Bab 15

569 15 0
                                    

Daneen tersedar apabila ada beberapa suara perempuan memanggil nama Anas. Dek kerana terkejut dia segera bangun dalam keadaan yang mamai. Lima saat selepas itu barulah dia dapat mengenalpasti akan situasi itu. Aira?

“Abang!  Oh abang!”suara Aira kedengaran bergema ke tingkat dua.  Bahkan bukan Aira saja Datin Mona juga ada. Ah, dekat mana aku hendak sembunyi ni!

Telefon mana telefon?

Daneen menyelongkar cadar Anas mencari telefon bimbitnya. Kut kut dia tidur tadi telefon bimbitnya berada di bawah badannya. Duvet tebal itu ditarik sehingga terjatuh ke bawah. Bantal-bantal turut sama dibaling saja untuk mencari telefonnya.

Hampa!  Itu saja yang Daneen rasakan ketika itu. Puas mencari barulah dia teringat telefon bimbitnya dicas di dalam biliknya. Ah, sudah!  Terpaksalah sembunyi di bilik Anas ni.

Bilik air?  Bawah katil?  Hurm, semua tempat itu boleh saja Aira menjumpainya.Selain...? Daneen memandang ke kanannya.Almari baju Anas diperhati.Muat kut!

“Abang!”suara Aira semakin jelas di pendengaran Daneen.Derab langkah kaki gadis itu juga semakin dekat menghampiri bilik Anas.Tidak sampai sepuluh saat tombol pintu cuba dipusing dari luar.

Shit!

Cepat-cepat Daneen menyumbatkan diri di dalam almari baju suaminya itu.Pintu almari itu kemudian ditutup rapat tanpa sebarang cahaya.Fuh, Daneen menghembus nafas lega.Mujur dia cepat.Tapi, panas weh.

“Adik, kenapa masuk bilik abang ni.” Tegur Datin Mona.

“Saja.”balas Aira pendek sebelum dia dan ibunya memandang keadaan bilik yang bersepah itu. Tercenggang mereka berdua tidak percaya. Aira menapak selangkah masuk ke dalam bilik abangnya itu.

“Umi, tengok bilik abang ni!  Macam tongkang pecah dia biarkan. Pemalas betul! “Sempat lagi Aira mengutuk.

Daneen hanya memasang telinga di dalam almari baju itu.

“Yalah dik, selalunya abang kamu itu pantang tengok benda bersepah.Pelik pula umi dia dah duduk rumah sendiri ini tak pandai mengemas pula.”Datin Mona mengambil bantal-bantal yang jatuh di lantai kemudian diletakkan di atas tilam.

Aira melihat bilik abangnya yang luas itu.Kagum dia dengan hiasan bilik abangnya ini. Kalah biliknya di rumah. Walaupun hanya katil saja yang bersepah tetapi barang-barang yang lain cantik tersusun. Aira tertarik akan  susunan minyak wangi abangnya di meja solek. Langsung tiada habuk tapi hairannya katil tidak berkemas.

Bangun lambat kot pagi tadi!  Aira menyedapkan hati walaupun fikirannya sudah memikirkan yang bukan-bukan.

“Umi, tengok gambar arwah Kak Danny. “Aira memegang bingkai gambar yang dipegang Daneen tadi.

Datin Mona mendekati Aira kemudian bingkai gambar itu bertukar tangan.  Gambar Danny yang sedang bercuti di Pulau Langkawi bersama dengan anak lelakinya ditatap. Tiba-tiba rasa rindu akan anaknya yang satu ini. Alangkah bagusnya jika ada Danny ketika ini.  Banyak yang ingin diceritakan kepada gadis itu.

“Umi menangis ke? “Tanya Aira apabila ibunya diam tidak bersuara.

“Umi rindu anak umi yang satu ni.  Dah nasib dia pergi dengan cara itu. Sampai sekarang umi tak percaya yang dia dah pergi, dik. Arwah baik sangat. Selalu tanya khabar umi. Tak pernah sesaat lupakan umi. “Cerita Datin Mona. Akhirnya air matanya jatuh sambil jarinya mengusap bingkai gambar itu.

“Adik pun rindu Kak Danny umi. Allah lebih sayangkan dia. “

Datin Mona meletakkan semula bingkai gambar itu di tempat asal. “Dah, jangan usik gambar ni. Abang kamu tak suka orang usik barang-barang dia. “

Aira patuh akan arahan ibunya. Matanya masih lagi tertancap pada bingkai gambar itu. Kalaulah arwah masih hidup..... Aira tidak meneruskan kata-katanya. Teringat pesan ibunya tidak baik meratap kepada orang yang sudah pergi.

“Jom kita tunggu abang dekat bawah.  Dia belum balik kerja agaknya. “Datin Mona dan Aira melangkah keluar dari bilik Anas tanpa menutup pintu bilik.

Daneen diam tidak bergerak. Kaku dia di dalam almari besar itu apabila mendengar luahan ibu suaminya itu.  Sekarang wanita itu sudahpun menjadi ibu mertuanya. Dia juga rindukan semua orang. Kalau boleh dia ingin berterus-terang sekarang juga tapi Anas mengatakan waktunya belum tiba. Entah bila dia dapat balik kepada hidupnya yang dulu.



WAFIA duduk memandang kolam yang tenang itu. Fikirannya bercelaru sejak bertemu Raziff di rumah Datin Rogayah tadi. Dia teringatkan akan pandangan lelaki itu kepadanya tadi.  Apa maksud renungan lelaki itu?  Adakah dia menyesal berjumpa denganku tadi?

Bayi perempuan di dukungan Raziff benar-benar menjentik tangkai hatinya. Timbul rasa kasihan pada bayi itu sementelah ibunya sudah pergi disaat dia masih kecil. Walaupun hubungannya dengan bekas arwah isteri Raziff tidak baik tetapi dia tidak menyimpan dendam. Wafia tersenyum apabila terbayang wajah anak perempuan itu yang tidur lena didukungan Raziff.

“Er, Wafia. Awak datang? “Tanya Raziff ketika mereka berdua terserempak di muka pintu.

“Saya ikut umi saya. Saya tak bermaksud apa-apa datang ke sini. “ Wafia menjelaskan situasi sebenar sebelum Raziff memikirkan sesuatu akan niatnya datang ke sini.

Raziff melemparkan senyuman manis-nya. “Masuklah. Majlis dah nak mula. “ pelawa Raziff ramah.

Wafia sekadar mengangguk saja kemudian membuntuti ibu dan adiknya ke ruang tamu tempat majlis diadakan. Pertama kali dia ke rumah lelaki ini. Dan pertama kali juga dia bertemu dengan keluarga Raziff.  Ternyata selama ini ibunya berteman rapat dengan ibunya Raziff. Kenapa dia tidak pernah tahu semua ini?

“Mona ini ke anak sulung kau tu? “ tanya Datin Rogayah apabila Wafia menyalami tangannya.

“Ya, inilah anak dara aku tu. Sekarang berkerja sebagai doktor. “

“Doktor?  Lah, cantiknya doktor zaman sekarang. Dah berkahwin ke? “

Aira menjeling kakak sulungnya yang tersipu malu apabila ditanya soalan itu.  Pantas dia menyiku kakaknya. “Diamlah dik. “Wafia mengingatkan adik perempuannya.

“Belum lagi. Entah nak tunggu putera kayangan turun dari langit agaknya baru dia berkahwin. “Jawab Datin Mona selamba menimbulkan gelak Datin Rogayah dan yang lain.

“Ish, tak apa. Anak awak ni cantik bila-bila masa aja orang berkenan hendak jadikan isteri. Silap-silap hari bulan ramai yang hendak jadikan dia menantu. Ya tak? “Kata Datin Rogayah berbasa-basi sebelum majlis bermula.

Wafia hanya menundukkan muka saja.  Topik kahwin itu begitu sensetif di pendengarannya. Lebih baik dia diam saja.

Majlis akikah itu berjalan dengan sempurna. Intan Aulia nama kepada anak Raziff. Langsung tidak meragam malah dia yang memudahkan majlis hari itu. Wafia sukakan nama itu. Sedap didengar.

“Wafia, boleh tolong aunty pegangkan baby sekejap. Aunty hendak ke tandas. “Datin Rogayah menghulurkan Intan yang sedang tidur nyenyak itu kepada Wafia. Wafia yang terpinga-pinga menyambut bayi itu dengan lembut.

“Intan Aulia. “Panggil Wafia lembut sambil mengelus pipi bayi perempuan itu.

“Comelkan muka dia. Macam ada iras-iras muka along sikit. “Komen Aira di sebelah.

“Ish merepeklah kau ni, dik. Bukannya dia anak along. Dengar ayah dia marah nanti. “

Raziff berdehem kecil membuatkan Aira dan Wafia memandang ke arahnya. Jantung Wafia berdegup laju saat matanya bertentang mata dengan lelaki itu. Argh!  Dia dengar ke apa yang Aira cakap tadi? 

“Tidur dah dia? “Raziff duduk bersila di hadapan Wafia.

“A’ah along pegang aja terus tidur. Kuat aura keibuan along ni. “Usik Aira.

Wafia menjeling adiknya.

“Tadi Aira cakap muka Intan macam siapa? “Tanya Raziff kepada Aira.

Wafia berpandangan dengan Aira. Serasa mahu saja dia melompat ke dalam kolam ketika itu. Pipinya merah menahan malu. Sah!  Lelaki itu dengar apa yang dikatakan Aira.

“Aira cuma cakap aja.Sorry kalau buat abang terasa. “

Raziff ketawa kecil.

“Terasa? Tak adalah. Aira bandingkan dengan orang yang cantik. Apa salahnya. Semoga anak papa ni dah besar ikut macam aunty Wafia. Berlajar pandai-pandai. “

Aira tersenyum mendengar pujian lelaki itu kepada kakak sulungnya.

“Maaflah Wafia. Lama ke kena dukung Intan ni. Kamu ni Raziff ambillah anak kamu ni. Kasihan Wafia kena dukung pula. Dia tetamu kita. “Tegur Datin Rogayah pada anak lelakinya.

“Tak apalah aunty. Kasihan hendak alih-alihkan Intan. Dia tidur nyenyak ni.”balas Wafia lembut.

Raziff memandang Wafia. 5 tahun gadis itu menghilang darinya. Hari ini kuasa Allah mereka bertemu kembali.  Allah makbulkan doa sayang untuk abang berjumpa balik dengan Wafia.  Bisik hati Raziff.

“Kalau macam itu biar Raziff ambilkan makanan untuk kamu. Kasihan kamu tak makan lagi. “Suruh Datin Rogayah pada anak lelakinya.

“Eh tak apa aunty. Adik saya boleh ambilkan. Tak payah susah-susah. “ tolak Wafia lembut. Dia tidak mahu tetamu mahupun saudara-mara lelaki itu bercerita kelak.

Datin Rogayah mengangguk tanda mengerti.

Wafia tersedar akan lamunan panjangnya apabila ada orang menepuk perlahan bahunya. Dia menoleh untuk melihat siapa pelakunya. “Jauh termenung. Ingat dekat buah hati ke? “Tegur Anas baru balik kerja.

“Ish, buah hati apa kau ni. Baik aku fikir pesakit aku dekat hospital tu. “ jawab Wafia selamba.

“Asyik fikirkan pesakit aja. Pasal hati kau bila lagi?  Umur kau bukan muda lagi, long. Tahun depan dah 32 tahun. “

Wafia tersengih sinis mendengar sindiran Anas. “Cakap orang. Kau tu sampai bila nak kurungkan diri dalam rumah. Move onlah Anas. Arwah Danny dah pergi dekat setahun dah. “

Anas senyum sedikit melepaskan gelisahnya.

“Anas, baru balik? “Tegur Datin Mona dari belakang.

Anas bingkas bangun mendapatkan ibunya itu. Dia menyalami tangan tua ibunya kemudian dia memeluk erat tubuh kecil ibunya erat. Seperti bertahun-tahun tidak berjumpa.

“Umi sihat?  Lama tak jumpa umi. “ kata Anas. Nadanya perlahan. Kesal dengan dirinya yang tiada masa untuk bertemu dengan ibunya sendiri.

“Sihat alhamdulillah. Kamu?  Masih hidup dalam kenangan lagi ke? “

“Maksud umi? “ tanya Anas pelik.  Kenangan apa yang dimaksudkan ibunya itu.

“Kenangan arwah Danny. Tadi umi dengan adik masuk bilik kamu dekat tingkat dua tu. Umi nampak ada gambar kamu dan arwah Danny dekat meja solek. “

“Entah abang ni. Bilik tak reti nak kemas. Kalau adik tak kemas bilik bukan main membebel. “Aira menyampuk perbualan Datin Mona dan Anas.

Bilik bersepah?  Setahunya dua minggu ini dia tidak tidur di dalam biliknya itu. Siapa yang menyepahkan biliknya? 

“Tak adalah umi. Anas dah reda dengan pemergian arwah Danny. Lagipun hidup ni kena teruskan. “

“Kalau macam itu, baliklah rumah kita.  Duduk sini seorang buat apa. Umi risaulah. “Datin Mona memegang tangan anak lelakinya.

Anas serba salah.Tidak tahu hendak berikan alasan apa.

“Bukan tak nak umi Cuma....”

“Abang!  Itu motor kawan abang ke? “ potong Aira tiba-tiba apabila matanya terpandang akan motor berkuasa tinggi yang terpakir di rumah abangnya itu.

Anas memandang motor milik Daneen.  Ah,sudah.Dia tak kerja ke hari ini? Dah tu mana dia sekarang kalau motor elok parking sebelah keretanya.Sah! Dia ada di atas.Bisik Anas.

“A’ah tu motor kawan abang. Sebenarnya umi bukan Anas tak nak balik rumah Cuma sekarang kawan Anas menumpang dalam rumah ni. Dia baru saja kena transfer dari Kuantan.  Tak sedaplah kalau biarkan dia seorang dalam rumah ni. “Anas memberi alasan.

“Ya ke?  Kenapalah tak cakap dengan umi. Umi ingat selama ni kamu hendak duduk seorang dekat sini sebab masih bersedih akan pemergian Danny. “

“Sedih memanglah sedih umi Cuma kita kena teruskan hidup. “Bijak Anas menyusun kata-katanya. Maaf umi!  Bisik hati Anas.

Wafia memandang adik bongsunya yang sedang menbelek-belek motor berkuasa tinggi itu.

“Kenapa kau berminat dengan motor tu ke, dik? “Tanya Wafia.

“Tak!  Minat dengan tuan punya motor ni. “ balas Aira selamba.

Terbuntang besar mata Anas mendengar kata-kata adik perempuannya. “Macamlah kau pernah jumpa kawan aku, tu. “Sindir Anas.  Adiknya pantang kalau berjumpa dengan kekawannya. Ada saja dia cop menjadi kekasih paksa relanya.

“Siapa kata adik belum jumpa. Adik dah jumpalah semalam. Dia yang tolong adik bawak motor pergi bengkel.  Nasib ada dia kalau tak jalan kakilah sampai rumah. “Cerita Aira.

“Kau jumpa dia? Dekat mana?  Pukul berapa?  Macam mana orangnya? “ laju pertanyaan itu keluar dari mulut Anas.

Datin Mona, Wafia dan Aira memandang Anas tidak berkedip mata.

“Tak, Anas Cuma tanya aja. Sebab dia tak familiar lagi dengan kawasan sini. “

Aira membuat mulut ‘O’.

“Dia tak tinggi sangat. Tapi macam tarf badan dia. Rambut panjang suara garau tapi muka dia tak jelas sangat sebab dia pakai mask. Tapi, adik yakin dia orang baik. Semalam dia hantar adik pergi bengkel tunggu sampai motor siap lepas dah siap hantar adik balik rumah sebab takut motor tu mati lagi dekat tengah jalan.”

Jadi,Aira tak nampak muka Daneen.Ish,  Daneen ni tak dengar cakap betullah.  Kalau dah nampak Aira dekat tepi jalan tu terus ajalah. Buatnya adiknya ini perasan wajahnya dah satu cerita kena berterus-terang. Marah Anas di dalam hati.

“Tapi, kan bang. Kasihan dia semalam. “ sambung Aira lagi.

“Kenapa? “Tanya Anas ingin tahu.

“Semalam banyak call dia dapat. Adik rasa bos dia yang telefon sebab lepas dia angkat adik dengar suara perempuan marah-marah dia tanya dia dekat mana. Adik macam rasa bersalahlah dekat dia. Sebab dia nak tolong adik tak pasal-pasal dia kena marah. “

Oh,  sebab itulah balik semalam muka ketat semacam. Kena marah rupanya.  Kata Anas lagi.

“Kawan kamu tu kerja apa Anas? “

“Erm, photographer. “

Wafia dan Datin Mona berpandangan. 

“Tak apalah Anas. Umi balik dululah.  Dah nak dekat maghrib ni. Kamu pun rehatlah. Mesti penat baru balik kerja.  Kirim salam dekat kawan kamu itu, ya. Senang-senang bawa dia datang ke rumah makan. “

Anas mengangguk.

“Abang, jangan lupa kemas bilik. Dah macam tongkang pecah dah. “ sempat Aira mengingatkan abangnya.

Anas menghantar mereka ke muka pintu sehinggalah bayang kereta mereka tidak kelihatan lagi. Fuh!

“Daneen! “Laung Anas memanggil nama isterinya.



Kawan Ke Kahwin!Where stories live. Discover now