TKT | 78

9.9K 221 6
                                    

" Begging is better than try to run corruptly false coins "

━━━━━━ ◦ ❖ ◦ ━━━━━━

ZIYAD memandang gadis di sebelahnya. Bibirnya tersenyum manis. Alhamdulillah, hari ini genap sebulan mereka bergelar suami isteri semula. Majlis yang dijalankan kecil-kecilan sahaja. Tetamu pun, hanya keluarga terdekat sahaja yang dijemput datang.

Tapi, ada perasaan terkilan yang sempat menyulubungi jiwanya hari itu. Terkilan kerana dia tidak lihat pun kelibat mummy di majlis perkahwinannya. Mungkin sahaja wanita itu belum bersedia.

Ziyad tahu yang mummy nya sudah menyesali semua kelakuan yang pernah dia lakukan waktu dulu. Tentang mummy yang berpindah ke Islam juga sudah dia sedia maklum.

Siapa lagi kalau bukan Aqhmal yang beritahunya kan?

Pada awalnya, Ziyad agak terkejut dengan perubahan mendadak mummy. Tetapi apabila diberitahu perkara yang sebenarnya oleh Aqhmal, barulah dia faham. Terbit rasa syukur dalam diri.

"Kenapa abang tenung Reen macam tu?" soal Aireen sekali gus mengembalikan fikiran Ziyad ke alam nyata.

Khusyuk sangat memikirkan tentang lain sampai terlupa yang dia sedang bersama dengan seorang bidadari syurga.

"Abang? Are you okay?" Aireen bersuara lagi apabila melihat suaminya masih batu.

Ziyad tersenyum manis. Sepasang mata milik gadis itu ditatap sedalam-dalamnya. Seolah-olah dia mahu mengungkapkan sesuatu tetapi tidak menggunakan mulut.

Aireen membalas pandangan itu. Jantungnya tiba-tiba sahaja bertukar rentak. Walaupun mereka sekarang berada di halaman rumah, tak bermaksud lelaki ini tidak boleh melakukan apa-apa bukan?

'Reen...'

'Kalau Reen nak tahu, abang lah orang yang paling beruntung sangat dekat dalam dunia ni. Sebab ditakdirkan untuk bersama dengan Reen. Abang tak tahu lah apa jadi kalau Reen kahwin dengan Aryan hari tu. Seriously abang tak sanggup, sayang' luah Ziyad hanya dalam hati.

"Abang, Reen nak tanya sesuatu boleh?" tanya Aireen dengan nafas dalam. Agak gementar juga apabila mahu membangkitkan pasal topik ini. Tapi, dia perlu tahu kebenarannya. Dia perlu tahu itu!

"Reen nak tanya apa?" soal Ziyad kembali. Suaranya cukup lembut dan romantik.

"Pasal lima tahun lepas..." sengaja ayatnya digantung di situ. Aireen memandang wajah suaminya yang masih tenang. Dan nampaknya sedikit pun tidak terkesan dengan isu ini.

"Hmm?"

"Kenapa abang tak beritahu Reen pasal tu? Reen berhak tahu, abang. Reen berhak tahu keadaan abang masa tu. But why you didn't tell me?" rintih Aireen. Sedikit demi sedikit air matanya mula bertakung.

Rasa kesal begitu menggunung dalam dirinya. Dia sama sekali tidak bersetuju dengan tindakan lelaki itu untuk merahsiakan perkara yang sebenar daripadanya. Ada juga rasa bersalah yang menjalar. Bersalah kerana telah menuduh Ziyad tanpa usul periksa terlebih dahulu.

Tetapi, itu semua bukan salah dia sepenuhnya. Ziyad juga bersalah. Lelaki itu sendiri yang merahsiakan keadaannya dahulu. Kalau dia bagitahu je apa yang jadi masa tu, semua benda ni takkan jadi! Dan dia pun takkan terseksa sampai sanggup menanggung malu!

"Reen... bukan abang saja-saja je nak buat macam tu..."

"Habistu kenapa?" Aireen memintas dahulu.

Ziyad mendesah. Nafasnya ditarik sedalam yang boleh. Bukannya senang dia mahu terangkan sebab-sebab itu. Memang mustahil.

"Abang... abang ada alasan tersendiri" ujarnya lambat-lambat.

"Please lah, abang. Jangan terlalu berahsia sangat dengan Reen. I'm your wife. Abang tahu tu kan? Siapa sebenarnya Reen ni dekat mata abang hah? Sanggup berahsia sampai macam tu sekali" tempik Aireen sedikit meninggi. Pantas mukanya dialihkan ke tempat lain.

Terasa lancar sahaja peredaran darahnya apabila cuba berbincang dengan suaminya itu.

Memang begitulah sikap Ziyad. Dari dulu sama sahaja. Sukar untuk dibawa berbincang.

"Sayang, heyy kenapa cakap macam tu?" Ziyad memagut bahu isterinya sebelum dipusing menghadap ke arahnya.

"Okay okay. Abang cuma taknak Reen risau kalau tahu abang tengah koma masa tu. That's all" ujar Ziyad akhirnya mengalah. Itu sebab yang kedua sebenarnya. Sebab utama masih tersimpan kemas lagi di dalam hati.

"Betul ni? NAH, I don't believe you" balas Aireen berterus terang. Memang dia tidak percaya pun.

Aireen berdiri dari tempat duduknya lalu berura-ura mahu pergi dari situ. Sengaja kerana ingin memancing kejujuran suaminya. Kalau dengan cara sebegini sahaja yang dapat membuka mulutnya itu, dia terpaksa melakukannya.

'Takpe Reen, kau bukannya dera laki kau pun. So, relax. Calm down' dia cuba menenangkan diri dalam hati.

Ziyad tersentak dengan perubahan posisi isterinya. Desah nafasnya kedengaran.

"Abang taknak Reen jumpa dengan mummy"

Kali ini, Ziyad benar-benar menyatakan sebab utamanya merahsiakan keadaan sewaktu dia koma dahulu.

Aireen akhirnya tersenyum kemenangan.

"Ye? Tapi kenapa pulak abang taknak Reen jumpa dengan mummy?" soal Aireen dengan lebih lanjut.

"Sebab nanti dia apa-apakan Reen. Macam mana?"

"Abang, abang ni jodoh Reen. Suami Reen. Mummy tu pulak mama abang. Tak kisah lah macam mana sekalipun abang cuba halang pertemuan Reen dengan mummy, ianya takkan menjadi. Kitorang tetap akan berjumpa. Kan?" terang Aireen dengan penuh tertib. Nampaknya, memang salahnya sebab menuduh Ziyad tanpa usul periksa. Ya... dia yang bersalah.

'Reen mintak ampun abang...'

"Abang tahu. Abang tahu keputusan yang abang buat tu salah. Disebabkan keputusan itulah kita terpisah dulu. Maaf, abang silap" ujar Ziyad sayu. Tangan isterinya diraih perlahan.

Aireen tersenyum lebar.

"Ish, dahlah abang ni. Nak buat scene sedih-sedih pulak dah kenapa?" dia cuba berpaling ke arah lain. Pipinya yang sudah sedikit basah diseka cepat-cepat.

"Eh abang pulak. Reen tu lah tiba-tiba nak ungkit benda yang dah lepas" Ziyad membangkang. Tidak semena-mena tawa nya telerai.

Aireen yang melihat rupa suaminya yang sedang ketawa terkekek-kekek akhirnya turut serta.

Di bawah langit gelap, hanya ketawa mereka berdua yang kedengaran. Ziyad yang merasakan aura suasana gembira di situ tiba-tiba dihambat perasaan syukur. Alhamdulillah, sekarang dia sudah boleh menarik nafas lega. Sudah boleh tidur dengan nyenyak.

Kalau sebelum ini, tidurnya macam tak tidur je. Semuanya disebabkan kusut memikirkan masalah-masalah yang menimpa keluarga besarnya. Tak kira lah keluarga isterinya, mahupun keluarganya sendiri.

Betullah orang kata... semalang-malangnya nasib hidup kita, di hujung pasti akan ada satu keajaiban. Kerana Allah SWT sendiri sudah menetapkan takdir yang adil untuk setiap umatnya di muka bumi.

'Reen, abang janji akan bina hidup baru dengan Reen. Bulan malam ni jadi saksi, sayang. Reen tak dengar luahan hati abang, tapi Allah dengar. Tak apa sebab DIA yang akan lindungi keluarga kita bersama dengan abang. Inshallah'

Suara itu bergema dalam hati Ziyad. Perlahan-lahan pinggang ramping isterinya dipeluk erat. Terasa seperti malam ini memang diciptakan untuk mereka berdua sahaja. Sungguh indah!

Takdir Kita Tercipta [ C ]Where stories live. Discover now