BAB 20

1.7K 19 0
                                    

HARRAZ mengambil tempat duduk di sebelah Dato' Roslan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HARRAZ mengambil tempat duduk di sebelah Dato' Roslan. Sebentar lagi dia akan menghantar lelaki itu ke lapangan terbang. Dato' Roslan kena outstation ke Jepun atas urusan kerja.

"Daddy outstation ni lama ke ?" soal Harraz.

"I'm not sure. Ikutkan seminggu tapi tengok pada keadaan. Kalau kerja selesai cepat, seminggu je daddy dekat sana. You don't have to worry if anything happen, daddy akan inform. Kamu cuma jaga dan urus office sementara daddy takda," balas Dato' Roslan.

Harraz menganggukkan kepalanya perlahan. Dato' Roslan telah mengamanahkan Harraz untuk menjaga dan mengurus Angkasa Holding's semasa ketiadaan lelaki itu jadi dia harus melaksanakannya dengan baik.

Kak Siti yang baru turun dari tingkat atas sambil membawa beg bagasi milik Dato' Roslan menyentak perbualan antara dua beranak itu. Datin Huda pun baru turun dari tingkat atas.

"Tuan, ini beg tuan."

"Terima kasih kak Siti," ucap Dato' Roslan.

"Sama-sama, kak Siti sambung kerja dulu ya," pamit Kak Siti kemudian dia berlalu ke dapur.

"Abang tak nak makan tengah hari dulu ke ? Kak Siti tengah masak tu," ujar Datin Huda.

Datin Huda mendekati suaminya. Tangannya mengemaskan pakaian yang dipakai Dato' Roslan.

"Takpa lah. Abang lunch dekat airport je nanti. Ni Adra mana ?"

Datin Huda buat muka jelek. Haish menyampah betullah, kalau tak sebut nama Adra tu tak boleh ke.

"Mana saya tahu. Dia kan menantu kesayangan abang. Harraz, isteri kamu mana ?" soal Datin Huda kepada Harraz pula.

"Adra dekat bilik daddy. Macam biasalah morning sickness," jawab Harraz.

"Eleh mengada-ngada aje tu."

"Huda."

"Okay-okay my bad," laju je Datin Huda menjawab.

Dato' Roslan menggeleng kepalanya perlahan. Ada je benda dia tak puas hati dengan Adra. Tak serik-serik lagi ke macam mana.

"Abang gerak dululah," ujar Dato' Roslan.

Datin Huda mengucup tangan suaminya lembut. Dia kena tidur sorang-soranglah untuk seminggu ni sebab Dato' Roslan pergi Jepun.

"Abang jaga diri elok-elok dekat sana. Jangan nak gatal mengorat gadis-gadis dekat Jepun tu, kalau saya tahu abang menggatal siap abang," pesan Datin Huda.

"Iya abang tahulah. Dah Harraz, jom kita gerak sekarang."

Harraz membawa beg bagasi Dato' Roslan ke luar. Dia mengikuti langkah daddy nya dari belakang.

"Harraz pergi dulu umi, Assalamualaikum," ucap Harraz.

"Waalaikumsalam. Elok-elok bawa kereta tu !"

Scent Of YouWhere stories live. Discover now