TKT | 51

4.7K 179 1
                                    

Begging is better than try to run corruptly false coins

━━━━━━ ◦ ❖ ◦ ━━━━━━

BELUM sempat berkata apa-apa, dia sudah kena sembur dengan Faizal.

'Bertuah punya kawan! Kalau ya pun nak marah, dengarlah penjelasan aku dulu. Ini main langgar tak kira tempat!' amuk hati Ziyad.

"Kau jemput aku datang rumah, tapi kau sendiri tak ada!" marah Faizal sambil mendesah kuat.

Kalau kau ada dekat depan mata, memang dah lama aku luku kepala kau, Zal. Ziyad mendengus geram sambil menggenggam erat telefon nya.

"Lain kali kalau ada hal lain, call! Bagitahu kenapa tak boleh balik. Ini tak. Sebab kau lah semua orang susah"

"Aku tak sengaja"

"Tak sengaja? Ada ke patut tindakan kau macam tu? Aku sendiri pun kecewa dengan sikap kau"

"Aku ada hal kece..."

"Majlis tu hambar! Hilang seri tahu tak?!" celah Faizal setiap kali Ziyad mahu meluahkan perkara sebenar.

"Dengar dulu"

"Lagi parah bila anak-anak kau merajuk. Diorang kecewa, Ziyad. Kesian Aireen..."

"Hazriq accident" potong Ziyad pula. Sebelum lelaki melayu tu terus merepek benda yang bukan-bukan, lebih baik dia juga berbuat hal yang sama seperti Faizal. Mencelah.

Baru fair.

Ayat itu sudah cukup untuk membuatkan suara Faizal bertukar sepi. Terkejut dan tergamam. Lama.

Mungkin dah sedar lah tu jangan buat kesimpulan sebelum tahu perkara yang sebenarnya.

"Bukan aku sengaja taknak datang, tapi Hazriq accident"

"Jadi kau... kau sebenarnya..." suara Faizal tergagap-gagap.

"Ya. Aku kena terus pergi hospital. And sepanjang aku kat sana memang aku off phone sebab keadaan Hazriq masih belum stabil" terang Ziyad lagi agar Faizal lebih memahami keadaan nya.

"Ha.. Hazriq accident?" tanya Faizal perlahan lagi tersangkut-sangkut. Seperti tidak percaya.

Tapi, dia tahu Ziyad bukannya sedang melawak atau cuba mereka-reka cerita.

"Sekarang, kau dah tahu kan kenapa aku tak muncul hari tu?" sindir Ziyad halus. Geram kerana Faizal tidak memberi ruang untuk dia membuat penjelasan terlebih dahulu tadi.

"Aku... aku..." Faizal di sini sudah menggaru-garu kepala. Rasa bersalah nye weh!

"Aku buntu, Zal. Aku tersepit antara keperluan Hazriq dan kepentingan family aku sendiri" desah Ziyad panjang.

"Aku mintak maaf lah weh. Sumpah aku tak tahu yang kau tengah berdepan dengan masalah. So, Hazriq macam mana sekarang?"

"Hazriq dah semakin pulih. Dah sedar dah pun. Cuma still kena pantau lah"

"Aku betul-betul tak tahu dia accident. Tapi, apa yang berlaku sebenarnya?"

Ziyad menerangkan apa yang berlaku satu per satu. Macam mana Hazriq amat memerlukan dirinya dan rutin hidupnya yang terpaksa berubah secara tiba-tiba untuk memuaskan hati semua pihak.

"Kau kena tahu yang mana patut kau utamakan. Aku tahu kau memang sayangkan Hazriq, tapi dalam soal ni kau kena lebih rasional"

"Aku tersepit, Zal. Antara keluarga aku sendiri dan jugak Hazriq. Aku tak boleh abaikan dia"

Faizal turut bersimpati.

"Tapi kau kena ingat, apa yang kau buat sekarang ni risiko dia besar. Jangan sampai kau hilang insan-insan yang kau sayang pulak nanti"

Memang betul kata Faizal. Tak mungkin dia mampu membahagiakan kedua-dua belah pihak. Di penghujung cerita nanti, pasti akan ada yang terluka jugak.

"Fikir masak-masak, bro. Jangan cepat sangat mengalah pada keadaan. Ada hikmah kenapa semua ni berlaku. Aku just dapat bagi nasihat aku. Selebihnya, kau sendiri yang perlu buat keputusan" ujar Faizal.

Untuk memberi cadangan, dia memang tidak pandai. Kalau dia berada di tempat Ziyad sekalipun, tentu dia juga akan merasa perkara yang sama. Sukar untuk membuat keputusan. Banyak hati dan perasaan yang perlu dia jaga. Tapi yang pasti, akan ada hati yang tercalar.

×××××

SEDIKIT sebanyak bebanan yang dipikul terasa ringan semula. Setelah semua masalah diluahkan kepada seseorang akhirnya Ziyad berasa lega.

Memang setiap manusia akan diuji dengan masalah. Dan dia juga tidak terlepas daripada salah satunya. Apa yang penting, ketenangan dan kesabaran dapat membantu dia hadapi nya dengan baik.

Setelah menunaikan solat Asar, Ziyad sempat berdoa. Dia mengabdikan diri pada yang Maha Esa. Meletakkan segenap hati dan jiwa raga pada yang lebih berhak. Dia akur pada setiap ketentuan-NYA.

Namun, dia pasrah pada setiap ujian dan dugaan yang datang menimpa dirinya saat itu. Dia tahu Allah menghantar dugaan itu untuk mengajar dia supaya menjadi hamba yang lebih bertakwa dan beriman.

Doa Ziyad kali ini panjang. Bisikannya semakin sendu.

"Ya Allah, sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Berilah hamba-Mu ini kekuatan untuk berdepan dengan segala ujian" rintihnya sayu.

Beberapa minit kemudian, Ziyad bangun dan melangkah keluar dari surau hospital. Sudah hampir satu jam dia di situ. Ketika Laura sampai, dia sengaja mengelakkan diri.

Entah kenapa, kata-kata Hezwan masih terngiang-ngiang jelas di fikirannya. Dia takut jika sangkaannya benar bahawa Laura juga turut terlibat dengan apa yang berlaku.

Kalau lah memang betul dia terlibat, ini bermaksud dia gagal untuk membentuk wanita itu berpegang dapa keindahan Islam yang sebenar.

Perlahan-lahan dia menolak pintu bilik. Terlihat senyuman Laura yang sedang duduk di tepi katil.

"Ziyad, you baru sampai?"

"Dah lama actually. Tapi I pergi surau dulu"

"Papa, Riq dah boleh keluar hospital!" beritahu Hazriq dengan ceria. Sampai bersinar-sinar matanya.

"Iya?" Ziyad juga gembira.

"Dr.Affy baru je bagi kebenaran. Hazriq dah boleh discharge" beritahu Laura pula.

"Bila?"

"Sekarang" jawab Laura dengan wajah ceria.

"Baguslah kalau macam tu. Papa nak buat bayaran dulu. Lepas tu, kita balik rumah, okay?"

"Okay!" ujar Hazriq.

Ziyad mengucap syukur di dalam hati. Sudah beberapa hari dia terpaksa berulang-alik ke hospital. Memang memenatkan.

Apatah lagi kerana terpaksa mengabaikan masa-masanya dengan Aliya dan Alisya.

Paling menggembirakan hatinya apabila dia tidak lagi perlu bertemu dengan Laura. Dia sudah tekad untuk menjauhi gadis itu. Pertemuannya dengan Hazriq akan dilakukan tanpa kehadiran Laura. Oleh itu, dia perlu bijak mencari peluang.












ps : alhamdulillah , idea dah balik rumah ~

Takdir Kita Tercipta [ C ]Where stories live. Discover now