TKT | 33

4.5K 186 4
                                    

Begging is better than try to run corruptly false coins

━━━━━━ ◦ ❖ ◦ ━━━━━━

"KAU belanja?" soal Faizal yang baru tiba. Dia duduk bertentangan dengan Ziyad.

Selalunya, dia nak ajak keluar pun susah. Tapi, hari ni Ziyad pulak yang bermurah hati berjumpa dan belanja dia makan.

"Jangan tolak rezeki" ujar Ziyad dengab ketawa kecil. Dia tahu sejak bertemu semula dengan Aireen, mereka semakin susah untuk berjumpa. Hari ini, dia mahu memperkenalkan Faizal kepada anak-anaknya.

"Yelah. Tapi, takkan McDonald's je kut? Kau ni kedekut betul lah, Ziyad. Cuba lah belanja dekat hotel five star ke?"

"Orang nak belanja kau ni pun dah kira bagus okay. Bersyukurlah sikit!"

Faizal tergelak.

Ziyad melambai ke arah dua anak kecil yang sedang leka bermain di playset yang disediakan oleh restoran itu.

"Kenalkan anak-anak aku. Ini Aliya"

Anak kecil itu tersipu-sipu malu sambil menyorok sikit di belakang daddy nya.

"Ini adik, Alisya. Come sayang. Salam dengan uncle"

Kedua-duanya menurut perintah.

"Apa pulak uncle. Abang lah!"

"Eh kau jangan nak perasan muda kat sini, Zal. Uban pun dah tumbuh tu. Ada hati nak suruh anak aku panggil kau abang"

"Yelah. Uncle pun uncle lah! Baru nak feeling-feeling jadi muda" keluh Faizal.

"Eh, betul apa. Kita ni bukannya muda lagi"

"Aku kahwin pun belum lagi tau. Kau lain lah. Anak pun dah empat tahun. Kembar pulak tu" ujar Faizal sambil menggosok kepala Aliya dan Alisya.

Kemudian, kedua-duanya menyambung semula aktiviti mereka tadi.

"Dah besar anak kau kan? Tak sangka" mata Faizal masih memerhati tingkah anak-anak Ziyad yang begitu comel. Hatinya sedikit tercuit.

Kalaulah dia pun memiliki cahaya mata seperti Ziyad. Confirm mak suka. Dia pun pasti bahagia.

"Yang kau tak kahwin-kahwin lagi ni, kenapa?"

"Aku bukannya taknak kahwin, Yad. Tapi calon tu yang takde. Suruh mak aku cari, dia taknak. Takut esok tak serasi, aku salahkan dia pulak. Sudahnya, macam ni lah aku. Single and available"

Ziyad ketawa.

"Ini semua salah kau lah, Ziyad!"

Mata Ziyad membuntang. Eh eh eh, angin takde, ribut takde. Tiba-tiba dia pulak yang disalahkan.

"Dulu, aku nak pikat Aireen. Kau pulak yang masuk line. Melepas lah aku. Sebab tu sampai sekarang aku ni tak kahwin-kahwin"

Takdir Kita Tercipta [ C ]Where stories live. Discover now