CHP 21

1K 82 13
                                    

Iphone X milik Asya berdering. Mata melihat sang pemanggil.

Qhaye Huiqe

" Ye dah sampai dah, ni baru nak masuk apartment " Jawab Asya sambil tangannya menolak luggage.

" Lain kali call aku boleh tak bila dah sampai tu? Takdela aku ni duk risau je pasal kau. Dah sampai ke belum? Ada apa apa jadi ke? Haish "

Suara Qhaye yang membebel itu membuatkan Asya tersengih. Mula dah perangai mak mak dia tu.

" Sorry la, boleh pula luggage Nad hilang tadi sebab tu sampai terlupa nak call kau "

Qhaye di hujung talian hanya menggeleng.

" Takpela, aku nak balik dah ni. Take care Asya. Anything inform me ya? " Pesan Qhaye sebelum menamatkan panggilan.

Asya menolak luggage nya untuk masuk ke dalam lift. Sampai sahaja di tingkat 6 mereka berdua keluar dan terus pergi ke bilik bernombor 36.

Pada hari itu mereka mengambil kesempatan untuk rehat secukupnya sebelum menghadapi kesibukkan serta kepenatan pada hari esok.

*****

Nadia terjaga apabila alarm berbunyi. Dah masuk waktu subuh. Dia melihat Asya yang sedang enak dibuai mimpi disebelahnya.

Dia menggerakkan badan itu sedikit.

"Asya, bangun lah. Dah subuh dah ni" Kata Nadia yang sudah berjalan ke pintu tandas.

Asya membuka matanya. Handphone dicapai. Apabila melihat jam yang sudah menunjukkan pukul 6:15am dia terus bangun untuk mengambil wudhu.

Selesai sahaja solat berjemaah mereka berdua membuat keputusan untuk bersiap untuk mencari makan. Dari semalam tak makan.

7:20am

Mereka tiba di satu restaurant yang berdekatan dengan apartment mereka. Apabila ternampak kertas berlogo tanda halal, mereka terus masuk.

Asya mencari tempat manakala Nadia memesan makanan di kaunter.

Sedang ralit dia memerhati manusia di dalam restaurant itu matanya tertarik terhadap seorang lelaki yang tinggi lampai berkemeja biru.

Satu sahaja perkataan yang muncul di fikirannya.

Handsome!

Lelaki itu memakai kaca mata hitam sedang ralit membelek telefonnya dengan kening yang berkerut. Lengan kemeja yang dilipat hingga ke siku itu menampakkan veins lelaki itu.

Rambut yang agak serabai tapi masih kelihatan kemas mencuri pandangannya. Hidung yang mancung dan berbadan tegap.

Perfecto!

Apabila tersedar yang dia sudah mengangungkan lelaki yang tidak dikenalinya tadi dia terus menggeleng kepala berkali-kali.

' Apa yang kau melalut ni Asya '

Tetapi matanya masih merenung lelaki itu. Tanpas Asya sedar lelaki itu merenungnya kembali.

Tidak berkelip.

"Hoi!"

"Makcik kau terbang!"

Nadia gelak besar. Sampai melatah kau.

" Kau tengok apa ha? Mata tu kalau boleh sampai nak tembus dinding tu "

Asya menjeling. Kacau jela minah ni.

Lelaki itu bangun dan meninggalkan restaurant itu setelah bercakap di telefon. Mukanya juga bertukar serious.

Mata Asya masih mengekori lelaki itu hingga bayang itu hilang.

" Kau tenung dia tu macam tiada hari esok eh? Macam orang tempatan je. Nak try ke?" Nadia mengusik.

Asya dah mula menyampah.

" Kau makan sekarang,  banyak cakap betul lah "

Nadia tersengih.

*****
Tuan Mikael memicit kepalanya selepas sahaja membaca e-mail yang dihantar oleh setiausahnya.

Urk?

Harap la budak-budak tu tak terkejut.

Puan Fatty datang memberikan secawan coffee untuk suaminya.

" Kenapa ni? "

Soalan Puan Fatty mebuatkan pandangan Tuan Mikael beralih ke arah laptop nya kembali.

" Next 5 months, SFS will go to Urk "

Jawapan Tuan Mikael mengejutkan Puan Fatty. Tak pernah pernah pihak Urk meminta bantuan mereka selepas mereka mempunyai pergaduhan besar 14 tahun lepas.

" Why so sudden? "

Tuan Mikael mengangkat bahu. Sesungguhnya dia pun tidak tahu. Tetapi dia sudah membuat keputusan. Walau apa cara sekalipun dia tetap akan membantu kawan lamanya itu. Walau hubungan mereka sudah semakin renggang.

Dia tahu, pasti ada hal yang sudah berlaku sehingga kawan lamanya itu tidak dapat menyelesaikannya sendiri. Oleh sebab itu, pertolonggannya amat diperlukan.

" Abang nak hantar dia orang ke? " Tanya Puan Fatty.

Tuan Mikael mengangguk.

" Berapa lama budak-budak tu kena stay sana? "

" I think until everything will be fine like before "

Puan Fatty mengangguk faham. Maknanya mereka berenam akan berada di sana sehingga betul-betul masalah yang melanda Urk dan hubungan antara suaminya dan kawan lama mereka kembali pulih.

Berapa lama? Tidak diketahui.

The Six Agents 2 ✔️Where stories live. Discover now