Bab 23

544 16 0
                                    

Haniff  memandang rumah banglo tiga tingkat di depan matanya. Lalu dia memandang Daneen di sebelahnya. Rasa tidak percaya dengan apa yang dilihatnya ketika ini. Takkan gaji seperti mereka mampu untuk duduk di kediaman elit ini. Jangan-jangan.....

“Jangan nak fikir bukan-bukan. Ini rumah kawan aku. Dia bagi aku tumpang. “ kata Daneen sebelum Haniff berfikir bukan-bukan soal dirinya.

“Oh,kawan yang dulu kau pecahkan minyak wangi dia tu?  Patutlah harga minyak wangi beribu padanlah dengan rumah dia ni. Single lagi? “Haniff tersengih miang memandang Daneen. Manalah tahu ada chan!

Daneen mengaru kepalanya yang tidak gatal. Kalaulah Haniff ni tahu yang kawan dia ini lelaki mesti dia menyesal kata begitu. Daneen tergelak di dalam hati.

“Dahlah, terima kasih hantar aku balik . Memori card aku dah ambik tadi.  Kalau sempat siap malam ni aku hantar gambar-gambar tu dekat email. “

Haniff mengangguk tanda mengerti.

Daneen mengambil beg-begnya sebelum melangkah keluar dari perut kereta. “Eh, esok kau macam mana?  Aku datang ambil, ya? “Jerit Haniff dari dalam kereta.

Besar mata Daneen menengar kata-kata Haniff itu.

“Tak payah!  Tak payah!  Esok kawan aku hantar aku pergi kerja. “

“Sure? “

Daneen mengangguk.

Pintu pagar automatik yang tiba-tiba terbuka mengejutkan Daneen. Dia segera memandang ke arah pekarangan rumahnya. Tiada kereta suaminya bermakna Anas belum pulang. Jadi, yang menunggu di belakang kereta Haniff sekarang adalah Anas?

“Jumpa esok Haniff. “Daneen melajukan kakinya melangkah masuk ke dalam rumah apabila matanya terpandang wajah Anas yang menyinga itu.

Haniff mengalihkan keretanya sedikit untuk membenarkan kereta belakangnya masuk ke dalam. “Oh, inilah kawan Boy. Kaya juga. “Kereta Audi berwarna putih itu memakir keretanya di garaj rumah.

Perasaan ingin tahu Haniff itu membuatkan dia tidak terus pulang. Dia ingin juga melihat kawan Boy itu. Manalah tahu dia ada peluang untuk kenal-kenal memandangkan Aisyah sudah memilih Nick berbanding dia.

“Wtf?  Gila ke apa Boy ni? “ Haniff melihat lelaki yang turun dari kereta Audi putih itu. Dia kenal lelaki itu.  Waiz Anas bin Datuk Abbas Mokhtar.  Kontraktor berjaya di usia muda. Dia pernah mendapat peluang berjabat tangan dengan lelaki itu di satu majlis amal.

Takkanlah Daneen duduk serumah dengan lelaki?  Hesy, Haniff terus memijak pedal minyak laju membelah jalan raya yang sunyi.

DANEEN pura-pura menyibukkan diri apabila Anas masuk ke dalam biliknya. Jari-jemarinya laju menari di kekunci apabila Anas semakin menghampirinya. Aura lelaki itu mengatakan sekejap lagi pasti pelbagai soalan akan ditanyakan kepada dirinya.Bersiap sedia Daneen!

“Kau balik dengan siapa tadi?”soal Anas dengan muka tegangnya.

Ting!

Satu markah untuk dirinya.Tepat sekali nalurinya kali ini. Pasti Anas akan ber-tanya siapa yang menghantarnya pulang tadi. Kalau dia tidak menjawab soalan ini pasti dia akan bertanya soalan lain pula. Seperti....

“Itu ke Haniff Datuk Hamzah? “

Kan betul aku teka!  Eh,sekejap. Datuk Hamzah? Haniff anak datuk?

“Kenapa kau buat muka blur macam itu? Takkan kawan baik sendiri tak tahu anak datuk.Kau tengok dia pakai kereta apa pun dah tahulah dia kaya.”

“Tak,aku tak kisah pun dia kaya ke tak. Tapi dia tak pernah pun bagitahu aku dia anak orang kaya.Tengok biasa-biasa aja.Lepak mamak.”Daneen memberi contoh.

Anas mencemik.

“Habis aku? Pernah ke aku bagitahu orang aku anak orang kaya?”

“Kau pun tak pernah tapi gaya kau tu nampaklah juga macam anak orang kaya.Nak dibandingkan dengan Haniff,  kau.....”

Anas menepuk kuat meja kerja Daneen.

“Aku apa?  Nampak riaklah jadi anak orang kaya? “

Daneen mendengus kasar seraya membetulkan duduknya. Ini yang dia malas soal Anas. Orang tak menuduh dia sendiri yang buat andaian. Lepas itu sakit hati harap belas ikhsan aku nak pujuk dia. Memang taklah! 

“Suka hatilah kau fikir macam itu. Aku tak cakap apa-apa pun. “Daneen malas mahu melayan Anas menyambung kerja-kerjanya.

Anas menarik kerusi rapat ke meja Daneen. Tidak puas hati apabila isterinya membela lelaki lain berbanding dia.

“Cakap siapa handsome?  Aku ke Haniff? “

Daneen berhenti menaip. Wajah Anas dipandang. “Soalan darjah berapa kau cuba tanya aku sekarang ni? “

“Jawab ajalah. Aku ke dia? “

Daneen tidak menjawab. Banyak lagi kerja yang dia hendak buat sekarang ini. Dari melayan baik dia melayan kerja-kerjanya yang berlambak ini.  Emailnya dibuka.

Terbuntang mata Daneen melihat emailnya yang berpuluh-puluh dihantar oleh Sofia. Wajah Anas dicari.  “Anas, tengok ni! “ kolar baju Anas ditarik kasar untuk melihat laptopnya.

Anas melepaskan tangan Daneen dari menarik kolar bajunya. Rasa tidak bernafas sekejap. Apabila sudah tenang dia memandang skrin laptop itu. Huh,  nak tunjuk gambar-gambar Haniff baik tak payah.

“Eh salah. Ni! “ sekali lagi Daneen menarik Anas untuk melihat skrin laptopnya.

Dengan rasa berat, Anas memandang juga skrin laptop itu. Dia melihat email-email yang dihantar Sofia kepada Daneen. Tarikhnya dua minggu selepas Daneen dikatakan meninggal dunia.

Laptop yang terhala ke arah Daneen ditarik mendekatinya. Tangannya lincah membuka email-email itu. Daneen mendekati Anas untuk melihat juga.

3/3/2017

Danny, aku tak percaya kau dah pergi tinggalkan aku.....malam itu kau ada baring sebelah aku tapi bila aku bangun esok pagi semua orang cakap kau dah meninggal dunia.Kau belum mati lagikan Daneen?  Aku rindu kau.  Baliklah jangan menghilang macam ini.

16/3/2017

Danny, hari ini pihak polis maklumkan kepada kami. Proses pencarian kau dah diberhentikan. Aku tak boleh terima Danny. Aku yakin kau belum mati. Selagi aku tak nampak mayat kau selagi itu aku takkan percaya.

Banyak lagi email yang dihantar oleh Sofia. Dia kuat kerana Anas berada di sebelahnya. Air matanya jatuh apabila membaca semua yang diluahkan Sofia itu. Kawan sepertinya itu satu dalam sejuta. Tangan Anas dipegang tanpa sedar.

5/5/2017

Danny,  sedih aku kau pergi belum hilang lagi, hari ini aku dapat lagi berita sedih. Pagi tadi ayah aku telefon dia cakap ayah kau meninggal dunia. Aku dah tunaikan janji aku pada kau untuk uruskan pengebumian dia.  Aku nampak kau dekat sana tadi .Itu kau ke?

Daneen terus menutup laptopnya rapat. Dia terkejut membaca apa yang Sofia kirimkan kepadanya.Hujung matanya memandang Anas.Melihat reaksi lelaki itu.Dia tahu Anas tidak lambat membaca apa yang diberitahu Sofia tadi.

“Kau pergi ke Daneen?”soal Anas.

Daneen diam.

“Aku tak marah.Cakap aja kau pergi ke tidak hari pengebumian ayah kau tu?” Bicara Anas lembut.Dia tidak melarang isterinya itu ingin pergi kerana dia tahu itulah peluang terakhir untuk menatap wajah orang yang kita sayang.

Daneen mengangguk tidak memandang Anas. Dia tahu suaminya marah akan tindakannya. Kalau dia membuat silap hari itu sia-sia saja usaha Anas selama ini menyembunyikan dirinya.

“Kenapa kau tak bagitahu ayah kau meninggal dengan cara ‘macam’ itu. “ kata Anas berlapik.

“Aib ayah aku Anas.Aku nak dia pergi dengan tenang.”balas Daneen sambil tersenyum.Mulutnya saja berkata begitu tetapi hatinya tidak.Biarlah.... Lagipun ayahnya sudah tiada.Tidak guna dia mengungkit kisah silam.

“Kenapa kau boleh berterus-terang dengan walid tapi dengan aku kau berahsia. Aku ni suami kau tau. “ ujar Anas kesal dengan sikap Daneen.

Daneen menghembus nafas berat.  “Kalau kau duduk dekat situasi aku kau pun akan buat benda yang sama Anas.  Siapa yang tak takut tengok muka datuk yang garang tu. Kau pun duduk diam masa dia tanya lagikan aku.  Takkan aku nak berbohong pula dengan dia. “

“Apa lagi rahsia yang kau tak beritahu aku? “

Daneen memandang Anas. Eh, eh!  Dah nama rahsia mana boleh beritahu. Kalau dah beritahu bukan rahsialah namanya. Tapi, apa lagi ek rahsianya yang dia belum beritahu Anas. Rasanya semua rahsianya sudah diketahui lelaki itu. Selain...

“Tapi aku pun tak terfikir lelaki yang kejar kau dekat Langkawi tu orang-orang along. Aku ingat kau ada buat hal dekat sana. “

Daneen menggeleng.

“Kau hidup macam ‘ini’ ke selama ni? “ Anas bermaksud akan hidup Daneen yang sentiasa dihantui dengan orang-orang yang menuntut hutang ayahnya.

“Ye kot! “ balas Daneen pendek.  Malas mahu membuka cerita lama. Hidupnya sekarang lebih baik berbanding dahulu jadi apa guna dia membuka kisah lamanya yang sudah dia buang jauh dari ingatan.

“Hurm, kenapalah kau tak..... “

Kring!

Satu email dari Sofia masuk di peti simpanan.  Daneen laju menarik laptop ke arahnya. Anas juga turut duduk rapat dengan Daneen untuk melihat pesanan itu. Berdebar-debar hati mereka apabila mendapat email yang baru dihantar itu.

16/8/2017

Danny,  minggu depan aku dah nak kahwin. Tapi......bukan dengan Izz.

Anas dan Daneen berpandangan. “Habis dengan siapa? “Tanya mereka serentak kemudian memandang lagi skrin laptop.

Nama tunang aku Rayyan. Aku tak pernah jumpa dia. Semuanya mak ayah aku yang uruskan. Kalau kau ada sebelah aku sekarang aku nak sangat-sangat peluk kau cerita apa yang terjadi. Aku sayangkan Izz. Jodoh aku tak panjang dengan dia.

Bip!  Bip!

Anas mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar. Pesanan dari Izz dibuka. Panjang umur lelaki ni!  Bisik Anas. “Weh Daneen apa semua ni? “Kata Anas tidak percaya.

“Apa dia? “Kata Daneen yang sedang khusyuk membaca email dari Sofia itu.

“Izz pun nak kahwin! “Jawab Anas.  Kad jemputan yang dihantar itu dibaca.  “Dengan Fiya! “Sambung Anas lagi dengan suara yang ceria.

“Merepeklah kau ni! “Lengan Anas dipukul kuat. Geram apabila suaminya itu mempermainkan dirinya. “Kan, Fiya dah cakap dia kahwin dengan Rayyan bukannya Izz. Huh! “ Daneen mendengus geram. Dia dapat rasakan kesedihan Sofia ketika ini.

“Sakitlah dinda. Tengoklah kad jemputan yang Izz hantar ni. “Telefon bimbitnya dihulurkan kepada Daneen.

Daneen mengambil telefon bimbit itu kemudian membaca nama yang tertera di kad jemputan itu.

“Izz Rayyan?  Rayyan?  Jadi selama ini Rayyan dan Izz orang yang sama?  Ish,  aku tumbuk karang muka Izz ni. Kasihan Fiya. Dia mesti ingat orang lain jadi tunang dia selama ini. “

Daneen dan Anas berpandang kemudian ketawa sesama sendiri. Pandai Izz mengatur rancangan megenakan tunangnya sendiri. Kalaulah Sofia tahu soal hal ini.

“Kau pergi tak nanti? “Soal Daneen selepas reda tawa mereka. Kali ini moodnya serius.

Anas diam memandang Daneen.

“Should I? “

“Pergilah. Jangan sebab aku kau nak putus kawan. “pujuk Daneen.

Anas berfikir sejenak. Dia tahu isterinya berharap sangat dia pergi tetapi dalam masa sama dia teringin juga pergi. Keadaan yang tidak mengizinkan semuanya kecuali......

“Majlis tu minggu depan. Jadi.... “

“Jadi? “Daneen mengangkat keningnya. Jadi apa?  Cakap ajalh terus ni nak bagi aku suspen pulak.

“Kau kena ikut. “Anas tersenyum manis memandang Daneen.

Terbuntang besar mata Daneen apabila mendengar kata-kata Anas.  Woi, jangan buat kerja gila Anas.  Cukuplah Izz dah buat kerja gila aku tak nak terlibat sama. Kasihan Sofia nanti. Dia ingin melihat Sofia gembira di majlisnya nanti.

“Tak apalah. Aku yakin nanti Sofia hantar gambar-gambar kahwin dia dekat email ni. “Daneen menyedapkan hatinya.

“Sure? “Soal Anas meminta kepastian.

Daneen mengangguk.

“Tapi kau pergilah. Wakil bagi pihak aku. “

Kawan Ke Kahwin!Where stories live. Discover now