+ fifteen +

274 34 3
                                    

author's

jiwoo menepuk nepuk kain sekolahnya yang kotor itu . makin panas hatinya . jaemin pula sudah tersenyum menang .

“ kau -- aih ! ” jiwoo memandang stor sukan itu dengan pandangan marah . sesungguhnya dia penat , terlalu penat .

“ kau okay ? aku minta maaf . ”

jiwoo mendengus geram . “ diam ! ”

jaemin mencebik dan menutup mulutnya . sekali sekala dia memandang jiwoo yang mengutip semula bola bola tadi . ya , mereka sudah menyepahkan stor ini semula .

“ bukan salah aku , kau yang taknak mengaku . kalau tak move on tu , jujur jelah . ” kata kata jaemin membuatkan jiwoo makin geram .

dia menggenggam bola kecil ditangannya dengan kuat . lama kelamaan bola itu makin mengempis . nampak tak betapa kuatnya jiwoo kat situ ?

k tak . aku tipu .

“ jangan genggam lama sangat , nanti bola tu jadi leper . ”

jiwoo memusingkan tubuhnya menghadap jaemin . “ diamlah ! menyampah tahu tak ? ”

marah jiwoo . kepala otaknya mula mengingat semula maklumat yang dia kumpul tentang bekas crush nya itu .

tiada pula perangai annoying lelaki itu muncul selama ini .

“ biar aku fikir lima sepuluh kali dulu . emmm .. ”

“ taknak ! heheh ~ ”

wajah jiwoo berubah merah . bukan malu tetapi marah . dia betul betul tidak boleh menahan marahnya sekarang .

“ sejak bila kau macam ni ?! waktu kita rapat , tiada pula kau annoying macam ni ! erh ! menyampahhhh ! ”

jaemin tergelak besar dan memandang wajah jiwoo dengan senyuman mengejek . “ kita pernah kenal ke sebelum ni ? wah ! sejak bila ? kat tadika ? ”

terbuka mulut jiwoo dibuatnya . lelaki itu tersangat menjengkelkan membuatkan jiwoo sangat terkejut .

“ kejap . sebelum aku lupa . aku nak tanya sesuatu ni .. kau dengan jisung ada hubungan ke ? maksud aku , lebih dari kawan ? ”

“ HAAH COUPLE ! BUAT APA KAU NAK AMBIL TAHU ?! aku dah kata tadi , kita stranger . ”

jiwoo mengipas mukanya yang memang dah merah habis . jaemin terdiam sebentar .

eh tapi sumpahlah ? kita pernah kena -- ”

sengaja jaemin membangkitkan hal itu semula . tetapi sempat dipotong oleh jiwoo .

“ EY DIAMLAH ! ”

akhirnya jiwoo melepaskan jeritan yang lama dipendam itu . jaemin memuncungkan bibirnya . raket badminton yang berada di atas lantai itu ditendang kecil .

“ orang tanya je , janganlah marah .. ”

jiwoo mengerutkan keningnya apabila memandang jaemin . wajahnya kelihatan bengang tetapi bukan hatinya . hatinya berdegup sangat laju kerana melihat jaemin .

perasaan itu seakan kembali pada dia . dia mahu kata lelaki itu comel tetapi dia sedaya upaya menepis perasaan itu .

jiwoo memejamkan matanya dan menarik nafas . dengan stor sukan yang tadinya sudah hampir kemas , bersepah kembali . sakit hatinya terubat sedikit ketika memikirkan jisung .

aku buat cepat cepat , cepatlah dapat jumpa jisung . ’

getus hati jiwoo . dia mula menyusun semula peralatan sukan itu . jaemin yang melihat jiwoo mengabaikannya terus mengangkat tilam lompat tinggi itu dan letakkan di tempat asal .

hey nama kau siapa ? ”

“ ... ”

“ kau taknak kawan dengan aku ke ? ”

“ ... ”

“ WOI ! LAYANLAH AKU ! ”

“ HUWAAA LAYANLAH !!! ”

jiwoo hanya membelakangi jaemin dan menahan gelak . kadang kadang dia terasa lelaki itu lawak bukannya menjengkelkan .

keadaan disitu sunyi sebentar . kepala otak jaemin ligat memikirkan cara untuk membuat jiwoo bercakap .

“ aku ada dengar jisung panggil kau jung . jadi nama kau ada jung lah kan ? ”

masih tiada balasan daripada jiwoo . gadis itu masih dengan kayu kayu hoki disudut .

“ jungwoo ? jungkook ? jungmo ? ”

eh ? tu nama lelaki kan ? ”

“ apa nama kauuuuu ? ”

jiwoo memegang kepalanya dan mengurut sedikit . “ jungy -- ”

“ YA TUHAN ! AKU TAK DAPAT TAHAN LAGI ! KENAPA KAU MACAM NI ? TAKLEH DIAM KE ? KAU TAHU KAN NAMA AKU ! AAAA ! ITU PUN KENA TANYA LAGI KE ? ”

jaemin tersenyum sinis . “ kalau kita kenal semula , kita bukan stranger dah . HAHAHA ! ”

jiwoo berhenti membuat kerjanya . dia tak pernah sedar pun ada cara untuk membuat mereka menjadi kawan semula .

dia memandang jaemin dengan kayu hoki ditangan . “ aku tetap taknak layan kau . ”

okay .. tapi aku aku buat kau serabut ! ”

balas jaemin dengan ceria , sangat ceria . jiwoo menelan air liurnya kesat . dia perlu bersabar hingga siap kerja . tak lama pun .

tangan jiwoo tiba tiba melakukan kerja dengan pantas .

“ nama aku na jaemin . aku ada teman wanita yang bernama min eunji . bulan lepas aku ada seorang kawan perempuan . tapi malangnya dia suka aku . aku tak suka dia jadi aku bagi alasan yang sangat tak masuk akal . lepas je aku reject dia , dia dan kawan kawan dia pergi ponteng sekolah . ”

“ tak silap aku , diorang pergi mall dan tertangkap dengan yuta hyung . dan lepas sahaja hari tu , dia elak aku habis habisan . tapi aku tak akan bagi dia mengelak dari aku . ”

kata kata jaemin membuatkan jiwoo mengetap bibir . tangannya masih membuat kerja tetapi perlahan .

“ pada mulanya , semuanya okay . sehinggalah eunji berubah . perangai yang dia tunjuk dekat aku selama ni , fake . dia gedik , dia tak sopan , dia bukanlah baik macam yang aku sangka . ”

ayat itu membuatkan jiwoo menahan gelak . padan muka jaemin . semestinya jaemin tidak tahu tentang perangai sebenar min eunji yang dibenci oleh semua perempuan di sekolah .

kenapa dia tiada kawan perempuan selain jiwoo dan hyeri ? kerana mereka semua tak suka eunji . jiwoo dan hyeri pula hanya kawan dengan eunji untuk ambil kesempatan .

min eunji . gadis yang tak akan tunjuk perangai gediknya dihadapan lelaki . tetapi didepan jantina yang sama dengannya , kalah watak jahat dalam drama .

diundi menjadi presiden kelas ? dia tidak diundi , sebaliknya , ayahnya membayar cikgu untuk memilih eunji sebagai presiden kelas .

“ menyesal pula . ”

kata jaemin . jiwoo menggelengkan kepalanya dan menyambung kerjanya dengan pantas . nak harapkan jaemin , memang sampai esok pun tidak siap lagi .

tch pabo . kau patut dengar cakap kawan perempuan kau tu . aku yakin dia cantik dan bijak . ”

ujar jiwoo selamba . jaemin tersenyum manis sambil memerhati wajah jiwoo . “ kau betul . dia sangat cantik dan terlampau bijak . dia memang perfect . ”

“ jung jiwoo . aku nak kita menjadi kawan semula . boleh ? ”

. . .

ᴄʀᴜꜱʜ + ɴᴀ ᴊᴀᴇᴍɪɴHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin