NHS-11

390 27 2
                                    

Hari yang sama,malam

Dihalaman rumah Bakar,suasana amat meriah dengan bunyi gelak tawa mereka yang sedang meraikan kemenangan permainan solfball siang tadi. Mereka meraikannya dengan sedikit BBQ yang diadakan di halaman rumah dan ditaja sepenuhnya oleh Bakar dan Aliya.

"Aku tak sangka betul sebenarnya kau pandai main solfball." Kata Jet yang masih terkejut dengan persembahan Ali siang tadi.

"Jadi selama ni,kau berlakon je lah yang kau tu tak pandai main?" Duga Mika. Ali hanya tersengih sambil menggaru belakang tengkuknyanyang tidak gatal.

"Kau tahu,Alynn?" Tanya Moon yang masih tidak puas hati. Alyna hanya menjawab dengan hanya senyuman seperti biasa. Tak pernah nak berikan jawalan mutlak. Melihat kepada senyuman Alyna terus sahaja mereka buat muka menyampah.

"Korang berdua ni dah sekongkol rupanya." Bicara Bulat seakan tidak puas hati. Ali hanya tertawa saat melihat rakan rakannya masih tidak puas hati.

"Sebenarnya,kakak memang tak tahu pun yang aku ni sengaja pura pura tak pandai main. Sebenarnya aku pandai main solfball sebab kakak yang ajar. Sebab kami pernah tiga tahu terpisah dulu,terusnaku dah tinggal sini dan pindah ke Cyberaya. Sejak tu aku mula main bola keranjang untuk hilangkan rindu aku pada solfball."

Mereka yang lain hanya mengangguk dengan penerangan Ali. Mereka memang sudah biasa jika Ali memanggil Alyna dengan panggilan 'kakak' saat berbicara dengan mereka dan Alyna juga yang menanggil dengan panggilan 'adik'. Kadang kadang mereka juga terikut memanggila pasangan kembar ini dengan panggilan 'kakak,adik'.

"Nasib aku tak tertipu dengan kau." Kata Alicia memecahkan kesunyian mereka. Semua mata memandang ke arah Alica.

"Aku curiga dengan kau bila uncle terangkan pasal pertandingan solfball pada kita pagi semalam. Yang lain sibuk mengantuk. Apasal kau bersemangat pula. So...aku pelik,mesti kau macam ada sorok something dari kami semua.

Untuk nak dapatkan kepastian,aku tanya dekat Alynn. Tapi aku tak sagak jawapan dia tu membuatkan aku jadi semakin tertanya tanya. Sampai aku rasa memang betul apa yang Alynn cakap tu betul."

"Apa yang Alynn jawab,Alicia?" Nabila teruja ingin tahu.

"Dia just senyum dan cakap jangan percaya dengan apa yang Ali buat sebab nanti aku akan terkena." Alicia menjawab persoalan Nabila. Mereka diam berfikir sejenak. Seketika kemudian,mereka terdegar bunyi ketawa yang datangnya daripada Ali.

"Memang betullah apa yang kakak cakap tu. Korang semua tak boleh percaya terus dengan hanya sekali tengok. Sebab korang semua menag dah terkena!!" Ali masih terus ketawa. Mereka yang lain saling berpandangan lalu mereka tersenyum manis dan penuh makna.

"Disebabkan awak dah tipu kami,Ali. Awak kena hukum!" Kata kata Iman itu membuatkan Ali terhenti ketawa. Dia memandang ke arah Iman. Wajahnya berubah lucat lesi. Denda apalah yang akan Iman berikan kepadanya?

"Awak kena jadi penghibur kami semua depan unggun api ni." Beritahu Iman. Mereka semua bersorak gembira. Ali hanya menghela nafas. Dia tahu pasti dia akan disuruh menyanyi dihadaoan unggun api yang memang sengaja dihidupkan ini bagi meningkatkan suasana seperti perkhemahan.

"Alat musik yang sesuai dimainkan depan unggun api ni adalah gitar. Aku pergi ambil gitar aku dekat bilik sekejap." Pelawa Ali lalu dia banggun dari duduk. Tapi segera dipintas oleh Alyna.

"Eh! Tak apa adik. Gitar adik ada dalam bilik kakak. Biar kakak sajamyang ambil." Alyna menawarkan diri untuk mengambil gitar milik adiknya yang ada didalam bilik tidurnya. Terus sahaja dia berjalan masuk ke dalam rumah.

"Korang nak tahu tak? Tadi aku perasan ada orang tu marah masa Zack minta maaf dengan Alynn dekat padang tadi." Moon membuka cerita sementara menunggu Alyna kembali bersama gitar. Mereka mula mengingati peristiwa ketika berada dipadang tadi.

Northwind High School II : Our FutureWhere stories live. Discover now