Bab 19

516 16 0
                                    

Daneen memandang perempuan berdiri di depan pintu rumahnya pagi itu.Di tangan perempuan itu ada sebungkus plastik dan dia yakin itu adalah kuih muih yang ingin diberikan kepada Anas. Haih, bertapa lagilah aku dekat dalam tandas. Bisik hati Daneen.

“Hah, kau nak apa? “Soal Daneen sinis sambil menyilang tangannya di dada.  Lagaknya seperti polis menyoal banduan.

“Anas ada?  I datang pagi ni nak hantar sarapan dekat dia. “Kata Zila ceria. Kepalanya terjenguk-jenguk ke dalam rumah.

“Dia tak sarapan pagi-pagi. Next timelah you datang. “

Daneen yang ingin menutup pintu dihalang oleh Zila. Pandangan Zila jelas ingin marah kepadanya ketika itu.  Mana tidaknya, dia datang dengan niat yang baik tetapi dilayan begitu oleh Daneen.

“I malas nak cari gaduh dengan you.  Nah, kuih ini bagi dekat Anas. Make sure dia yang makan bukan you. I tak izinkan kalau you yang makan. “Plastik kuih itu ditolak ke muka Daneen. Nak tak nak terpaksa Daneen mengambil plastik itu.

Ceit, kau ingat aku kebulur sangat nak makan kuih yang kau hantar ini. Dasar penyibuk. Dah orang tak layan tak payahlah terhegeh-hegeh. Huh,  rengus Daneen kemudian berjalan ke ruang dapur.

Kuih seri muka dan beberapa ketul karipap disalin ke piring untuk dihidangkan kepada Anas.  Karang, aku dituduh tidak amanah pula.  Daneen mencemik sambil membawa piring berisi kuih itu ke meja.

Anas melabuhkan punggungnya di kerusi. Wangian lelaki itu menikam hidung Daneen membuatkan Daneen bersin beberapa kali.

“Amboi kanda, bukan main lagi bau minyak wangi. Ada lori minyak wangi tumpah ke? “Sindir Daneen di pagi hari.

Anas malas melayan kata-kata Daneen. Dia melipat lengan kemejanya sehingga ke siku sebelum mengambil sekeping roti bakar. Air kopi’0 kegemarannya dicicip terlebih dahulu. Nice!  Puji Anas di dalam hati.

“Makanlah kuih buah hati kau tu. Penat dia hantar pagi-pagi buta ni. “Daneen meletakkan kuih itu di piring Anas.

“No,”tepis Anas. “Aku tak makan kuih yang lembik-lembik macam ini. Kau ajalah yang makan. “

“Tu ada karipap. “Daneen memuncungkan mulutnya menunjukkan ke arah empat ketul karipap di atas piring.

Anas menggeleng.

Aik?  Karipap tak nak. Kuih seri muka tidak mahu. Hairan. Ke dia takut sakit perut macam aku. Ha.. ha ..ha semalam kutuk aku hari ini takut sendiri.

“Aku tak boleh makan. “

“Kenapa?  Takut sakit perut lagi? “

Ulang balik ayat aku tadi?  “A’ah aku takut sakit perut. Kalau kau tak nak makan bungkuslah bawa pergi ofis. Bagi Kak Bed ke? “Daneen bangun mengambil bekas untuk meletak kuih.

“Kau kenal pula Kak Bed? “ tanya Anas.  Rasanya dia tidak pernah memberitahu Daneen soal pembantu peribadinya yang mulut kepoh itu.

“Apa aja pasal kau yang aku tak tahu.  Kau pakai boxer kaler apa pun aku tahu.”Ujar Daneen selamba. Muka Anas yang merah padam itu membuatkan-nya ketawa.

“Nah,”Daneen menghulurkan kuih tadi kepada Anas. “Kanda balik cepat tau malam ni. Dinda masak special. “

“Tak janji. “Balas Anas pendek.

Daneen memuncungkan mulutnya.

“Dah aku pergi dulu. “Anas menghulurkan tangannya kepada Dannen untuk disalam.

Daneen terpinga-pinga apabila Anas menghulurkannya tangan untuk disalam. Sebelum ini dia terus saja pergi bekerja kenapa hari ini tiba-tiba ingin bersalam dengannya.

Kawan Ke Kahwin!Where stories live. Discover now