Part 3

2.9K 247 27
                                    

DARI satu rak ke satu rak dia bergerak. Sebelah tangan menolak troli, sebelah lagi pegang senarai barang-barang yang perlu dibeli. Sesekali, mata melilau pandang ke sekeliling, bimbang kalau-kalau ada orang lain yang tak mengamalkan social distancing macam yang dikehendaki pihak berwajib. Sejak dia masuk ke dalam pasar raya ini tadi, sudah dua kali ada orang lain berdiri dekat dengan dia. Hendak ditegur, dia takut mereka tak boleh terima. Maklum sajalah, kalau melibatkan 'ketua keluarga' ini, ego itu mesti melangit semacam. Lebih-lebih lagi yang menegur pula, perempuan macam dia. Jadi, demi hendak mengelakkan daripada timbulnya pergaduhan, baiklah dia sendiri yang ambil langkah jauhkan diri.

Sebotol minyak seberat 3kg dicapai lalu diletakkan di dalam troli yang sudah separa penuh. Kemudian dicapai lagi sebotol minyak yang sama lalu dimasukkan sekali ke dalam troli sebelum troli itu ditolak menghala ke bahagian beras. Sambil menolak, sambil dia membelek senarai barang di tangan dan melihat barang-barang yang sudah memenuhi troli. Rasanya semua barang yang diperlukan untuk tempoh masa empat belas hari yang akan datang sudah diambil. Tinggal lagi hendak ambil beras sahaja. Beras dia memang masih berbaki lagi tapi dah alang-alang keluar ini, baiklah dia beli stok terus. Bukan boleh jangka berapa lama lagi tempoh RMO ini akan berjalan. Mulanya hari itu, cuma 14 hari. Kelmarin, ditambah lagi 14 hari. Kalau kerajaan Malaysia ikut pelan yang sama negara luar pakai, rasanya memang akan bertambah lagilah tempoh masa kena berkurung dalam rumah.

Sampai di seksyen letaknya beras, Dahlia terus capai beras jati 5kg. Masuk troli sekampit, kemudian dia capai lagi sekampit.

"Woah, girl! Panic buying ke apa ni? Relakslah. Kan government dah cakap keperluan makanan mencukupi..."
Tiba-tiba ada suara yang menegur di belakangnya. Niat hendak menolak troli menuju ke kaunter pembayaran terus terbantut. Dahlia terus berpaling ke belakang. Mengeluh kecil dia saat terpandangkan kelibat Mr Spicy. Walaupun muka separuh bertutup dengan surgical mask, tapi kalau dah hari-hari muka ini terpacak depan pintu rumah dia, haruslah dia cam.

"Awak duduk seorang sahaja kan? Dah kenapa beli barang macam ada sepuluh orang duduk dalam rumah?" Amir sudah berdiri di sebelah troli Dahlia sambil menjenguk ke dalam trolinya.

"You should be one metre away from me, sir!" Laju Dahlia bergerak menjauhi Amir.

"Tak payahlah paranoid sangat."

"Bukannya paranoid, tapi just being cautious." Dahlia tarik troli lalu ditolak menuju ke arah kaunter pembayaran.

"Fine..." Amir mengeluh perlahan sebelum mengekori Dahlia menuju ke kaunter pembayaran.

Beratur di bahagian pembayaran, Dahlia dapat rasakan yang Amir ada berdiri di belakangnya. Macam terasa-rasa sahaja mata helang lelaki itu sedang memandang dirinya. Mulalah dia nak rasa self-conscious, perasaan yang selalu dia rasa setiap kali berhadapan dengan Amir atau dengan sesiapa sahaja pun. Sebab itulah setiap kali Amir datang 'pinjam' barang di rumah dia, sepatah dua perkataan sahaja yang keluar dari mulut. Bukan dia hendak menyombong tapi sejak dulu lagi memang perangai dia macam itu. Tak reti nak bercampur dengan orang, tak selesa bila berhadapan dengan orang yang dia tak berapa kenal.

Zaman belajar dulu, jenuh jugalah dia hendak menghabiskan empat tahun dekat universiti tu. Mujurlah ada seorang kawan baik yang kekal jadi kawan baiknya sampai sekarang. Disebabkan perangai dia ini, hendak cari kerja pun susah. Mujurlah kerjaya sebagai software engineer yang disandang dengan jayanya selama tiga tahun ini sejenis kerja yang boleh dibuat dari rumah sahaja. Sebulan sekali sahaja kena keluar jumpa majikan. Itu pun kalau perlu. Yang penting kerja tip-top dan dia dapat siapkan semua kerja tepat pada masanya.

Selesai buat pembayaran, terus ditolak troli menuju ke tempat letak kereta. Laju kaki melangkah. Bimbang kalau-kalau Amir ajak berbual lagi. Bukan tak sudi, tapi sumpah dia risau dia tak reti nak bereaksi macam mana. Tengok daripada gaya Amir, Mr Spicy itu jenis yang mudah mesra kalau dah mula kenal. Dia pula, sejenis yang kena kenal dalam satu jangka masa tempoh yang lama barulah nak mesranya. Dan selalunya dalam tempoh nak kenal tu, 'perjalanannya' tak berapa nak cantik. Sebab itulah agaknya sampai sekarang pun masih flying solo lagi.

Kiss Of 14 Days (COMPLETE)Where stories live. Discover now