BAB 4

886 21 2
                                    

ADRA tetap bekerja seperti biasa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ADRA tetap bekerja seperti biasa. Peristiwa yang berlaku beberapa hari yang lepas Adra cuba padamkan dari ingatan. Dia langsung tak nak ingat benda tu. Kali ini Adra lebih berjaga-jaga. Adra akan cuba sedaya upaya untuk elak daripada mendekati Harraz.

Jiwa Harraz pula memberontak apabila gadis itu mula menjauhi dirinya. Hati Harraz tidak tenang mengenangkan perbuatan Adra yang seakan tidak mahu melayannya. Dendam Harraz terhadap Adra mula membuak-buak. Dia nak balas dendam atas perbuatan Adra yang berani menamparnya. Dia akan buat gadis itu menyesal seumur hidup.

Kak Liza dan Adra menonton tv di ruang tamu. Adra yang berada di sebelah dipandang. Ada sesuatu yang ingin dia bicarakan dengan sepupunya itu.

"Adra."

"Hmm ?"

"Akak nak tanya sesuatu boleh ?"

Dahi Adra berkerut seribu. Aik macam pelik je Kak Liza ni.

"Akak nak tanya apa ?"

"Ermm Adra okay ke kerja dekat tempat kerja akak ?" soal Kak Liza.

Adra memandang wajah Kak Liza lama. Kenapa pula tiba-tiba Kak Liza tanya soalan macam tu.

"Okay je takda masalah. Kenapa kak ?" jawab Adra.

Kalau pasal kerja memang Adra okay. Tapi kalau pasal Harraz itu memang satu masalah yang besar baginya.

"Akak bukan apa. Encik Harraz, dia ada mengadu dengan akak yang Adra macam tak suka kerja dekat situ. Dia kata Adra macam tak selesa dengan dia. Bila dia tanya soalan Adra macam nak mengelak daripada dia. Betul ni Adra okay ?"

What ? Wow hebatnya permainan Harraz. Dia jual nama aku. Eii dia sendiri yang buat aku tak selesa dengan dia tapi sedap mulut je dia pusing cerita cakap aku ni ada masalah dengan dia. Tak guna punya Harraz getus hati Adra geram.

"Eh mana ada kak. Adra okay je dengan Encik Harraz tu. Biasalah Adra kan baru je mula kerja dekat situ so ambil masa sikit nak sesuaikan diri," dalih Adra.

"Kalau Adra dah cakap macam tu, Alhamdulillah. Misal kata Adra tak selesa, akak boleh carikan kerja lain untuk Adra," ujar Kak Liza.

"Adra okay. Tak payahlah akak susah-susah nak cari kerja lain untuk Adra. Lagipun Adra suka dengan kerja yang Adra buat sekarang."

Kak Liza tersenyum lega. Adra pun membalas senyuman itu. Dalam hati hanya Allah yang tahu.

Ikutkan hati Adra nak je cari kerja lain tapi takut menyusahkan Kak Liza pula. Takpa lah Adra akan terus bekerja di Angkasa Holding's. Selagi Adra boleh elak daripada mendekati Harraz selagi tu Adra tetap akan bekerja di situ. Adra yakin Allah akan sentiasa melindungi hambanya.

Scent Of YouWhere stories live. Discover now