15

19.1K 394 105
                                    

guys i nak tanya you guys tahu tak kenapa i punya following stuck tak boleh nak follow orang lagi, kena update version baru ke ?

Zaff masuk bilik Hanis, ini sudah hampir pukul 2 pagi. Zaff nampak Hanis masih membaca novel "Hanis" panggil Zaff. "ye" balas Hanis meletakkan buku di tepi katil. "kenapa tak tidur lagi ni?" soal Zaff. "saya belum ngantuk tu yang baca novel kejap" kata Hanis.

"malamni abang nak tidur sini boleh ?" soal Zaff. "boleh, tapi awak tak kesian kat Kaira. Dah lah dia tengah pregnant. Dia perlu lebih banyak perhatian daripada saya" kata Hanis. "tapi abang nak tidur dengan Hanis" kata Zaff pandang Hanis. "yela-yela, come" Hanis tepuk bantal disebelahnya.

Hanis mematikan lampu tidur lalu dia baring membelakangi Zaff. Itu pon Zaff yang tolak membuat demikian. Pelukan hangat mengelilingi tubuh Hanis. "sorry, for made you cry a lot today sayang" kata Zaff memeluk lebih erat. "tak kesah lah apa pon jadi pada kita, perasaan abang tetap sama pada Hanis" kata Zaff.

Badan Hanis tiba-tiba sahaja terhinjut seperti menangis. Zaff menarik Hanis untuk memandangnya. "kenapa ni? dont cry okay. Im here" kata Zaff mengusap belakang Hanis. Tubuh Hanis tindih tubuh Zaff bila Zaff baring tapi nak peluk Hanis.

"boleh tak saya nak awak malamni" kata Hanis. "kenapa pula kena soal kalau saya dah pon milik awak" kata Zaff

Morning

Zaff bangun dari tidurnya, nampaknya tidurnya lagi lena daripada selalu, Hanis disebelahnya rambutnya ditolak kebelakang perlahan. Badan Hanis yang terdedah juga ditarik selimut. Zaff bangun dan memakai baju semula. Dia keluar dari bilik Hanis. "Allahuakbar, terkejut abang!" kata Zaff apabila Kaira tercegat depan pintu bilik itu.

"kenapa abang baru keluar dari bilik Hanis, abang tinggalkan sayang ke semalam" kata Kaira sambil berpeluk tubuh. "taklah abang baru je masuk bilik Hanis" kata Zaff. "betul ke ni ?" soal Kaira. "ye betul sayang" kata Zaff. "okay, saya percaya" kata Kaira.

"jom kita sarapan luar, tak ada makanan la kat dapur" kata Kaira. "okay" balas Zaff lalu naik kebiliknya dan Kaira untuk mandi.

Yuhanis Rose

Hanis bangun dari tidurnya. Dia terbangun lewat melihat ruangan kosong disebelahnya membuat dia tersenyum. Zaff masih orang yang sama masa dia kenal dulu. Hanis bangun dan membalut tubuhnya yang terdedah dengan selimut ke toilet walaupon tiada siapa yang melihat dia tetap malu.

selesai mandi dia mengutip pakaiannya masuk bakul dan keluar biliknya. Rumah itu sunyi sahaja, dia pergi ke mesin basuh untuk mencuci pakaian. Setelah itu rumah juga dicuci dan dibersihkan seperti baru.

3 bulan kemudian

Hubungan antara Hanis dan Zaff semakin renggang, lagi2 apabila berjumpa. Hanya mata yang berselisih lalu membuat hal masing2. Nak katakan ada buat salah tak juga. Hanis diam dan Zaff pon diam. Lagi pula perut Kaira sudah membesar juga sudah masuk 5 bulan. Hanis membuat keputusan untuk tidak mengganggu hubungan bahagia lelaki itu.

"Hanis, buatkan saya susu boleh?" soal Kaira. "okay Hanis buat kejap" kata Hanis lalu membancuh susu di dapur. Hanis memberi air susu tersebut pada Kaira. "thank you Hanis" kata Kaira.

"Kaira, lain kali apa-apa minta abang je jangan minta Hanis" kata Zaff dengan tegas. "eh takpelah Zaff, saya boleh je buatkan" kata Hanis. "sorry Hanis" kata Kaira. "takpe2, Hanis okay je" kata Hanis dengan senyuman.

"Zaff" panggil Hanis. Zaff pandang Hanis. "saya nak minta izin keluar kejap" soal Hanis. "pergilah" balas Zaff. "awak tak nak tanya saya pergi mana ?" soal Hanis. "Rizky kan ada boleh jaga awak, buat apa saya takut kan ?" soal Zaff. "ha ye" balas Hanis. Zaff menoleh kearah Kaira semula.

Yuhanis Rose

Hanis pergi kerumah Ain ingin melihat bayi yang baru lahir. Hanis memandu sendiri kerumah Ain. Dia ingin mengajak Rizky tapi malas pula mahu mengganggu lelaki itu. Hanis memarkirkan keretanya dihadapan rumah Ain.

"Ain" panggil Hanis. Ain menyambut Hanis dengan mesra "lama tak nampak kau Hanis, kau okay tak ? aku nampak kau macam susut je ni" soal Ain. "tak adalah sama je ni" kata Hanis. " mana baby, tak sabar nak tengok mini Ain" kata Hanis. "tu atas sofa" kata Ain.

Hanis menuju kearah sofa, dia mencium pipi tembam bayi itu "ni nama siapa nih?" soal Hanis. "Adam Irsyad bin Aiqal Irfan" jawab Ain. "Aiqal mana ?" soal Hanis. "ada kat atas tengok tv" balas Ain. "aku datang sini kejap je, nak tengok baby lepasni aku nak pergi satu tempat kejap" kata Hanis. "kau datang ni pon aku dah bersyukur Hanis" kata Ain.

"okaylah Ain, aku balik dulu" kata Hanis sambil menuju kearah pintu utama. Kepala Hanis tiba-tiba sakit dan dia terbaring lemah di lantai "Haniss ?!" jerit Ain lalu pandangan Hanis gelap.

skip

Hanis bangun dari tidurnya. Dia mengerling jam didinding sudah masuk waktu tengahari. Dia mengikat rambut panjangnya lalu kedapur kerana perutnya berperang meminta makanan. Hanis memasak bubur lalu air susu di peti dituang ke dalam gelas.

Makanan itu dipandang lemah. "dah okay dah?" soal Zaff. "terkejut saya, awak tak kerja hari ni ?" soal Hanis. "macam mana saya nak kerja kalau awak sakit" kata Zaff. "Kaira mana ?" soal Hanis. "saya hantar rumah mama, mama jaga dia" kata Zaff. "sini Zaff suap" kata Zaff menarik sudu dari jari Hanis. "takpe saya suap sendiri" kata Hanis

"buka mulut" Hanis buka juga mulutnya. Dia tahu kalau Zaff permintaanya tidak dituruti pasti lelaki itu marah. "awak saya dah kenyang" kata Hanis setelah beberapa suap. "Hanis boleh tak makan lebih sikit, ni la sebabnya kau pengsan kat rumah Ain dan Aiqal semalam" tegas Zaff.

"sorry" kata Hanis memandang wajah bengis Zaff. "stop make me worrying about you Hanis" kata Zaff. "Zaff" panggil Hanis. Zaff memandang tepat mata Hanis. "kalau saya nak awak lepaskan saya awak rela tak ?"soal Hanis. "apa yang Hanis cakap ni?!" soal Zaff. "saya tak berguna Zaff, saya tak ada apa-apa fungsi pon untuk awak" kata Hanis.

"jangan main dengan perkataan lepas tu. bila dah hilang menyesal tau Hanis" kata Zaff bangkit dari duduknya dan beredar.

"buat apa awak simpan perempuan tak guna macam saya lagi Zaff?!"

"Buat apa aku susah payah dapatkan kau dulu kalau hanya untuk lepaskan kau Hanis ?!"

to be continued

[C] Naydem's RoseWhere stories live. Discover now