Part 6

2.5K 241 14
                                    

“KAT mana ni?” Lain macam pula dia tengok background Danial sekarang ini. Selalunya kalau dia dan Danial video call, Danial mesti berada sama ada di bilik rehat dia atau di rumah sendiri. Ini, nampak macam dekat perpustakaan pun ada dengan rak buku segala. Masa RMO macam ini, takkanlah rajin sangat adik dia ni ke perpustakaan.

“Kat library.”

Sah! Betullah Danial kat perpustakaan.

“Buat apa?” Pelik sangat.Tahulah Danial ni jenis yang payah melekat dekat rumah. Selalu kalau Danial off day, dia habiskan masa pergi hiking, tak pun diving. Kerja di Sabah, memang galak sangatlah dia buat aktiviti yang dekat dengan alam ini. Tapi sejak RMO ni, semua aktiviti tu hiatus lah. Jadi dia bajet adik bongsu dia ini akan melepak dekat rumah. Takkanlah alergi sangat duduk rumah sampaikan lepak dekat perpustakaan pun jadi kot?

“Tu...” Tak jawab secara direct, sebaliknya Danial halakan skrin iPhone ke arah sekitarnya. Melalui skrin, Dahlia nampak ada beberapa orang wanita sedang memotong kain berwarna biru dan ada yang menjahit.

“We are helping our friends. Hospital tengah short PPE, so we do what we can to help them.”

Tiba-tiba Dahlia rasa terharu. Ini satu lagi definisi  #kitajagakita yang betul. (Bukannya tolong selesaikan masalah psikologi awek atau tukang beli barang untuk supermodel yang sihat tubuh badan). Eh, bitter much, Dahlia? Cepat dia menggeleng.

“Sejak bila kau pandai menjahit?” Saja nak mengusik Dr Danial a.k.a adik yang paling dia sayang (haruslah yang dia paling sayang sebab ini ajaleh satu-satunya adik dia). Walhal dalam hati bangga dengan sumbangan si adik. Walaupun Danial tak terlibat secara langsung sebagai frontliners healthcare dekat hospitalnya, tapi usaha yang dilakukan oleh Danial dan rakan-rakannya itu kira sumbangan besar jugalah.

Orang macam Dahlia, apa yang dia boleh sumbangkan adalah tolong para frontliners dengan #stayathome. Kurangkan risiko jangkitan untuk bantu usaha KKM flatten the curve. Itu cara dia mendefinisikan #kitajagakita (bukannya jadi a good listener to a certain T20 awek!)

OMG Dahlia! You are bitter!

“Tengok kakilah. Danny malas aje nak tunjuk skil selama ni.” Sempat lagi si adik membangga diri.

Dahlia cuma mencebik.

“Kak ngah, kau ada call mama tak?”

Dahlia angguk. “Tapi cakap sekejap aje. Tak sanggup cakap lama-lama. Nanti buat drama air mata pula.”

Dah lebih dua minggu nak masuk tiga minggu dah tak jumpa mama dan abah. Selalunya, seminggu sekali dia akan balik Rawang, rumah famili mereka. Perjanjian mereka adik-beradik dengan Puan Halina sebelum keluar rumah nak hidup sendiri dulu, setiap hujung minggu kena balik rumah lawat mama dan abah. Kak Long dan Danial tak terikat sangat sebab masing-masing duduk beribu batu jauhnya. Danial posting di Sabah, Kak Long nun dekat Australia dengan famili sendiri. Jadinya dia seorang sajalah yang kena patuhi perjanjian itu.

“Hahaha... malam tadi baru mama buat drama air mata dengan Danny. Mujur abah cepat tarik phone. Kalau tak, mahu banjir Rawang tu.” Danial gelak-gelak. Tapi Dahlia tahu, si adik pun risau sebenarnya.

“Macam mana kalau sambung lagi eh?” Kalau sambung lagi RMO ni, mahu sebulan dia tak jumpa Puan Halina dan Encik Dahlan. Argh! Rindu!

Kiss Of 14 Days (COMPLETE)Where stories live. Discover now