata Hanis.

"mesti sedap" kata Zara Nafela. Hanis senyum dan memotong cake tersebut. "mama nak pergi sembayang dhuha kejap, kamu berdua berbual lah dulu" kata Puan Sri Ziela. "okay ma" kata Hanis dan Zara serentak.

"Kak Zara" panggil Hanis. "ye Hanis" balas Zara Nafela. "saya kan kak teringin nak macam akak bahagia , ada anak. akak rasa apa patut saya buat" soal Hanis. "Hanis, anak tu rezeki tau Hanis. Dugaan akak tak seperti Hanis tau. Akak mengandung dalam masa yang sama abang Zach ada isteri lain yang mengandung juga masatu."kata Zara Nafela.

"abistu apa akak buat ?" soal Hanis. "akak sabar Hanis sebab akak sayang abang Zach. Ye , akak tahu itu akan menyakitkan akak sendiri tapi akak cuma nak tengok abang Zach bahagia tu je" kata Zara Nafela.

"Jadi jawapannya kita kena buat sesuatu yang membahagiakan orang lain walaupon akan menyakitkan diri kita sendiri macamtu ?" soal Hanis. "cinta tu pengorbanan kan ? Hanis akan tahu jawapan Hanis bila Hanis dah berkorban" kata Zara Nafela.

"baiklah akak, Hanis ingat benda tu" kata Hanis lalu mencicip kopi dicawan.

Zaff Naydem

"Hanis saya dah balik" panggil Zaff. "maaf Tuan, Puan keluar" kata Kaira. "oh , ingatkan dia dah balik" kata Zaff. "belum Tuan" jawab Kaira. "awak masak apa hari ni?" soal Zaff. "saya masak biasa je Tuan, Tuan nak makan ?" soal Kaira.

"boleh juga" jawab Zaff. Kaira pon mengambil pinggan dan melayan Majikannya dengan baik. Selesai makan Kaira membasuh piring sambil menjeling sikit kearah Zaff. Lelaki itu memang tampan baginya.

"Kaira, amikkan saya kopi yang Hanis dah letak kat peti sejuk tu panaskan pastu hantar ruang tamu" kata Zaff. "Baik Tuan" balas Kaira. Kaira pon melakukan yang dirsuruh oleh Zaff.

"Terima Kasih" kata Zaff yang baru sahaja keluar toilet. "sama-sama Tuan" kata Kaira. Kaira ingin gerak ke dapur tapi kakinya tidak stabil apabila lantai itu tiba-tiba sahaja licin. "arghh" jeritan kecil Kaira yang mahu jatuh lalu dia tertolak Zaff baring di kerusi.

Kaira dengan tidak semena-mena tertindih Zaff. "maaf Tuan saya tak sengaja Tuan" kata Kaira. "its okay, its not your fault." kata Kaira. Pintu utama ditekan lonceng oleh seseorang.

"biar saya buka pintu Tuan" kata Kaira. "takapa biar saya je" kata Zaff lalu menuju kearah pintu utama rumah itu. Pintu dibuka "Assalamualaikum Encik, Kami dari Jabatan Agama Islam, kami mendapat aduan yang anda ada duduk berdua-duaan dirumah ni tanpa hubungan yang sah" kata salah seorang daripada lelaki itu.

"tapi dia ni pembantu rumah saya..." kata Zaff sudah berkerut. Siapa pula yang sial sangt bagi report ni.

Yuhanis Rose

"apasal ramai sangat depan rumah aku ni" kata Hanis yang melihat 5 orang dipintu utama rumahnya. Hanis masuk "ada apa ni Tuan ?" soal Hanis pada lelaki yang ramai2 itu. "tidak cik, kami mendapat aduan mereka hanya berdua-duaan dirumah ini" kata lelaki itu.

"ini suami saya, dan itu adalah pembantu rumah saya" kata Hanis cuba menerangkan. "ye saya tahu Puan, tapi mereka berdua sahaja di tempat tertutup ini menimbulkan kecurigaan" kata lelaki itu.

"saya akan lapor di jabatan kami" kata lelaki itu. Hanis sudah mengeluh. Untuk mengelakkan daripada perkara ini berlaku menjadi lebih runsing. "awak perlu memberi izin suami awak mengahwini gadis ini" kata Lelaki itu.

Hanis seperti ....

to be continued

[C] Naydem's RoseTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang