+ twenty-four +

253 29 2
                                    

7 years ago

“ apa yang urgent sangat sampai kau suruh aku datang cepat ? ” soal jaemin sebaik sahaja melabuhkan punggung disofa rumah jisung .

jisung mengukirkan senyuman yang sangat lebar sambil menepuk nepuk peha jaemin kuat . lama kelamaan lelaki itu rasa kesakitan di pehanya . terus jaemin menepis tangan jisung .

“ sial betul anak park ni . ” perlahan sahaja suara milik jaemin . jisung tersengih dan menggaru kepalanya yang tidak gatal .

“ aku .. ”

“ kau ? ”

“ aku .. ”

“ ya kau ? ”

“ a — ”

BANGANGLAH ! ASYIK AKU AKU AKU ! ” jerit jaemin kuat , terus tiada mood untuk mendengar cerita jisung . dari tadi aku , bila nak ada sambungannya ?

“ sabarlah sikit .. aku nak buat suspend ni . ” jaemin menarik nafasnya dalam dalam . hati mula berasa panas kerana kawannya itu .

“ k sambung . ”

“ aku ada crush ! ”

.............

yah na jaemin ! bagilah reaksi sikit ! ” marah jisung . bibirnya dimuncungkan dan tubuhnya dipusingkan , membelakangi jaemin .

jaemin sudah tergelak melihat jisung yang menggedik . buat apa nak bagi reaksi yang luar biasa sedangkan jisung memang selalu ada crush ?

“ yelah yelah . siapa orang malang tu ? ” soal jaemin apabila sedar yang jisung tetap membelakanginya .

jisung terus tersenyum kembali .

“ nama dia — ”

━━━━━━━

jiwoo memasuki salah satu tandas dengan pantas . masa belajarlah perut nak buat hal . tanpa membuang masa , jiwoo mengunci pintu tandas .

tch . dia ingat kita ni apa ? asyik arah kita itu ini . ” jiwoo yang ingin membuka kain terhenti . suara itu sangat biasa didengari olehnya .

unnie , aku betul betul penat . ” kata suara itu lagi .

“ kau ni ! asyik asyik penat , kau fikir aku tak penat ke ? sabarlah sikit , kita tak boleh mengalah sekarang ! kau uruskan seorang je , aku ni ! dua orang terus dia bagi ! huh ! ”

jiwoo kekal diam , suara tidak lagi berbunyi selama 5 saat . “ eunji unnie , k-kau dah baca ? ”

jiwoo menutup mulutnya apabila mendengar nama gadis itu . “ jom . ”

jiwoo keluar dari bilik air , tiada rasa nak membuang selepas mendengar perbualan mereka berdua .

“ apalah yang eunji nak buat ? ” soalnya sambil membasuh tangan . pintu tandas dibuka dan —

“ jiwoo ! kau pergi mana ? ” jiwoo hampir tersadung kerana mendengar suara hyeri menyoalnya . dia mengeluh perlahan dan memandang hyeri .

“ tandas , wae ? ”

“ jaemin dan jisung gaduh kat kelas tadi .. pasal kau dan eunji . aku tak dengar sangat tapi yang aku dengar jaemin kata dia tak rampas sesiapa . apa maksud dia ? ”

“ kau fikir aku tahu ke ? dahlah ! ini semua duniawi ! ”

<><><>

jaemin melepaskan kolar baju jisung apabila terasa seperti diperhatikan . selepas sahaja semua keluar ke padang , jaemin terus ke tempat jisung .

keluhan dilepaskan . pipi jisung yang berdarah dipandang sekilas lalu dia tersenyum sinis .

jisung yang menyedari senyuman itu turut tersenyum sinis . dia mendekati jaemin dan berbisik . “ jangan lega sangat , ini baru permulaan . ” bahunya sengaja dilagakan dengan bahu jaemin .

jaemin menutup matanya rapat , terasa menyesal akan perasaannya .

“ nama dia min eunji . ”

jaemin tahu jisung suka akan eunji tetapi dia juga tak boleh tahan untuk menyukai gadis itu . akhirnya , dia jatuh cinta dengan orang lain . menyesal .

. . .

ᴄʀᴜꜱʜ + ɴᴀ ᴊᴀᴇᴍɪɴWhere stories live. Discover now