Bab 1

2.2K 35 0
                                    

Anas melihat kipas angin yang berpusing ligat di siling chalet tempat dia menginap. Di sebelah katilnya terlihat kawannya, Izz yang tidur dengan nyenyak dengan selimut tebal membaluti tubuh. Dengkuran halus meriuhkan suasana sunyi malam itu.



Anas mengiringkan tubuhnya ke arah kiri membelakangi Izz. Matanya memandang ke arah tingkap yang sudah ditutupi separuh dengan langsir nipis. Angin ribut di luar membuatkan dada Anas berdegup kencang. Rasa hatinya mulai tidak sedap. Fikirannya memikirkan akan sesuatu yang tidak pasti.



Argh!



Anas bangkit dari katilnya. Dia kepanasan tanpa sebab. Walhal cuaca di luar sudah gelap ditambah pula dengan angin ribut yang kuat membuatkan semua orang berselimut tebal malam itu tapi tidak Anas. Belakang tubuhnya berpeluh. Lantas, dia menyarung selipar di kaki.



Langkahnya menuju ke pintu bilik. Baru saja dia memusing tombol pintu Izz menegurnya. "Kau nak pergi mana Anas? "Tegurnya dalam mamai.



"Aku nak ambil angin sekejap. Panaslah dalam bilik ni. "Beritahu Anas.



"Kalau panas lajukanlah kipas. Kan ribut dekat luar tu. Aku risaulah kau keluar seorang... "Kata Izz prihatin.



"Tak ada apalah. Aku nak hirup udara segar. Aku duduk dekat bangku depan ni aja. Tak pergi mana-mana pun. Dahlah sambunglah tidur kau ."kata Anas selepas itu dia melangkah keluar bilik meninggalkan Izz sendirian.



Benar kata Izz ribut kuat di luar. Tapi tubuhnya berpeluh di dalam. Angin yang berhembus kuat itu menyapa kulit perang Anas. Dia melabuhkan punggung di bangku di hadapan chalet nya. Sunyi waktu itu. Mungkin yang lain sudah lena dengan mimpi-mimpi cuma dia saja yang tidak boleh lelapkan mata.



Sedang Anas termenung jauh melihat sampan -sampan kecil yang terumbang-ambing di pantai telinganya menangkap bunyi telapak kaki yang kedengaran tidak jauh darinya. Langkah itu kemudian kedengaran besar dari yang tadi. Seperti ada adegan kejar -mengejar di hutan kecil dekat dengan tempat duduknya.



Anas memberanikan diri memandang ke arah hutan kecil yang gelap itu. Matanya cuba menerobos masuk ke dalam cahaya yang gelap itu. Telinganya dibuka luas untuk mendengar. "Tolong!!.. "satu suara perempuan kedengaran tetapi cukup perlahan. Sepertinya perempuan itu sudah jauh ke dalam.Anas menjongketkan bahunya. Mungkin perasaannya saja.



Anas mengambil keputusan untuk masuk saja ke dalam biliknya memandangkan tengkuknya mulai rasa meremang. Baru saja dia ingin memusing tombol pintu suara itu kedengaran lagi. Kali ini lebih dekat dan jelas. "Tolong!!.. Anas, Izz, Fi... " suara perempuan itu berhenti tatkala ingin menyebut nama yang terakhir. Anas membuntangkan matanya apabila namanya disebut gadis di dalam hutan itu. Siapa itu? Danny?



Segera Anas menutup semula pintu bilik kemudian berlari ke dalam semak yang langsung tidak bercahaya itu. Langkahnya diatur dengan berhati-hati memandangkan tiada satu cahaya yang kelihatan. Anas cuba mencari Danny. Tapak kaki beberapa orang kedengaran tidak jauh darinya. Pasti ada sesuatu yang terjadi pada Danny! Kata Anas di dalam hati.



Dia cuba untuk tidak memanggil nama Danny kerana risau terjadi apa-apa jika dia memanggil nama kawannya itu. Matanya dibuka luas meredah semak-semak itu sehinggalah kakinya tergelincir saat ingin melangkah kayu besar yang tumbang. Tangannya sempat digapai oleh seorang. "Anas! " bisik gadis itu. Anas cuba mencapai apa yang dekat dengannya untuk menarik badannya dari terus terjatuh ke dalam gaung. Setelah itu dia memandang perempuan yang telah menarik tangannya tadi.



"Danny! Kau buat apa dalam hutan ni? "Kata Anas risau.



Mulut Anas ditutup cepat. Tidak mahu beberapa orang lelaki yang mengejarnya tadi mengetahui dirinya bersembunyi di situ.

Kawan Ke Kahwin!Where stories live. Discover now