Bab 41

523 16 1
                                    

Along, jom teman umi keluar. Umi dah lama tak shopping dengan anak-anak umi ni. “Kata Datin Mona gembira.

Aira memandang kakak sulungnya.  “A’aahlah along. Jomlah. Bila lagi umi nak belanja kita shopping ni. “

Wafia mengeliat di atas katil.

“Penatlah umi. Cuti ni baru nak rehat-rehat. Umi pergi dengan budak kecik ni ajalah. “Wafia menggosok kepala adik bongsunya seperti patung.

Geram Aira diperlakukan begitu.

“Cepatlah mak cik. Dahlah jarang-jarang jumpa along. Jomlah along. Jomlah! “

Mak cik dia panggil aku!  Kata Wafia di dalam hati. Dari posisi menyiarap di atas katil dia bersila pula. Rambutnya yang panjang diikat tinggi. Memandang ibu dan adik bongsunya silih berganti.

Datin Mona dan Aira memandang sesama sendiri kemudian menjongketkan bahu. “Jomlah dik.  Biarlah along rehat. “Akhirnya Datin Mona mengambil kata putus.

Wafia menghembuskan nafas berat.

“Iyalah along ikut. “Akhirnya Wafia akur juga. Bukan dia tidak tahu taktik ibunya itu. Ayat ‘pasrah’ itu sudah biasa dia dengar.

“Yay! “Aira melompat kegirangan.  Sukalah kakak sulungnya ada sekali.  Boleh ‘pau’ dua orang hari ini.  He..he..

Datin Mona tersenyum senget. Berjaya juga rancangannya mengajak anak sulungnya itu keluar. Lagi pula tujuan dia mengajak anak-anak perempuannya keluar bersebab. Sebabnya adalah,

“Abang Raziff. Eh, Intan pun ada.  Comelnya bam bam ni. “Aira sudah mendukung Intan Aulia yang sudah berusia enam bulan itu dari tangan Raziff.

Datin Rogayah tersenyum lebar kepada Datin Mona.

“Tak sangka terserempak kau dekat sini. Macam tahu-tahu saja kita ada dekat sini. “ Datin Rogayah menegur.

Haruslah tahu mak cik Rogayah. Dah ini plan mak cik dengan umi saya. Nampak sangat. Bisik Wafia. Bukan dia tidak tahu agenda uminya itu. Dan kenapa harus mengheret Raziff sama. 

Wafia bertentang mata dengan Raziff.  Agak canggung apabila bertemu sejak kejadian tempoh hari.

“Intan senyum dekat alonglah. “kata Aira pada Wafia.

Wafia memandang Intan yang didukung oleh adik bongsunya itu.  Kemudian dia memandang Raziff. Adakah lelaki itu mengizinkan dia memegang Intan?  Terngiang-ngiang ayat lelaki itu tempoh hari.

“Along, pegang kejap telefon adik berbunyilah. “dalam keadaan kelan-kabut akhirnya Wafia menyambut juga Intan dari pegangan adiknya. Betuah betul adik aku ni!

Wafia masih memandang Raziff.

Kenapalah lelaki ini tenung aku semacam?  Dia tak kasi ke pegang anak dia?  Habis, aku nak hulur pada siapa ni?  Wafia berperang dengan dirinya sendiri.

“Kenapa kekok ke pegang anak musuh awak? “ ucap Raziff tiba-tiba.

Wafia terkejut akan soalan itu terus memandang wajah Raziff. Apa maksud lelaki itu?  Bimbang ibunya mendengar kata-kata Raziff tadi, dia menghalang dengan belakang tubuhnya. Rapat sedikit dengan Raziff.

“Saya minta maaf pasal hari itu. “

Raziff mengusap lembut pipi anak perempuannya. “Minta maaf tak cukup kan Intan. Aunty is too much right? “ Raziff berpura-pura bercakap dengan anaknya. Walhal ayat itu ditujukan kepada Wafia.

Okay fine! 

“Intan sayang, aunty really sorry. I do not mean to say that. Forgive me okay dear. “Pipi Intan dicium lembut oleh Wafia. Kemudian dia memandang Raziff.

“Awak sayang saya lagi ke Wafia?” Kata Raziff lebih serius kali ini.

Wafia menatap wajah lelaki di hadapannya itu. Wajah yang lebih matang tidak seperti zaman universiti dulu. Penampilan lelaki itu menunjukkan ciri-ciri seorang bapa yang penyayang. Dan dia nampak itu saat Raziff menguruskan Intan.

“Saya tak ada jawapan itu. “

Raziff merenung Wafia.

“Kalau saya tanya Aira dia akan jawab tak pertanyaan saya? “Raziff mula mengugut.

Besar mata Wafia apabila nama adik bongsunya disebut oleh Raziff. Gila ke nak tanya budak kecik tu?  Bukan Raziff saja yang akan tahu nanti tapi dengan Datin Rogayah sekeluarga tahu.  Malah umi dan walidnya juga pasti tahu. Argh, serabutnya. Jerit Wafia di dalam hati.

“Saya beritahu awak nanti.”kata Wafia ingin lari dari topik ini.

Raziff mengigit bibir bawahnya. Hatinya meronta ingin tahu sekarang.

“Akak, sebelah kasut anak akak tertanggal tadi dekat sana. “Seorang perempuan yang memakai uniform ‘Guardian’ menegur dari belakang sambil menghulur sebelah kasut kecil kepada Wafia.

Wafia mengangguk tanda terima kasih.

Datin Rogayah dan Datin Mona yang perasan akan teguran perempuan tadi lantas memandang sesama sendiri sambil membalas senyuman yang tersirat maksudnya.Raziff memandang Wafia lalu memandang Intan.

“Tak lama lagi Intan ada mummy baru.”  Bisik Raziff pada anak perempuannya.




Nah! “Anas mencampak gugusan kunci kepada Daneen yang sedang leka menonton televisyen itu. Dia kemudian memandang suaminya. Bagaikan tahu apa yang berada di fikiran Daneen, Anas segera menjawab.

“Aku tak nak anak aku dalam terjadi apa-apa kalau naik motor. “

Daneen memandang gugusan kunci itu lagi. Diperhati dari jauh sebelum dia menukar posisinya untuk duduk tegak.  “Saya tak nak bawa Audi abang. “jawab Daneen lalu menolak kunci itu dekat dengan suaminya.

“Habis?  Kau nak bawa Mercedes aku tu? “soal Anas sinis.

Daneen menggeleng laju. Bukan itu maksudnya. “Saya selesa bawa motor lagipun tempat kerja saya jauh kena hadap jam lagi. Naik kereta lambat. “

“Jadi,kau pentingkan diri?”soal Anas sambil menikam wajah Daneen yang turut memandang ke arahnya.

Dia jujur tidak faham akan maksud suaminya ketika itu.Apa maksud Anas yang dia pentingkan diri? Dia Cuma katakan yang dia lebih selesa menunggang motosikal ke tempat kerja kerana selama ini itulah kenderaan yang dia bawa. Tambah pula sekarang ini dia kerap mengalami alahan waktu pagi. Kerana itu dia sering tiba lewat ke tempat kerja.

“Saya masih boleh bawa motor pergi ke tempat kerja. “

“Aku tak setuju. “Bantah Anas.

Dia tidak risaukan isterinya tetapi dia lebih risaukan anak yang ada di dalam kandungan isterinya itu. Walaupun dia tidak mengambil berat akan perihal isterinya yang sedang berbadan dua tetapi dia pernah terbaca artikel mengatakan yang perempuan mengandung tidak boleh lakukan kerja berat dan melakukan aktiviti lasak. Kerana itu dia khuatir akan terjadi apa-apa jika isterinya menunggang motosikal berkuasa tinggi ke tempat kerja. Dia sendiri tahu bukannya ringan motor yang ditunggang isterinya itu.

“Jangan keras kepala sangat boleh tak?  Boleh tak sekali ini saja kau ikut cakap aku? “

“Masalahnya saya cakap benda yang betul. Saya masih mampu bawa motor ke tempat kerja. Abang tak payah risaukan saya. “Kata Daneen berkeras.

“Fine!  Kalau terjadi apa-apa dekat anak aku jangan salahkan aku lagi. “ Anas pantas meragut gugusan kunci kereta itu lalu mendaki anak tangga ke atas.

Daneen melepaskan keluhan. Tiap hari mereka berbalah begini sehingga kekadang hatinya rasa terguris benar akan perbuatan dan kata-kata Anas yang kasar itu. Kalau tidak fikirkan yang dia sedang mengandungkan anak suaminya itu mungkin kesabarannya tiada lagi. Tiap hari dia berdoa kepada Tuhan yang dia diberi kesabaran yang banyak dan mampu untuk bertahan melayan karenah suaminya itu.

Saat dia melangkah keluar rumah,  kelihatan suaminya masih belum berangkat lagi. Daneen melepaskan keluhan kecil kemudian mendekati motosikalnya yang dipakir di sebelah kereta suaminya.

“Kau memang dari dulu tak nak dengar cakap aku kan? “soal Anas saat Daneen hendak mengalihkan motornya.

Daneen memandang ke dalam mata Anas.

“Saya tahu kemampuan saya.”jawab Daneen. Dia sudah malas hendak bergaduh lagi.

“Kemampuan apa yang kau ada?  Tengok diri kau sekarang ini. Aku tak rasa kau mampu nak alihkan motor yang berat ini seorang. “

Daneen memandang motorsikalnya.

Ya, dia memang tidak mampu. Dia Cuma berpura-pura kuat sahaja di hadapan Anas.

“Saya dah lambat. “Daneen mengambil keputusan untuk tidak mementingkan diri. Dia tidak mahu kerana egonya di hadapan Anas anak di dalam kandungnya terjadi apa-apa. Ya, dia memang sudah tidak mampu menunggang motosikal itu sejak dia ada alahan. Bahkan hendak ke tempat kerja pun dia malas. Tapi, kalau dia duduk di rumah saja apa yang boleh dia buat.

“Kau nak jalan kaki ke pergi studio? “ tanya Anas risau.

“Hurm. “Daneen membalas.

Takkanlah aku bodoh sangat Anas nak pergi studio jalan kaki. Kau ingat studio aku dekat hujung jalan tu ke? Naik grablah cik abang oiii. Omel Daneen di dalam hati.

Dia melihat dari ekor matanya.  Kelihatan Anas sudah memandu keluar keretanya dari garaj. Aduh, dia nak tumpangkan aku ke?  Ish, tak apalah seganlah.

Satu... Dua... Tiga...

Daneen senyum dalam hampanya. Fikir nya Anas hendak menumpangkan dirinya rupanyakan dia Cuma bermimpi di siang hari. Anas bukan seperti dulu lagi Daneen yang ada selalu untuk kau.  Dia dah.... Lain!!!

“Oit, mak buyung nak pergi mana? “

Daneen bercekak pinggang di hadapan rumah Zila. Gadis yang berkulit sawo matang itu sentiasa cantik mengenakan skirt separas lutut dengan kemeja dimasukkan ke dalam.  Rambutnya pula sentiasa kelihatan segar dengan potongan separas bahu.  Itulah pakaian yang Daneen ingin gayakan dulu. Dululah sebelum aku jadi jahiliah pakai baju macam pengkid.  Sempat lagi Daneen mengutuk dirinya di dalam hati.

“Pergi studio lah sotong takkan pergi kubur pulak pagi-pagi ni. “jawab Daneen bersahaja.

Zila ketawa kecil. Sudah lama dia tidak mendengar Daneen memanggilnya dengan panggilan ‘sotong’ itu.

“Janganlah sebut kubur pagi-pagi ni. “

“Alah tak lama lagi pun aku ke situ. “

Zila menepuk lengan Daneen. “Ish,  jangan cakap bukan-bukan boleh tak.” Marah Zila. Dia tidak suka Daneen berkata begitu. Dia tahu sejak kebelakangan ini hubungan Daneen dan Anas tidak seperti dulu tapi tidak bermakna Daneen terus ‘down’ begini.

“Sotong hantar aku pergi kerja. “ suruh Daneen sambil membuat gaya comelnya.

“Mana laki hang? “tanya Zila dalam loghat utara.

“Tu... “Daneen memuncungkan mulutnya ke arah security guard yang menjaga pintu itu. “Dia dah pi kerja dulu. Tak sempat nak hantar aku. “ bohong Daneen.

“Yalah laki hang pi kerja entah-entah...”

“Amboi sedap hang mengutuk Anas.  Dulu hang jugak tergila-gila dekat dia.”

“Fuh, nasiblah aku tak suka dia lagi.  Hah, Haniff apa cerita. “Zila mrngambil kesempatan alang-alang dia menghantar Daneen hari ini.




MATA Zila melilau melihat ke dalam studio Daneen. Kut, kut dia terlihat Encik Photografer nya. Cermin di sebelah Daneen dilihat sebelum dia merapikan dirinya di situ. Naklah cantik-cantik jumpa Haniff. Baru dia berkenan dekat aku. Bisik Zila.

“Awal kau datang hari ni? “Haniff yang baru tiba mnegur Daneen. Zila yang sedang merapikan diri di hadapan cermin tidak perasaan.

“Ada orang hantar aku. “Jawab Daneen sambil tangannya sibuk melihat kertas-kertas di tangannya.

“Anas?  Nak pulak dia.... Oh mak kau! “ Haniff yang hendak meletak begnya di atas meja terkejut apabila belakang badannya berlaga dengan Zila. Automatik tangannya cuba meraih tubuh Zila yang sudah tidak seimbang itu. Gayanya seperti Edward Cullen& Bella Swan menari di dalam cerita Twilight.

“Fuh!  “Daneen menepuk tangannya.

Mata Haniff dan Zila berpandangan antara satu sama lain. Masing-masing masih terkejut dengan apa yang baru berlaku sebentar tadi.

Klik!

“Nanti aku cuci bagi sorang satu. “Kata Daneen menghentikan lamunan Zila dan Haniff.

“Buang gambar tu. Tak eloklah simpan gambar yang bukan-bukan. “Kata Haniff serius.

Zila terpukul dengan kata-kata Haniff.  Gambar yang bukan-bukan?  Dia bukannya sengaja tidak mengimbangkan dirinya lagi satu tangan kau yang sambut aku hokey!  Aku tak minta pun. Bisik Zila di dalam hati.

“Okay nanti aku delete. “

“Now! “Kata Zila dan Haniff serentak.

Daneen menutup mulutnya. Haa,  dah sampailah ni. Tolonglah bagi aku rehat.  Lima minit pun jadilah. Aku baru saja sampai tempat kerja. Please be nice to......

Wueekkkk!!!

Daneen segera berlari ke pantri memuntahkan segala isi perutnya yang belum diisi apa-apa sejak dari malam tadi. Bukannya dia tidak mahu makan Cuma dia benar-benar letih hendak berulang ke tandas. Jika tersalah makan sedikit pasti sepanjang malam dia berulang ke situ.

“Kau okay tak Daneen? “

Daneen memandang Zila dengan tidak bermaya. “Okay... “

Pantas Zila mengeluarkan sesuatu dari tas tangannya. Belum sempat Zila mendail nombor Anas, Daneen sudah meragut telefon itu terlebih dahulu. Dia tidak mahu Anas tahu. Kalau pun Anas tahu mesti suaminya itu katakan yang dia mengada-ngada soal hal kecil begini.

“Aku tak nak Anas tahu. Aku dah biasa dengan alahan ni. Tak perlu beritahu Anas. “

Zila melepaskan keluhan.

“Tak boleh Daneen. Anak dalam perut kau tu anak dia juga. Dia kena bertanggungjawa jaga kau. Bukan nanti bila budak tu dah lahir dia buang kau macam itu saja. “Zila mulai tidak puas hati.

“Aku mengadu dekat dia pun apa yang aku dapat. Cukuplah  hati aku ini dah sakit aku tak nak tambah sakit lagi. Sekejap saja semua ini lepas ini aku kena biasakan diri hidup tanpa Anas. “

“Maksud kau? “ tanya Zila terkejut.

Daneen menjongket bahunya. Tidak mahu bercerita lebih lanjut. Dia tahu Zila  mengerti.

Telefon Zila yang berada di pegangannya dipulangkan semula.  Tanpa dia sedari, Anas sudah berada di talian mendengar semua kata-katanya kepada Zila sebentar tadi.

“You dengarkan apa yang dia cakap?  Kalau you tak bertanggungjawab,  I akan terus telefon Fiya beritahu hal yang sebenar. You better watch out Waiz Anas! “ ugut Zila kemudian menyertai Daneen dan Haniff. Telefonnya dimatikan.

Kawan Ke Kahwin!Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin