16

19.7K 385 43
                                    

"abis awak simpan saya buat apa ? jadi perempuan simpanan ?!" soal Hanis

"kalau ye kenapa ?" Hanis tercengang mendengar jawapan daripada Zaff. "bukan macam tu Hanis kau isteri aku, kau sendiri yang cakap Kaira kena lahirkan anak aku dan perlukan perhatian lebih kan" kata Zaff tiba-tiba dia tunduk dan peluk Hanis.

"saya tak faham dengan awak, kalau awak tak sayang saya lepaskan saya" kata Hanis. "bila masa aku macam tu" soal Zaff.

Throwback

Hanis ingin masuk ke ruang tamu. "abang, kenapa abang dah tak layan Hanis macam dulu" soal Kaira. "entahlah Kaira perasaan abang pada dia makin lama makin pudar cuma abang tak tunjuk pada dia" kata Zaff.

"kenapa abang simpan dia lagi kalau abang dah tak sayang dia lagi" soal Kaira. "dia isteri abang Kaira, dia tanggungjawab abang" balas Zaff.

Hanis bersandar dibalik dinding dapur, Hatinya hancur tak tahu sama ada pecah terus ataupon tinggal cebisan kecil. Hanis menarik nafas lalu diruangan itu lalu masuk bilik berpura-pura sahaja dia tidak mendengarkan nya.

end throwback

"ingat lagi Zaff masatu ? saya diam. Saya sedar Zaff saya siapa sekarang pada awak Zaff." kata Hanis lalu menolak tubuh Zaff. "awak sedar tak bila last awak panggil saya sayang ?" soal Hanis. "sehari sebelum Kaira mengandung, itu last awak panggil" jawab Hanis.

"awak tengok log call awak ? bila last awak call saya" soal Hanis. "awak tak risaukan saya pon Zaff, awak cuma pura-pura" kata Hanis. "saya tak pernah nampak awak sebohong ni Zaff, semua perkataan daripada mulut awak semuanya bohong" kata Hanis.

"risau ? itu semua lakonan awak je." kata Hanis. "motif awak simpan saya adalah kerana mak ayah kita ada hubungan baik masing2 lagipon syarikat awak baru je naik sebab pertolongan ayah saya, betulkan apa saya cakap Zaff?" soal Hanis.

Zaff diam memandang Hanis. "kenapa diam ? betul kan Zaff?!" soal Hanis lagi. "kau silap Hanis. aku sayang kau. Aku tak tipu pasal tu" kata Zaff.

Zaff Naydem

Zaff kejut Hanis bangun bila perempuan tu pengsan semalam lepas Zaff cerita perkara sebenarnya. Zaff masak lalu bawa pergi bilik Hanis. Hanis mencelikkan mata dan dia duduk pandang Zaff yang nampak hot pagi-pagi ni. Pagi ni sudah berpeluh tambah lagi memakai tshirt tanpa lengan. Nampak biceps 🥺

"bangun makan" kata Zaff. Hanis mengikat rambutnya tapi getah rambut itu ditarik Zaff, "kau makan biar aku yang ikat" kata Zaff lalu mengumpulkan rambut Hanis lalu diikat simpul. Walaupon bersepah tapi bolehlah daripada tak ada.

"bau apa ni ?!" soal Hanis mencium bau Zaff. "busuknyaa awakkk" kata Hanis. "eh dia yang baru bangun kata kita busuk pula" kata Zaff. "ya Allah, kenapa awak busuk ni Zaff" soal Hanis. "aku exercise pagi tadi pastu masakan untuk kau" kata Zaff.

"patutlah busuk pergi mandi, nak muntah rasanya" kata Hanis menolak Zaff ke toilet. "makan dulu baru aku mandi" kata Zaff. Hanis pon menyuap pancake itu ke dalam mulut "seriuslah awak yang buat ni ?" soal Hanis.

"ye Hanis kenapa ?" soal Zaff. "sedap nak mampos hhahahaha" gelak Hanis. "okay sekarang awak pergi mandi, saya tak tahan bau awak ni saya nak muntah" kata Hanis.

"yelaaa" kata Zaff terus berlari masuk toilet mandi. Hanis pula menikmati masakan Zaff yang enak itu. tak tahu pula yang laki dia tu pandai masak. Hanis makan kusyuk lalu Zaff keluar bilik mandi, dia hanya menyelitkan tuala kecil di pinggangnya.

dia menuju kearah ke Hanis. "wangi tak aku" soal Zaff. "barulah wangi" kata Hanis mencium pipi Zaff. "dah berhenti makan, pergi mandi" kata Zaff menarik pinggan Hanis lalu tangan sebelahnya mengesat rambut basahnya.

Hanis menunduk pandang pinggan Hanis kerana malu tiba-tiba bila pandang Zaff mungkin kami dah lama tak tuttttt kot. "hey Rose? saya suruh awak mandi je kan?" soal Zaff.

"tak ada apalah awak" balas Hanis. Zaff merangkak kearah Hanis. "sayang, kalau pening bagitahu ? kalau tak larat jalan, biar saya tolong, kalau nak mandi sama pon on" kata Zaff. "zaff pakailah baju awak" berhenti la daripada menyiksa batinku ini.

Yuhanis Rose

Hanis dengan muka pucat pergi klinik. "doktor saya dah tak larat dah doktor sakit kepala asyik muntah je" kata Hanis pada doktor. "Biar kami buat pemeriksaan dahulu" kata Doktor.

~

"taniah Puan, Puan hamil 2 bulan dah" kata Doktor. "betul ke ni doktor" soal Hanis. "betul la buat apa saya tipu" kata doktor. Hanis pulang dengan gembira. Tidak pernah dia segembira ini. Pintu utama dibuka.

"kau kenapa datang kat sini ?! untuk hancurkan masa depan aku ke ??" soal Zaff pada Kaira. "kenapa awak ni marah2 Kaira" kata Hanis lalu memeluk Kaira. "Zaff dah tahu siapa parents dia dan aku tahu dia yang rancang semua ni Hanis. Dia memang nak jatuhkan aku" kata Zaff.

"siapa awak sebenarnya Kaira" soal Hanis. "saya..." Kaira ragu-ragu. "Mulai hari ni aku ceraikan kau Kaira Irdina" kata Zaff. "apa awak buat ni Zaff" marah Hanis. "dia mengandung anak awak tau" marah Hanis lagi. "tak pon Hanis, aku tak mengandung, aku ambil ubat pencegah kehamilan" kata Kaira.

"ni cuma perut buatan je. tujuan aku datang dalam keluarga ni memang nak jatuhkan Zaff pon. Kareem tu ayah aku, syarikat ayah aku bankrap lepas adanya Zaff sebagai pengusaha Syarikat abang Zaff iaitu Zach. "tapi lepas Zaff cadang untuk bina syarikat baru dia, Zaff tolak syarikat ayah aku mentah2" kata Kaira.

"ada kau pernah tanya aku, kenapa aku tolak syarikat ayah kau mentah2" soal Zaff. "kau tahu aku mafia kan Kaira ?! ayah kau banyak hutang dekat orang besar yang lain, pastu nak minta tolong aku selesaikan. Ayah kau cuma nak cari jalan selamat. Aku nak cakap pada kau ye Kaira Irdina, aku bukan pilihan jalan selamat ayah kau" kata Zaff.

"pengaruh ayah kau tak cukup besar untuk aku." kata Zaff. "kau tunggu Zaff kau dapat balasan nanti, bila-bila masa je aku boleh hilangkan Hanis dari bumi" kata Kaira. "kau cubalah ? langkah mayat aku dulu" kata Zaff.

"just wait and see, Naydem"

to be continued

[C] Naydem's RoseWhere stories live. Discover now