+ eleven +

289 33 9
                                    

author's

30 May 2020

“ ambiklah belon huruf ‘ I ’ tu !! ”

“ WOI !! NI BUKAN ‘ I ’ !! NI ‘ H ’ !! AMENDE BODOH SANGAT ?!!!! ”

jeritan kuat dari cafe ibu hyeri kedengaran . wanita berusia 40-an terus berlari kedepan kerana jeritan itu .

“ kenapa ni jiwoo ? apa yang jisung buat ? ” soal puan kim dengan gelabah . jiwoo terus turun dari tangga dan menolak jisung perlahan .

“ jisung nilaaa .. jiwoo nak lekatkan belon tu pun susah . jiwoo minta i , dia bagi h . jiwoo minta h , dia bagi y . susahlaaaa ! ”

puan kim tergelak kecil . jisung yang memuncung kat penjuru cafe terus melangkah ke arah mereka berdua .

“ dah dah . biar omma je buat . kamu berdua rehat pula . dari balik sekolah tadi tak rehat rehat . omma dah masak tu , pergi makan . ”

mereka berdua tersenyum lebar dan berlari ke dapur . “ sebut makan je terus bahagia . macam macam . ”

+ skip +

“ mana renjun dengan hyeri ni ? takkan diorang lupa yang kita ajak lepak kat cafe ? ” soal jiwoo risau . jisung pula hanya mendiamkan diri dan merenung telefon bimbitnya .

cafe yang tadinya riuh kerana dua orang itu menjadi sunyi .

“ cuba chat diorang . aku risau diorang lup -- ”

ting !

“ diorang dah sampai . ”

mereka berdua terus menyorok dibawah meja . hyeri dan renjun melangkah masuk ke dalam cafe .

“ mana pula jiwoo dengan jisung ? tadi diorang yang ajak , sekarang diorang hilang . ” bebel hyeri .

jiwoo dan jisung mula merangkak ke arah kaunter . “ awak main apa tu ? senyum dari tadi . ”

jiwoo terhenti . dia dapat rasakan aura bergaduh . begitu juga jisung .

a-ah .. saya chat dengan chenle . kenapa ? ”

hyeri tersenyum palsu . “ sambunglah . saya taknak ganggu awak chat dengan kawan kawan . ”

kata hyeri dengan lemah . suaranya kedengaran betul betul sedih .

psst psst . ” jiwoo melihat jisung yang memanggilnya .

“ kita ada beritahu renjun tentang ni ke ? ” soal jisung . jiwoo memandang pasangan itu dan menggeleng .

“ setahu aku . kita berdua dengan omma kim je tahu . ”

mereka berdua terus menyambung perbuatan yang terhenti tadi . tiba sahaja di kaunter , jiwoo cuba menekan punat untuk menutup lampu .

“ renjun . ” suara hyeri bertukar dingin . jarang betul nak dengar suara  dingin hyeri .

“ y-ya .. ”

perbuatan jiwoo dan jisung sekali lagi terhenti . mereka mengintai pasangan itu . “ kita dah membazir sekali lagi woo . ”

“ yup .. sekali lagi . ” mereka mengeluh berat .

ᴄʀᴜꜱʜ + ɴᴀ ᴊᴀᴇᴍɪɴWhere stories live. Discover now