NHS-21

355 28 11
                                    

"Jadi macam mana kakak boleh pujuk hati batu ayah tu untuk sekolahkan kakak semula dekat sini?" Tanya Ali ketika mereka sedang melepak di dalam common room pada malam minggu itu. Di hadapan mereka terdapat satu tin air soda.

"Kakak pun tak tahu macam mana kakak boleh pujuk ayah. Tapi yang pasti sekarang ni kita berdua dah berjumpa semula." Balas Alyna. Ali hanya mengangguk setuju.

"Baguslah kau dah balik ni,Lynn. Kalau tak hambarlah family kita ni. Sorang asyik berhalusinasi kau je. Yang sorang lagi tu asyik cakap ayat pasrah je macam orang putus cinta." Sahut Moon sambil menjeling ke arah Ali dan Khai.

Alyna menahan tawa ketika mendengar celoteh Moon tadi. Dia hanya membiarkan sahaja. Jika dengan kepulangannya mampu membuatkan kawan kawan dan adiknya kembali tersenyum,dia bersyukur dan gembira.

Satu persatu dia melihat ke arah teman temannya. Banyak juga perubahan mereka setelah hampir lima tahun sudah bertemu terutama sekali Khai. Lelaki yang berjaya mencuri hatinya. Ternyata Khai yang paling banyak sekali perubahannya.

Dulunya Khai adalah seorang lelaki yang berkulit licin tanpa sebarang cacat cela. Namun kini,kulit muka lelaki itu hampir dipenuhi misai dan kumis halus yang dijaga rapi. Pandai sungguh dia menjaga paras mukanya.

Adik kembarnya,Ali. Lelaki yang paling pendek dari kalangan tujuh lelaki kumpulan mereka malah lebih pendek dari Roza dan Alicia. Namun kini terlihat Ali sudah mampu menyaingi ketinggian Alicia dan Roza dengan ketinggian 184 cm walaupun dialah yang paling pendek antara semua lelaki itu.

Zass! Memang layaklah gelaran galah itu dengan dia. Mana tidaknya,setiap kali Alyna berdiri disebelahnya terasa bagaikan berdiri sebelah tiang. Sudahlah si Zass ni kurus macam lidi. Tinggi pula tu. Memang dari dulu dialah yang paling tinggi di kalangan mereka dengan ketinggian 192 cm.

Walaupun kelebihan Zass adalah tinggi yang bagaikan hantu gakah itu,namun kekurangannya masih ada. Zass tidak suka berada di tempat yang tinggi. Katanya dia sudah cukup tinggi,dia tidak mahu lagi berada di tempat yang tinggi. Senang cerita,Zass ni gayat. Tapi mereka semua masih merahsiakan kekurangan Zass yang satu itu.

Alyna tersenyum lagi. Bahagia dia rasakan kini. Rasa bagaikan dia cukup bebas. Dia tidak lagi rasakan seperti burung yang terkurung dalam sangkar menanti detik dibebaskan.

"Aku ada berita gembira untuk kita semua." Suara Chris memecahkan kesunyian bilik itu. Semua mata memandang ke arah Chris yang sedang memegang beberapa keping kertas. Semua mata memandang tepat ke arah Chris.

"Apa yang kau pegang tu?" Tanya Nabila.

"Ini adalah tiket kemasukan ke taman tema yang baru buka dekat kawasan sini."

Bersorak riang mereka mendengar jawapan Chris tadi. Ada yang sudah menjerit bagaikan mahu pecah anak tekak.

"Disebabkan esok hari ahad dan kita tak ada apa apa aktiviti kelab,so...tak salah kalau kita pergi jalan jalan dekat sana. Aku dan Jet dah minta izin Encik Rizal dan cik Farhana. Mereka membenarkannya." Jelas Chris lagi.

"Tapi ada satu syarat. Kita semua mesti bergerak dalam kumpulan atau berpasangan dan jangan sampai berpecah." Jet menyampaikan pesanan Encik Rizal kepada mereka.

▫▫▫▫

Keesokkannya, jam 1030...

"Wah,ramai gila manusia!!"

Moon dan Nabila berlari memasuki taman tema yang sudah dipenuhi oleh pengunjung sejak dari awal pagi tadi lagi. Sekali pandang memang tak nampak macam mereka berdua ni dah gred 12 dan sudah berumur 18 tahun. Tapi nampak macam umur 5 tahun.

"Budak berdua ni memalukan betullah." Desis Mika sambil bercekak pinggang memerhati tingkah dua orang temannya. Yng lain pun hanya memerhati dengan satu keluhan. Mana tak malu,diorang berdua berlari macam budak budak semata mata nak dapatkan pak cik yang jual belon.

"Hahaha! Biarlah. Diorang tu seronok sangat tu. Lagi pun taman tema ni masih ada bau baru. Sebab baru seminggu dibuka. Dan terlalu banyak perkara yang kita patut cuba." Iman berusaha menahan malu walau pada hakikatnya dia juga malu dengan dua orang kawannya ini.

"Baiklah. Kita jumpa dekat cafe tanam tema ni tepat jam 3 petang sebelum kita balik." Alicia membuat keputusan. Tiada sebarang bantahan lalu mereka berpecah kepada tujuh pasangan.

Moon yang sedang berseronok menjamah gula gula kapas di tepi pancuran air pancut buatan itu terkejut dengan kehadiran seseorang yang duduk disisinya. Mahu saja dia menjerit meminta bantuan sebelum mulutnya ditutup dengan tapak tangan orang itu.

"Hei,dengan aku pun kau nak takut ke?"

Moon memandang ke sisi lalu muka Zass jelas kelihatan. Dia menghela nafas lega. Zass masih asyik memerhatinya yang leka dengan gula gula kapas ditangannya.

"Aku sangka aku nak kena culik tadi. Sebab tulah aku takut. Tapi kau rupanya." Balas Moon sambil mengunyah.

Zass hanya tertawa kecil.

"Itulah. Seronok sangat datang sini sampai kau hampir saja terpisah dari kumpulan tahu." Usik Zass. Dia memerhati pipi Moon lama. Ada sesuatu di pipi gadis itu.

"Er..Zass? Kenapa kau pandang aku macam tu?" Tanya Moon polos.

Zass tidak menjawab. Dia mendekatkan mukanya dengan muka Moon. Semakin lama semakin hampir. Tidak keruan Moon dibuatnya. Tiba tiba....

Cup!

Moon terkaku. Rasa bagaikan hilang nyawanya. Tanpa disedari,mukanya terasa panas.

"Strawberi. Pandai kau pilih perisa gula gula kapas ni. Sedap!" Zass beriak selamba. Hakikat sebenar dia juga sedang menahan degupan jantung yang tidak menentu. Mata mereja saling berpandangan. Zass memegang tangan Moon lalu membawanya ke satu tempat.

"Kalau asyik duduk dekat sini,nanti kita terlepas sesuatu yang menyeronokkan di sini." Ujar Zass sambil masih menarik tangan Moon. Moon terpaku sekali lagi. Dia teroaksa mendongak tinggi memandang Zass. Maklumlah ketinggiannya hanya 153 cm jika nak dibandingkan dengan Zass yang berketinggian 192 cm itu.

Bulat berjalan sambil menahan dinding. Mualnya masih terasa lagi. Rasa bagai mahu muntahkan segala isi perutnya. Bayangan kelam ketika menaiki roller coster  tadi masih jelas di mindanya.

Bulat terkejut ketika satu botol minuman yogurt dan fresh oren berada dihadapannya. Terus sahaja dia memandang ke arah orang yang sedang menghulur.

"Sorry. Aku tak sangka pula yang kau takut naik roller coster  tu. Kalau kau bagi tahu aku awal awal,tak perlu kita naik dan kau tak akan jadi macam ni." Mika meluahkan rasa bersalahnya. Topi yang dipakainya diturunkan sehingga menutupi muka. Malu dan bersalah apabila melihat keadaan Bulat.

Bulat tersenyum sambil menyambut huluran Mika. Memang dia tidak pernah salah menyukai gadis tomboi seperti Mika. Dalam diam,Mika menunjukkan sisi keperempuanan yang dimiliki secara azali dan abadi.

Topi yang menutup muka Mika itu dicabut dari kepala Mika. Mika terpana. Terus dia memandang ke arah Bulat.

"Aku tak apa apalah. Jangan risau. Cumanya aku tak nak kau sedih. Kita datang sini sebab nak berseronok." Pujuk Bulat lalu kembali memakaikan topi itu dikepala Mika namun kini kepala topi itu diletakkan ke belakang.

"Jom. Banyak lagi yang kita kena cuba ni. Masih terlalu awal untuk kita berhenti sekarang." Kata Bulat lalu dia menarik tangan Mika dan dibawa ke tempat perlumbaan go-kart.

Northwind High School II : Our FutureDonde viven las historias. Descúbrelo ahora