BAB 5

842 18 0
                                    

HARRAZ dan Adra melangkah keluar dari balai polis

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


HARRAZ dan Adra melangkah keluar dari balai polis. Mereka berdua kena tangkap basah dengan orang pejabat agama. Ini bukan rancangan Harraz ya, sebenarnya orang pejabat agama tu sepatutnya pergi serbu bilik sebelah tapi entah bagaimana bilik mereka berdua yang diserbu. Tak pasal-pasal bilik sebelah tu selamat tapi Harraz dengan Adra pula yang kena. Hmm redha jelah, Harraz sendiri pun tak tahu yang orang pejabat agama akan buat serbuan.

Langkah Adra terhenti. Dia tak dapat nak terima semua ini. Mengapa begitu berat ujian yang Allah berikan kepadanya. Tapi kenapa dia ?

Belakang badan Harraz, Adra pandang. Lelaki ini, lelaki ini telah merampas mahkota suci yang Adra jaga selama ini. Sanggup lelaki itu memperlakukannya sebegitu hanya untuk membalas dendam ? Kepala Adra teringat kembali kejadian itu. Air matanya mengalir keluar.

"Kau tercegat dekat situ kenapa ? Jom aku hantar kau balik, dah pukul berapa dah ni."

Tiada balasan dari Adra hanya bunyi esakan sahaja yang kedengaran di telinga Harraz.

"Kau nak menangis buat apa ? Benda dah jadi. Kita dah kena tangkap basah dah pun. Kalau kau menangis sampai keluar air mata darah sekalipun takkan dapat merubah apa-apa. Dah jom aku hantar kau balik, aku penat dan aku nak rehat," ujar Harraz selamba macam takda apa yang berlaku.

"Encik tak boleh buat saya macam ni...Encik dah rogol saya dan Encik kena bertanggungjawab !" bentak Adra.

Sebelah kening Harraz terangkat. Dia mendekati Adra. Gadis itu memandangnya dengan pandangan yang penuh kemarahan.

"Apa dia ? Aku kena bertanggungjawab ? Kau nak aku kahwin dengan kau macam tu. Hey jangan nak mimpilah ! Siapa kau nak kahwin dengan aku. Kau tu perempuan kampung, sedarlah diri tu sikit !" hina Harraz.

Air mata Adra mengalir keluar lagi di saat lelaki itu mengeluarkan kata-kata hinaan kepadanya.

"Encik...Encik tak boleh buat saya macam ni..." rayu Adra.

Hati Harraz seakan tersentuh apabila melihat air mata yang mengalir keluar dari gadis itu. Tiba-tiba dia rasa kesian. Adra takda salah apapun dengannya tapi disebabkan Harraz tak boleh nak mengawal diri dan terlalu mengikut nafsu, dia merogol gadis itu tanpa rasa belas kasihan.

Harraz memejamkan matanya rapat. Dia rasa sesuatu apabila melihat gadis itu menangis. Hatinya dipagut rasa sayu.

"Fine. Aku kahwin dengan kau tapi aku tak jamin kau akan hidup bahagia dengan aku," putus Harraz. Nada suaranya mengendur.

Adra terkedu. Lelaki itu bersetuju untuk mengahwininya. Kalau kahwin tapi tak bahagia apa maknanya tu ? Tak kisahlah janji Harraz nak bertanggungjawab. Soal kebahagiaan tu semua Adra serahkan kepada Allah.

"Rumah parents kau dekat mana ?" soal Harraz.

"Ayah dengan ibu saya dah takda. Sekarang saya tinggal dengan opah saya," jawab Adra.

Scent Of YouWhere stories live. Discover now