Bab 2

973 34 0
                                    

Ketukan yang bertalu -talu di pintu bilik memaksa Sofia untuk membuka pintu. Matanya yang pedih dek keburuannya bangun tadi digosok perlahan. Dengan malasnya dia bangkit dari katilnya tapi sempat dia melihat di sebelahnya. Tiada?  Oh, pasti Danny lupa bawak kunci. Budak bertuah ni memang nak kena!

Selendang yang tersangkut di kerusi diambil untuk menutup rambutnya yang kusut masai. Serupa mak lampir. Kata Sofia sendiri ketika menghadap cermin. Ketukan di pintu masih belum reda.

"Sabarlah. "Laung Sofia dengan suara yang serak dari dalam bilik.

Tombol pintu dipusing kemudian orang di luar meluru masuk ke dalam biliknya.  Sofia yang mamai terkejut dengan kehadiran beberapa orang ke dalam biliknya. Maira ,Amal dan juga Izz meluru masuk ke dalam biliknya tanpa sempat dia berkata apa-apa.

"Weh, apa hal ni main terjah bilik orang. "Kata Sofia tidak berpuas hati.

"Danny mana? "Soal Maira serius.

Sofia memandang ke arah katil yang kosong itu. A'ah, Danny mana?  Soal Sofia kembali pada dirinya. Dia sendiri tidak tahu ke mana Danny pergi. Perasannya semalam kawannya itu ada tidur di sebelahnya.

"Pergi jogging ,kot! "balas Sofia menyedapkan hati.

Maira meraup mukanya. Air mata yang cuba ditahan mengalir lebat di pipi. Apabila pihak resort memberitahunya tadi dia cuba untuk menidakkan sekarang dia melihat dengan mata kepalanya sendiri akan ketiadaan Danny di bilik. Danny kenapa kau buat macam ini? Rintih Maira di dalam hati.

"Ni kasut Danny, kan? "Soal Izz kepada Sofia. Kasut yang diberikan pihak resort kepadanya pagi tadi diserahkan kepada Sofia.

Sofia mengambil kasut yang dihulurkan kepadanya. Kasut Converse warna merah hati itu dia teliti dengan matanya. Beberapa saat selepas itu dia sedar akan sesuatu. Kasut ini yang pernah Danny tunjukkan kepadanya lima tahun lepas. Katanya ini hasil dari gaji pertamanya.

"A'ah ni kasut Danny. Tapi dia jarang pakai sebab dia sayang sangat kasut ni. "

Maira meraung kuat sambil terduduk apabila mendengar kata-kata Sofia itu. Amal cuba menenangkan isterinya yang sedang mengandung itu. "Danny, kenapa mesti kau?Kenapa?"tangis Maira dengan suara yang serak.

"Kenapa dengan kau orang ni? Apa yang terjadi pada Danny?"kata Sofia yang masih binggung. Apa sebenarnya yang terjadi kepada kawannya itu? Ke mana Danny pergi sebenarnya? Pelbagai soalan mula mengasak fikirannya apabila melihat kawan-kawannya itu mulai menangis teresak-esak apabila dia mengatakan Danny tiada di bilik.Apa semua ini?

Izz mendekati Sofia.Mulutnya berat untuk memberitahu hal yang sebenar tambah-tambah Sofia adalah orang yang paling rapat dengan Danny.Tapi, pekara ini penting dan dia tidak boleh rahsiakan.Lambat laun pasti Sofia tahu juga.

"Danny dah tak ada,Fiya..."perlahan tapi jelas di telinga Sofia.

Sofia mengerutkan dahinya."Memang-lah dia tak ada.Kan,aku cakap tadi dia keluar pergi jogging.Maybe dengan Anas.."tebak Sofia kerana dia tidak melihat Anas di biliknya ketika itu.

"Dia dah tak ada.Kau faham tak,Fiya. Danny dah tak ada."kata Maira tegas. Esakkannya semakin kuat kedengaran. Geram pula hatinya apabila Sofia masih tidak mengerti kata-katanya dan Izz.

"Apa kau orang ni....Semalam dia ada aja tidur sebelah aku.Izz apa semua ini." Sofia yang ingin menangis menahan air matanya.Rasa mengantuknya juga sudah hilang ketika itu.

"Fiya,Danny dah meninggal dunia.Dia terjatuh dekat gaung malam tadi. Pekerja resort  nampak Danny masuk ke dalam hutan."Amal menerangkan semuanya kepada Sofia.

Sofia terduduk mendengar penjelasan Amal.Mengigil tangannya yang memegang kasut Danny.DANNY! Jerit Sofia kuat di dalam hatinya.Air matanya jatuh mencurah lebat menjelaskan rasa hatinya ketika itu.

"Anas mana? Mana Anas yang selalu jaga Danny! "hamun Sofia kepada Izz sehingga kolar baju lelaki.itu digenggam kuat.

"Anas balik KL malam tadi sebab mak dia sakit.Aku pun baru tahu pagi tadi sebab dia mesej aku."balas Izz gagap.

Sofia melepaskan kolar baju Izz.

Dia rasakan dunia berputar ligat ketika itu.Panggilan kekawannya terasa jauh di telinganya.Dia bayangkan Danny berada di sebelahnya ketika itu.Dia ingin Danny ketika itu.Dia ingin sahabatnya sekarang! DANEEN AHNA! Jerit Sofia buat kali terakhir di dalam hati sebelum dia tidak sedarkan diri.



ANAS memberikan air mineral kepada Danny yang sedang termenung itu. Dek kerana penerbangannya  ditunda selama dua jam, dia dan Danny tidak boleh ke mana-mana.Perasaan risau itu  masih lagi membuatkan dirinya sentiasa harus waspada.Dia takut orang yang mengejar Danny semalam datang ke lapangan terbang pula.

"Minumlah.Kita dari malam tadi tak makan apa-apa."ujar Anas lembut.

"Aku tak lapar."balas Danny lemah.

"Tapi kau haus.Aku kenal kau,lah Danny.Minumlah air tu.Jangan risau dekat sini tempat yang selamat untuk kita sekarang.Dua jam aja lagi lepas itu kita bebas."balas Anas menyedapkan hati isterinya.

"Aku minta maaf sebab libatkan kau dalam masalah aku."kata Danny.

Anas menghembus nafas berat.

Pekara sudah terjadi.Tidak guna dia ingin menyesal lagi.Apa yang perlu dia hadapi sekarang adalah orang tuanya di Kuala Lumpur.Bagaimana dia hendak memberitahu keluarganya yang Danny sudah menjadi isterinya yang sah.Dan apa pula kata ayah Danny nanti? Semua pekara merunsingkan Anas ketika itu.

"Aku pun minta maaf sebab marah kau pagi tadi.Aku bukannya apa, pekara ini terjadi dekat kita secara tiba-tiba. Aku perlukan masa untuk terima semua  ini."kata Anas.

Danny memandang Anas."Semua ni tak terjadi dengan tiba-tiba.Ianya dirancang...."kata Danny dengan suara yang sangat perlahan.

"Kau ada cakap apa-apa ke?"tanya Anas kepada Danny.Telinganya seperti mendengar kawannya itu bercakap dengannya.Mungkin suasana hingar di airport ini membuatkan dia asyik terngiang-ngiang.

Danny menggeleng laju.

+Anas.....Danny dah tak ada.
Pesanan ringkas dari Izz

Anas mengerutkan dahinya sambil memandang Danny yang berada di sebelahnya.Apa maksud kawannya itu?

-Apa kau merepek ni?
Balas Anas berdebar. Cuba untuk masuk ke dalam lakonannya.

PANGGILAN DARI IZZ,

"Anas, Danny... Dia dah meninggal dunia. "Kata Izz di talian. Suaranya serak seperti orang baru lepas menangis.

Membuntang mata Anas mendengar kata-kata kawannya itu. Segera dia memandang Danny yang sedang meneguk air di sebelahnya.

"Kau biar betul Izz.Pekara ini jangan buat main-main. Aku baru jumpa Danny malam tadi. "Anas merasakan tekaknya kering apabila bercakap begitu di sebelah Danny.

"Aku tak main-main.Dia jatuh gaung malam tadi.Polis tengah cari mayat dia sekarang."beritahu Izz lagi.

"Dia jatuh gaung?"Anas berpura-pura terkejut."Aku tak boleh pergi sana.Kau tahu,kan aku sibuk dengan kerja dekat sini.Kalau kau orang jumpa mayat Danny cepat-cepat inform dekat aku." Sekali lagi Anas memandang ke arah Danny.Riak wajah gadis itu selamba saja.

"Anas,kau lebih pentingkan kerja dari kawan baik kau sendiri.Kau sedar tak yang mati dalam gaung itu Danny! Kawan baik kau!"hamun Amal pula di talian.

Anas mengeluh.Dia sudah tidak boleh teruskan lakonan ini lagi.Hatinya sakit kerana terpaksa menipu begini.Kalau benarlah Danny meninggal kerana terjatuh gaung malam tadi,dia orang pertama akan mencari mayat Danny terlebih dahulu.Maaf Izz,Amal,Maira, Sofia.

Anas mematikan talian.Sim kad di dalam telefon bimbitnya dibuang ke dalam tong sampah yang berada tidak jauh darinya.

"Kau tak takut duduk sebelah aku? Aku,kan dah mati."bicara Danny dengan air matanya yang menitis.Dia pun tidak sampai hati ingin menipu kekawannya tetapi inilah cara untuk dia teruskan hidup.Dia tidak mahu lelaki-lelaki semalam terus mengejarnya.

"Stop talking like that,Danny! Kau nak aku telefon dia orang balik ke?"marah Anas.

"Terima kasih Anas. Pengorbanan kau tak mampu untuk aku balas.Dan aku tak tahu macam mana nak balas jasa-jasa kau tolong aku."Danny memegang tangan Anas yang sudah sah menjadi suaminya.

"Aku buat macam ini untuk selamatkan kau aja.Cara ini saja yang boleh kelirukan lelaki-lelaki yang kejar kau semalam.Aku nak jaga kau sampai aku mati Daneen."

Danny melepaskan tangan Anas.

"Aku Danny bukan Daneen. "Tegas Danny apabila Anas memanggilnya dengan panggilan Danenn.

"Mulai hari ini aku nak kau jadi Daneen bukan Danny lagi. Danny dah mati. " Anas menarik semula tangan Danny.

Danny kelu untuk membalas.




Kawan Ke Kahwin!Where stories live. Discover now